Prolong Jaundice
Siapa ada pengalaman ank prolong jaundice? Boleh kasi semangat x?
Stay strong ibu . Insyaallah anak tak de apa . Keep on bf . Enjoy menyusukan anak . Anak saya hari ke empat lahir bawa pi klinik check kuning bacaan 300 lebih terus warded . Esok tu keluar bacaan dah 215 . Hari ke 14 bacaan 217 , terus kena refer hospital . Mula mula tu saya banyak kali juga nangis , nangis sebab anak lapar , sebab tak pandai menyusukan . Lepas tu tiba tiba anak warded lagi lah . Masuk ward photo tu bukan main lagi tahan nangis . Tuhan je tahu perasaan ibu time tu . Tapi saya kuat kan juga , ni ujian Allah bagi mesti Allah tahu saya mampu hadap so buat apa saya nak risau . Last last saya malas nak banyak fikir . Saya susukan je anak sampai bulat . Sekarang baby dah dua bulan lebih still tak tahu result darah dengan air kencing dia tapi alhamdulillah baby sihat je . Stay strong , jangan mengalah . Kalau nak dibandingkan dengan ibu ibu lain , anak kita kena kuning je , cuba kalau macam ainul mardhiah tu . Nak tak nak ibu kena kuat juga . Nah , belnaja gambar budak bulat . Nanti anak awak dah sebulan makin tembam , makin seronok jaga . Awal awal ni tak pe lah berkorban sikit ulang alik hospital
Đọc thêmBaby saya pun kira prolong jaundice harini dah hari ke 29 last 2weeks bacaan kuning 8 . Untuk discharge KK nak bawah 5. So last 2 weeks nurse dah ambil darah kat vein tangan. Dan minggu lepas nurse ambil darah kat both hands (vein) dan kaki 4 botol darah dan juga sample urine. Esok ada appointment lagi untuk review results. Jangan risau as long as baby kerap menyusu setiap 2 jam dan baby berak kencing banyak kuning akan turun juga. Dr kata sometimes susu badan ibu tu ada bahan yang menyebabkan kuning lambat turun
Đọc thêmTu la.. Susu da kerap da.. Breast kalau leka sikit... Keras mcm bola.. even anak kerap menyusu...tp tiap2 pagi bila tgok mata still ada kuning.. Rasa mcm down sikit.. So ank puan still ulang alik hospital? Skrg bacaan kuning berapa?
wlpun kerap susu tp mungkin qty yg ank minum xbnyk..cuba bg guna botol. nmpk bnyk mn bby minum..
Dreaming of becoming a parent