Pemenang Mingguan #masakwithTAP

Hi semua🥰 Terima kasih kerana telah berkongsi resepi dengan kami di #masakwithTAP minggu lalu👩‍🍳 Tahniah kepada 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐡𝐦𝐢 kerana telah berkongsi resepinya yang begitu mudah dan enak sekali iaitu 𝐁𝐞𝐛𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐣𝐮 🧀🤤 Berikut merupakan resepi Puan Aisyah Syahmi 👇 Bahan-bahan : 🧀 3 biji kentang sederhana besar (500gram++) 🧀 4 sudu besar tepung gandum 🧀 1 sudu besar serbuk lada sulah 🧀 Garam secukupnya 🧀 mozzarella block cheese dipotong dadu secukupnya 🧀 serbuk roti secukupnya ( utk salutan) 🧀 3 biji putih telur ( utk salutan) Cara-cara : 1) rebus kentang hingga empuk. 2) lenyekkan kentang semasa panas dengan lada sulah & garam. 3) tambahkan tepung gandum. Gaul lg hingga sebati. Biarkan sejuk 4) sudukan kentang Yang telah lenyek tadi (agak² aje besarnya) bulat² kan & letakkan mozzarella cheese block. Bulat2 kan semula. Pastikan cheese ditutup sepenuhnya dgn kentang 4) telur putih dikocak² hingga berbuih. Celupkan bebola cheese tadi kedalam putih telur, selepas itu golekkan keatas serbuk roti pula. Golek hingga bebola bersalut elok. 5) ulang semula,celup kembali bebola kedalam putih telur & golekkan atas serbuk roti. Proses celup & golek ni sebnyk 2 kali utk dapatkan salutan Yang tebal & extra rangup. Ianya utk mengelakkan cheese terkeluar semasa proses menggoreng ye. 6) ulang sehingga adunan kentang habis. 7) simpan dalam chiller selama 2jam. 8) goreng dgn api yang perlahan,, tp pastikan minyak betul2 panas baru masukkan bebola keju. Klu api besar, cheese tidak mencair, tp luarannya dh rentung😇 Jom ibu yang lain jangan lupa kongsikan resepi kegemaran anda di #masakwithTAP 😉

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan