62 Các câu trả lời

hi doc sya mau ber tanya dulu sya anak pertama cercar berat baby 3.5 kg sekarang sy mengandung anak ke2 bisakah sya bersalin secara normal... ?

hi doctor..Sekarang sy dah 32week..saya sangkut kencing manis minum air gula ke-2 dan kencing Kotor..mcm Mana nk menurunkan bacaan gula..

VIP Member

hi.sy nak tanya,apa yg baik untuk menambah tenaga mum yg hamil dan apa yang boleh menghilang kan rasa mual serta menambah selera makan..

trimester 1 lidah n tekak mmg rse phit ye? skrg nk mkan yg pedas n asam2 je skrg nasi tak boleh telan mkan mi je

Sebenarnya, adalah tidak digalakkan untuk makan mi sahaja terutamanya bagi wanita hamil kerana bayi dalam kandungan perlu nutrient dari makanan ibu. Oleh itu, amat penting untuk ibu makan makanan seimbang dan organic terutamanya semasa hamil dan apabila menyusu kelak. Adalah agak normal untuk ibu hamil mengalami keadaan seperti ini. Sekiranya tiada selera, boleh cuba minum teh halia dan lemon setiap hari. Sekiranya susah hendak telan nasi, boleh buat jus atau smoothie dari sayuran dan buah segar organic dan tambah bijirin supaya masih boleh dapat nutrient yang mencukupi.

hai doc . boleh suggest pemakanan sesuai untuk ibu mengandung 6weeks ? sbb skrg alahan terlalu kuat . makan nasi pun boleh muntah . tq

Anda boleh cuba minum organic teh halia atau organik peppermint tea pada masa pagi untul mengelakkan rasa nausea. Selain itu, cuba makan kracker kering 2 keping semasa berasa loya.

Hi Dr. Sy hamil 3 bulan dan mengidapi tinggi kolestrol. Boleh Dr suggest susu yg sesuai utk ibu hamil yang mengidap tinggi kolestrol?

Untuk kolesterol tinggi, anda boleh cuba mengambil makanan yang tinggi serat (larut air & tidak larut air). Anda boleh cuba makanan seperti oat, chia seeds, flaxseed dan sebagainya. Ingat juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau boleh, kurang minum susu dan protein yang berasaskan haiwan. Kalau boleh, kurang makan daging dan tukar diet berasaskan tumbuhan. Susu berasaskan tumbuhan seperti oat, beras, almond dan sebagainya juga agak baik untuk keadaan anda. Kalau boleh, cuba makan makanan organic untuk mengurangkan beban pada badan anda juga.

boleh mintak contoh meal plan yg healthy, just nice untuk tidak menaikkan berat ibu berlebihan during pregnancy. thanks

Berat ibu adalah indikasi kesihatan fetal dan kelebihan berat secara normal adalh sihat. BMI yang sihat semasa hamil adalah 18.5-24.9kg/m2 dan akan menaik between 11.5-16kg untuk single birth. Kalau anda mempunyai kenaikkan berat secara cepat dan tidak normal. Anda dinasihat untuk menjumpai doktor atas isu tersebut. Secara itu, makanan yang seimbang dan bersenam adalah sangat penting semasa hamil

hi doc..boleh kah minum coffee 1x dalam seminggu ketika breast feeding? apakah kesan pengambilan kafein kepada bayi?

Kandungan kafein dalam kopi,minuman bergas boleh transfer ke bayi semasa breastfeeding, oleh itu, hidangan kafein tidak melebihi 200-300mg (3 cawan) sehari semasa tengah period breastfeeding. Tetapi kita galakkan kurangkan minuman berkafein semasa menuse bayi. Selain itu, minuman kafein 2 jam sebelum dan selepas breastfeeding tidak digalakkan.

hi doc ,kalau trimester ketiga bp sy jadi naik turun . kalau bp naik turun , adakah sy blh bersalin secara normal atau tidak ?

Kamu mungkin perlu mendapat nasihat dari doktor anda sebab ada banyak perkara yang perlu pertimbangan. Tapi kamu boleh cuba makan makanan yang seimbang dan pastikan anda makan protein yang mencukupi. Ada kalangan orang yang boleh kawal BP mereka dengan lebih baik setelah mendapat makanan seimbang dan protein yang mencukupi. Anda boleh memilih protein powder bersumber tumbuhan dan organik bagi memastikan ramuan yang tanpa baja kimia dan tanpa GMO.

Hai doc, saya 1st pregnancy now dah 20 weeks. Saya ada keluar spotting coklat on & off. Boleh saya tahu punca dan cara atasi?

Ada banyak punca untuk spotting semasa mengandung. Tetapi sekiranya hanya spotting dan berwarna gelap atau coklat, biasanya tiada masalah. Tetapi sekiranya darah banyak, kejang, sakit pada perut dan Kawasan pelvik, darah keluar berterusan lebih dari tiga hari, anda patut pergi dapatkan nasihat doktor.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan