Sesi Tanya Pakar bersama Doktor Robin Lee, Penasihat Naturopatik dan Cik Tan Hui Sin dari justlife.
Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi dan kali ini kami bawakan khas dua orang pakar kepada anda iaitu Doktor Robin Lee, Penasihat Naturopatik dan Cik Tan Hui Sin dari Justlife untuk membincangkan bersama anda topik mengenai Pemakanan Organik Ibu Hamil. Tanya soalan anda mengenai Makanan Organik Untuk Ibu Hamil dan soalan anda akan dijawab terus oleh pakar kami pada Khamis, 18 Mac jam 3 petang. *Sebarang persoalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan tidak akan dijawab atau akan dipadam.
hi dr.. sy ingin tnya, bolehkah ambil ubt lactulose ketika sembelit?
sy nak tanya dok..knp dimlm hari bersesak ni nafas dan x bolh tdo
hai doc..sy ada gdm odc..makanan organik ape yg sesuai untk sy..
apa pemakanan untuk ibu yang mempunyai kencing manis ketika hamil
Untuk ibu mengandung, cuba kurangkan makanan dan minuman manis. Apabila makan bahan berkarbohidrat seperti nasi, mee, roti dan sebagainya, cuba pilih jenis yang “wholegrain” dan mengelakkan maknan mengandungi "refined" gula tepung yang menaikkan darah gula secara cepat dan tidak stabil.. Selain itu, banyak makan makanan yang berserat dan sayur-sayuran. Tetapi apabila memilih makanan, juga perlu perhatikan label dan ramuan, kadang-kadang ada banyak gula tersembunyi dalam makanan yang diproses. Kalau boleh, kerap masak di rumah and kurangkan penggunaan gula.
hye doktor blh kah sya ambil sumplemen utk kulit msa hamil
What are the benefits of consuming organic food what I am pregnant?
Organic are a certification body to ensure the source of ingredients are non Genetically Modified, free from chemical fertilizers, pesticides. These ensure the products made from organic source are safe and clean to be consumed in long term to health. Organic food is very essential for pregnancy and baby as their kidneys are immature and less burden when consuming organic foods. One of the very important is the choosing of organic formula for babies to ensure baby growing up with minimal burden on health.there are some studies that showed that organically grown food has higher nutrition density compared to conventionally grown foods.
kenapa ibu hamil tak boleh minum minuman bergas dan manis?
Makanan dan minuman manis tidak digalakkan kerana kandungan gula dalam darah ibu adalah sedikit lebih tinggi dari biasa, sekiranya terlalu kerap makan atau minum makanan manis, ini mungkin meninggikan risiko ibu mendapat kencing manis. Makanan dan minuman manis juga mungkin menyebabkan bayi menjadi terlalu besar dan mungkin tidak begitu baik untuk kesihatan bayi. Minuman bergas tidak digalakkan kerana semasa hamil, ibu senang mendapat masalah seperti reflux. Sekiranya banyak minum minuman bergas, risiko ini akan lebih tinggi.
trimester 1 knpa degupan jntung laju?brbhya ke?
hi dok. macam mana cara atasi sembelit ketika hamil?
Pengambilan makanan berserat tinggi adalah amat penting seperti sayur, buah-buahan (prunes, pisang, dragon fruit, betik) bagi mengelakkan sembelit. Pilihan sumber makanan yang organik kerana organik adalah satu badan yang memastikan sumber ramuan yang bersih, tanpa GMO serta tanpa baja kimia yang akan memudaratkan kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang. Selainnya, minum air kosong yang secukupnya dalam sehari (sekurang-kurangnya 2L sehari)juga sangat penting untuk mengelakkan sembelit. Anda juga boleh mengambil Probiotics dan prebiotic untuk menambah bakteria balik dalam usus.
pemakanan untuk ibu GDM ON INSULIN
Feeling Organic