Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung.

Hello Semua! Ramai di antara anda yang ingin membincangkan tentang isu penjagaan bayi yang baru lahirkan? Ada yang tidak pasti bagaimana cara untuk memandikan bayi? Teknik yang betul untuk sendawakan bayi? Kenapa perlu membedung bayi? Kenapa bayi sering muntah selepas menyusu? Pasti terdapat banyak soalan yang anda ingin tanyakan kan? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahui segalanya tentang cara penjagaan bayi baru lahir dan teknik yang betul untuk menguruskan bayi anda bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung pada 30 August 2022, jam 4.30pm, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Ding Chin Hong, Paeditrician, Pantai Hospital Manjung.
11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

hi doctor 😊bagaimanakah nak menjaga Tali pusat bayi?

2y trước

Terima kasih di atas soalan puan dan maaf di atas kelewatan membalas soalan ini. Untuk bayi yang baru lahir, pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering.Lazimnya, ibubapa akan dibekalkan dengan alkohol atau bancuhan antiseptik untuk mencuci pusat bayi. Sewaktu memakaikan lampin atau diapers, pastikan tali pusat bayi tidak tertutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu diluar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi . Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering. Tidak perlu letakkan bedak atau ubat-ubatan lain. Air bersih sudah memadai. Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, mandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedag mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja. Biarkan proses itu berlaku secara semulajadi.