Boleh ke berpuasa untuk 4weeks++

Hi All. Siapa dekat sini yang baru lagi 4weeks. Tapi paksa juga untuk berpuasa. Sometime diri rasa pening & nak pitam. Tapi paksa juga untuk berpuasa sebab sayang? 🥺

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Ikut badan la, kalau mampu, puasa. Saya punya pengalaman mengandung dari yg sulung sampai nak masuk 5, Alhamdulillah sentiasa puasa, walaupun ada hari yang lompong. Selalunya hari nak checkup,saya tak puasa sbb nak check HB, nak check gula dalam darah (kencing manis) takut bacaan drop atau lari. Saya ambik niat rukhsoh ibu mengandung untuk hold puasa hari tu. Alhamdulillah.. anak2 lahir normal je, xde masalah lahir tak normal sebab puasa. Ye kita risau, dalam masa yang sama kita usaha,doa, tawakal dan redha. Allah Maha Tahu semuanya tentang kita dan kandungan kita. Kalau risau, hold puasa, kalau rasa mampu, teruskan dan berdoa lah yang baik2.

Đọc thêm

saya haritu puasa seminggu lebih. 🤣 skali doktor kata, hb awak low gila ni... patutnya awak tak leh puasa.. "kalau saya puasa jugak..?" "ikut awak la nak ambil risiko" balik tu terus singgah kedai beli ais krim. saya puasa sebelum ni sebab saya dengar ustaz kata mengandung masih wajib puasa. jika tak puasa juga kerana bimbangkan bayi, kena qada dan bayar fidyah, jika tak puasa kerana bimbangkan kesihatan, hanya perlu qada. tu saya puasa tu. bila doktor kata tak perlu, saya terus tak puasa.

Đọc thêm
4mo trước

setuju dan reply komen ni. Puasa tu fardu, dah ada mudarat; hb low, diharuskan berbuka dan berazam utk ganti / dan byr fidyah

Syg nak berbuka sbb apa? Mls nak ganti? Nanti tak dpt pahala puasa? Kena semak balik niat sebenar dan tujuan berpuasa di bulan ramadan. Kenapa paksa jugak berpuasa sedangkan ada rasa pening & nak pitam? Ini bukan pertandingan. Awk sendiri tahu dah yg tak larat nak berpuasa. Even kalau tak mengandung, org sakit yg membawa mudarat pd dirinya pun ada keadaan jadi harus/wajib berbuka. Inikan pula ibu mengandung, yg membawa nyawa. Sygkan pd diri awak dan kandungan awk dulu yaa😊

Đọc thêm

saya pernah berpuasa di awal pregnancy. Alhamdulillah dapat puasa penuh. pada saya mummy try dulu puasa, if taktahan baru berbuka okay 😊 kecuali doc mmg sarankan mummy utk tak puasa atas risiko2 tertentu. Insya Allah, Allah jaga kandungan kita

Islam itu tidak memaksa ibu mengandung untuk berpuasa. tambahan dalam keadaan alahan,pening sehingga nak pitam. jadi jangan memaksa diri untuk berpuasa sebab sayang.. sedangkan dalam perut kita abaikan. tak sayang kah dengan kandungan kita ?

Influencer của TAP

Saya pernah dapat tahu pregnant tengah bulan puasa, maksudnya awal 4w+ mmg tgh puasa. And mmg boleh puasa penuh sampai habis ramadhan. Tapi ikut atas ketahanan badan masing2 juga. Kalau rasa tak larat jangan paksa.

Influencer của TAP

Boleh puasa sbb puasa itu fardu tapi tak boleh paksa teruskan puasa hingga waktu maghrib. Diharuskan berbuka jika rasa ia memudaratkan diri dan kandungan.

puasa boleh ganti.. kesihatan perlu diutamakan. jika memudaratkan, diharuskan berbuka. lepas berpantang boleh ganti puasa tu sikit2

Sy 4 weeks 6 days hari nii..alhamdulilah setakat hari ni belum tinggal puasa lgi walaupun sehari..