Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Pantai Hospital Ayer Keroh
Hi Semua, Di dalam aplikasi ni ramai yang bertanya mengenai tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi, terumata sekali ibu bapa baru. Tahukah anda warna najis yang normal warna apa? Adakah najis yang warna kuning cair normal? Kenapa kadang-kadang ada najis yang berbau sangat busuk? Ada juga yang bau biasa saja? Bolehkah kita tentukan tahap kesihatan najis melalui bau dan warna? Selain itu, apakah perkara penting yang harus ibu bapa kena perhatikan? Perlukah kita segara ke klinik atau hospital jika bayi tidak membuang lebih daripada 5 hari? Adakah susu formula atau susu badan memain peranan penting? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang tahap normal dan tidak normal tentang najis bayi bersama Dr. Sharmini Pillay Datuk Sivaraman, Consultant Paediatrician, MBBS (Mal), MRCPCH (UK) dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 16 November 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.
Anak saya sudah 6 bulan 25 hari dan sudah dikenalkan dgn pelbagai menu sesuai umurnya. Kami ikut 4 Days Rule untuk mengetahui samada anak alahan atau tidak. Kami masih utamakan penyusuan susu ibu kepada anak. Dlm tempoh mengenalkan anak dgn makanan, ada 2 menu yg buat dia membuang dengan meneran yg susah hingga demam. Najis terselit di celah punggung shj tidak ke lampin dan najis masih warna kuning. Soalan 1: Itukah dinamakan sembelit atau kami je syok sendiri fikir ia adalah sembelit? Kami pulihkan anak dengan terus berikan susu ibu dgn kerap, makan puri buah singo pear, bagi paracetamol syrup, urut perut , badan dan kayuhan kaki. Syukur, beberapa jam kemudian, najisnya dah lembut dan senang membuang demamnya pun pulih. Soalan kedua: Adakah sembelit juga boleh membuatkan anak demam?
Đọc thêmHi Dr Sharmini, anak saya berumur 2m5d dan saya bf dan fm pada anak. Anak saya seringkali kentut. Berak anak warna kuning dan sedikit cair dengan kuantiti yang agak banyak kerana setiap kali anak membuang pampers akan penuh. Anak saya membuang 2 kali dalam sehari.. Sebelum ini anak pernah memakan antibiotik kerana terdapat jangkitan pada air kencing. Nak tanya Dr sekiranya pengambilan antibiotik mempengaruhi berak bayi? dan bagaimana membezakan sama ada berak cair dengan terdapat lendir di dalam berak bayi? Thank you Dr.
Đọc thêmHI Puan Salam Sejahtera warna najis kuning is ok dan membuang dua kali sehari adalah agak normal tetapi pengambilan antibiotics boleh menyebabkan najis lebih cair dan pembuangan kerap.... najis berlendir biasanya akan kelihatan macam kahak dalam najis , tetapi berak cair najis akan berair sahaja
hi doctor anak saya berusia 7 bulan setengah.. sudah makan bbur campur carrot,keledek kurma dan ayam..bubur tu sya blend.. anak sya mnyusu guna susu formula.. dan kurang minum susu.. makan nak tapi susu dia kurang.. anak biasa berak dlm 3 kali 1 hari tp 2 kali dye sembelit najis berketul dan ada hitam2 skit pada najis.. normal ke? ke sbb dye dehydrated? sbb kurang susu? air masak dye minum tp susu dye tak nak.. sya dah bnyak tukar susu..tapi dye tetap kurang susu..😑dah buntu dgn susu ape yang nak try bagi anak minum..
Đọc thêmHi Puan salam Sejahtera memang najis nampak keras sangat air suam dan buah penting.... susu kalau tak banyak tak apa tetapi boleh bagi fruit puree atau fruit juice yang tak setup untuk lawaskan pembuangan
Hai Dr.. Saya agak keliru dengan warna najis anak saya. melalui pembacaan, jika najis bewarna kelabu, itu adalah tanda anak tersebut ada masalah pada hati atau hempedu. Adakalanya anak saya akan mengeluarkan najis bewarna kelabu tetapi kemudian bewarna coklat atau kuning seperti mustard. Persoalan saya, adakah ia sesuatu yang normal atau tidak? untuk makluman, anak saya kini berusia 11 bulan dan sudah mula makan pelbagai solid food sebagai menu tambahan beliau.
