DR IMELDA BALCHIN 'KENAPA CAESAR? '

Seorang makcik tanya, ”Kenapa zaman sekarang lebih ramai orang tak boleh beranak normal, kena buat Caesar? Zaman dulu lebih ramai je yang boleh beranak normal?” Saya jawab soalan makcik: Makcik, zaman dulu-dulu, memang lebih ramai ibu hamil bersalin secara normal bila dibandingkan dengan zaman sekarang, memang boleh beranak normal, bukan tak boleh makcik, tetapi di zaman dulu, ada lebih ramai kematian ibu bersalin, dan ada lebih ramai kelahiran bayi mati. Mai saya nak cerita. Saya bagi contoh kepada makcik. Saya pernah berjumpa dengan ramai ibu hamil yang datang ke klinik antenatal dan di dapati bayi di dalam kandungan sangat kecil, sudah hampir meninggal dunia, kerana uri yang tidak berfungsi dengan baik. Janin itu sudah tidak membesar, tiada air ketuban, tiada pergerakan janin, dan di dapati pengaliran darah di dalam tali pusat janin ke arah uri placenta sudah terganggu. Kita boleh lihat semua ini melalui imbasan Ultrasound scan dan Power Doppler. Kemudian saya tanya ibu, sudah berapa lama pergerakan bayi di dalam kandungan ni berkurangan dan tidak cergas seperti biasa? Ramai ibu yang mengandungkan janin yang ada masalah ini jawab sudah 2 minggu baby ni ‘slow’ saja tetapi mereka salah-sangka bahawa ini ialah satu kebiasaan bila nak dekat-dekat due date. Saya selalu bagi nasihat kepada ibu-ibu ini, buat apa lah, kami selalu bagi nasihat BERI PERHATIAN kepada pergerakan janin di dalam kandungan, jika tiada tindakan yang diambil jika baby menjadi ‘SLOW SAJA’? Ternyata ramai ibu-ibu hamil yang ada bayi di dalam kandungan yang tidak sihat pun perasan perubahan pergerakan janin tetapi tidak datang meminta bantuan. Ada yang bernasib baik sebab tidak terlambat, tetapi ada yang tidak bernasib baik sebab sudah terlambat dan janin sudah pun meninggal dunia. Untuk mereka yang belum terlambat, inilah ibu-ibu hamil yang saya akan bagi nasihat emergency Caesarean section untuk menyelamatkan bayi di dalam kandungan, dan bayi yang di keluarkan masih boleh hidup dan menjadi sihat semula sebab boleh bernafas oxygen dan boleh mendapat nutrisi selepas dilahirkan. Ramai ibu yang terima nasihat ini, dan Alhamdulillah ramai bayi diselamatkan dengan usaha ini. Tetapi Makcik, jika seorang ibu yang hamil itu datang ke hospital selepas bayi di dalam kandungan sudah berhenti bergerak dan di dapati bayi di dalam kandungan itu sudah pun meninggal dunia, maka sudah terlambatlah untuk membuat apa-apa tindakan untuk menyelamatkan nyawa bayi itu.....kan makcik...maka kami akan induce saja supaya ibu mendapat kelahiran yang normal untuk seorang bayi yang sudah pun tidak bernyawa ....betul tak makcik? Buat apa laaa nak buat Caesar jika baby tu dah mati, kan makcik, bersalinlah secara normal, kan makcik? Makcik kata: Ya, Ya, Ya. Makcik pandang kat arah dinding saja macam dok tengah berfikir panjang. Kemudian makcik kata lagi sekali, “Ya, Ya, Ya” Sila lihat dalam gambar, kenapa kehamilan kembar di pantau dengan lebih kerap melalui imbasan Ultrasound Scan. Sudah beberapa kali saya terpaksa membuat pembedahan Caesar pramatang untuk kehamilan kembar jika salah satu dari dua janin itu tidak membesar, dan perlu dikeluarkan untuk diselamatkan. Kemudian saya ceritakan tentang seorang ibu hamil dari Afrika yang pernah berjumpa saya di klinik. Beliau meminta pembedahan Caesar untuk janin di dalam kandungan yang sihat. Saya tanya beliau, kenapa nak Caesar? Beliau jawab sebab dulu beliau tidak mendengar nasihat doktor untuk pembedahan Caesar dan bayinya mati. Saya pun cari nota perubatan lama beliau dan rekod bersalin di Hospital yang sama dua tahun dulu untuk beliau. Saya jumpa rekod beliau yang lama. Didapati pada 33 minggu kehamilan, ukuran rahim beliau sangat kecil, maka dirujuk untuk Ultrasound scan untuk mengenalpasti jika ada masalah pembesaran janin. Keputusan Ultrasound scan mengesahkan janin sudah berhenti membesar, kurang air ketuban, dan pengaliran darah di dalam tali pusat janin ke arah uri placenta terganggu. Doktor di Hospital cadangkan pembedahan Caesar pramatang pada 33 minggu, tetapi beliau tidak setuju dan keluar dari Hospital untuk mencari ubat-ubat alternatif lain yang boleh membantu. Kemudian beliau datang semula ke Hospital pada 35 minggu kehamilan sebab janin di dalam kandungan sudah berhenti bergerak. Beliau terlambat. Bayi sudah mati, dan sekarang boleh lah bersalin secara normal. Beliau kata kepada saya, beliau menyesal, dan sekarang beliau mahukan pembedahan Caesar untuk anak yang kedua. Saya kata, nanti dulu, kali ini, masalah dulu tidak berulang. Kali ini, uri placenta berfungsi normal dan janin di dalam kandungan membesar dengan normal. Tak payah buat Caesar. Kita pantau dulu sehingga matang. Kemudian bersalinlah secara normal selagi tidak ada sebab untuk bersalin secara pembedahan Caesar. Kali ini, beliau mendengar nasihat, dan peluk saya ketat-ketat. Untuk pengetahuan makcik, dan Untuk pengetahuan anda semua, di beberapa negara miskin Afrika, kadar bersalin melalui pembedahan Caesar adalah paling rendah di dunia, iaitu kurang dari 10% Ibu-ibu hamil yang bersalin. Tetapi di negara-negara yang sama, kadar kematian ibu bersalin dan kadar kematian bayi yang baru lahir juga paling tinggi di dunia. Makcik diam saja. Ada banyak makcik nak fikirkan. Sekurang-kurangnya makcik dah dapat jawapan kepada soalan makcik.

DR IMELDA BALCHIN  'KENAPA CAESAR? '
2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Doc ckp ade jugak sebb kepala bby tak muat dengn bentok tulang pelvic tak ngam dgn kepala bby n bby besar.. And jarak kepala bby dgn laluan terlalu jauh..