18 Các câu trả lời
Saya faham tu. Ramai sebenarnya ibu mengandung / berpantang yg alami gegata ni. Walaupun bukan semua ibu kena. Macam saya, masa tengah berpantang saya kena gatal2 macam ni. Lebih 5 kali ke klinik. Allahu.. Merenyam gatal dia. Last2 saya minta cucuk ubat. Kakak saya dan kakak kawan saya pun alami masa berpantang. Macam kawan saya pula, dia alami masa on 3rd trimester. Gatal2 tiba2 ada. Sama juga keadaan macam saya, gatal2 tu seolah2 alergik. Tapi tak tahu alergik apa. Cadar tilam semua basuh dan tukar, makanan jaga dan mmg takde apa2 alergik makanan sebelum mengandung. Cuba bezanya, saya tak pasti boleh ke ibu mengandung dapatkan injection allergic. Macam saya, sebab terjadi masa berpantang, saya boleh dapatkan injection tu. Mungkin Ibu2 lain yg pernah alami masa pregnant boleh share experience dekat sini. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesembuhan ye. Aamiin 🤲🏻 #TAPsupermoms
Sy dua kali pregnant dua kali lah gatal2. Habis lengan kanan dan kiri. Mula2 ingatkan hama katil dah tukar cadar baru semua still gatal. Kot2 nyamuk pun dah abes sebotol ridsect pun still malam gatal macam kena gigit nyamuk gitu. Sy tukar shower gel brand linola (bagus untuk gatal2. Beli di caring pharmacy) baru okay sikit.
sy 37 weeks skrg baru dpt gatal2 ni. paling teruk kena kt scratchmark. malm je mesti terjaga. tau2 tangan dah garu2. kat peha semua penuh. then gi klinik dr bagi calamine lotion. better lah. tapi tak boleh start garu. nnti akan jadi balik.
try krim Bao Fu Ling; beli dalam Shopee. Mak mentua sy jenis kulit sensitif,kalau kena gigit nyamuk @ cakar kucing..habis naik bintik2 merah.Sapu krim tue..Alhamdulillah elok je xde gatal2 lagi.Merah2 pada kulit pun xde.
cuba tuam dgn air panas . tak hilg tpi boleh kurgkn gatal mungkin . saya alaminya time berpantg ,sbb xtahan sngt sy sapu dettol . lena sikit mlm tido klau tak mmg dok mnggaru je 😅
Same laaaa. Saye sampai macam da ade jerawat da. Time gatal merah merah semua. Mndi dgn air suam sis. Baru lega sikit. Try cosmoderm lotion beli kat farmasi. Magic lotion
Sapu econazine. Lepas tu sapu losyen sikit. Mula2 tu memang akan merenyam gile tapi kena tahan sikit. Lepas tu hilang da gatal tu
yang ni ok untuk kulit gatal.. sapu sikit je.. alhamdulillah setakat ni okay bila sapu.. boleh beli kat farmasi..
I guna ni. Sesuai utk pregnancy .. try econazine okay, but terlalu cepat menghakis kulit. So in pakai ni. Bau lembut je
Rasanya kalau pregnant yg boleh hanya ubat sapu je, calamine lotion.. tp sy pakai x function pun 🤣
Mama Anas