Đọc thêmTerima kasih Dr..baru tenang hati saya..🥰
Anak saya dah masuk 4 bulan . Masa 3 bln nk ke 4 bln tu anak saya minum susu sikit2 tapi kerap . Then najis dia kadang biasa2 kadang agak pekat . Sometimes ada tercalit sikit warna hitam . tapi sikit2 saja . Anak saya full fm . Dan najis dia sangat berbau . Bukan seperti bau masam yg biasa tapi memang menusuk hidung bau nye . Dulu dia berak 1 kali sehari skrg 2 kali sehari . Okayy ke ye ? ataupun dia tak sesuai susu . Minta pencerahan nye . terima kasih
Đọc thêmHi Puan Salam Sejahtera Najis hitam masa time baru lahir is normal... tetapi kalau hitam masa umur 3 ke 4 bulan, saya rasa lebih elok bawa ke doctor pakar kanak -kanak untuk check perut baby ... Tolong bawa ke doctor pakar bersama dengan sample najis kat pampers kalau ada ya
Hello Dr. Sharmini. Anak saya 2m 23d dan saya bf & fm pada anak. Beberapa hari ni saya perasan anak saya ada masalah kentut malam. Siang dia kentut ok je, tak ada masalah. Kalau malam dia agak gelisah masa kentut. Jadi dia tido tak lena. Membuang pun sikit sahaja, warna tahi hijau kehitaman. Tahi pun berbau sangat busuk. Tapi time membuang anak tak meragam. Anak saya ada masalah apa ye dr? Mohon pencerahan dari dr. Thankyou ☺️
Đọc thêmhi Puan Dina..salam Sejahtera.. terlebih membuang angin (kentut) dan gelisah memberikan indikasi anak ada masalah colic.... dimana pertukaran susu formula yang lebih serasi diperlukan tetapi warns najis kalau hitam memerlukan pemeriksaan lebih teliti dpd pakar pediatric
hi Dr sharmini Anak sy 1 bulan lbih. .anak sy bf + fm. .sy bagi anak sy lactogen. .susu nie okay je just anak sy membuang seminggu sekali je. .tp sekali membuang mmng banyakk. .warna najis anak sy hijau n ade kekuningan sedikit. .sy tak pasti mungkin sy bnyk bf dari fm so anak sy jarang membuang ke mcm mne. .tp klu mcm sy nak bagi anak sy membuang. .ade hari sy akn lebih kan bgi fm. .baru dia berakk. .normal ke Dr mcm nie. .
Đọc thêmHi Puan Bazilah Salam Sejahtera ya kalau baby breastfeed biasanya pembuangan dalam 4 ke 5 hari sekali kadang kadang sampai seminggu baby yang formula feed buang air besar dalam 2 ke 3 hari sekali.... so pattern agak normal ya
Hai Dr Sharmini...Anak saya umur 2 bulan 7hari...fully susu fm lactogen..sebelum nie berak hari-hari,cuma baru-baru nie ank sampai 3 hari tak berak...ank tak meragam,selalu kentut,perut pun lembut,masuk hari ke 4 dia berak,najis lembut,tak menangis...najis warna hijau kadang2 ada kuning2...cuma risau bila anak tak berak mcm selalu..perlu tukar susu ka doktor? Terima kasih😊
Đọc thêmHi Puan Ina salam Sejahtera baby minum susu formula biasa buang air besar 2 ke 3 hari sekali... boleh stretch ke 4 hari kalau tak ada symptoms lain...jangan tukar susu dulu kecuali kalau jarak pembuangan air besar bertambah ke 4 ke 5 hari selalu
Hai Dr Sharmini, Anak saya sejak dari newborn memang ada kesukaran untuk membuang air besar. Tapi bila anak saya sudah berumur 2y++ dan ingin cuba berhenti memberi susu formula tak lama lagi. Adakah dia akan kembali untuk sukar buang air besar? Sekarang walau beri makan buah ada masa najis anak keras tapi takda sembelit. Mohon Dr beri pencerahan. Terima kasih
Đọc thêmHi Puan Nora.. Salam Sejahtera Terima kasih atas pertanyaan anda Walaupun anak dah berumur 2tahun , pemberian susu masih perlu untuk tumbesaran tulang terutamnya... sebab susu adakah sumber calcium yang penting.... tetapi 2 ke 3 kali sehari cukup...Makanan seimbang selain daripada susu penting untuk sumber nutrisi selepas umur setahun ke atas Buah-buahan seperti pisang, betik,, prunes dan kurma mengandungi serat yang bagus untuk melembutkan najis.... selain daripada tu , sayur-sayuran hijau dan air suam yang cukup penting untuk melembutkan najis dan mengelakkan masalah sembelit
Hello Dr. Sharmini, Bayi saya sudah genap 3 bulan hari ni dan fully breastfeed, masa bayi bulan kedua, kekerapan buang air besar adalah seminggu sekali tetapi sejak minggu lepas, bayi saya buang air besar warna kuning cair setiap hari dan adakala 3 kali sehari, adakah ini normal ataupun dia cirit-birit? macam mana nak bezakan antara normal dgn cirit birit?
Đọc thêmSalam Sejahtera Puan kalau baby breastfeed memang pembuangan air besar biasa 4 hari ke 7hari sekali .... kalau kekerapan pembuangan meningkat kemungkinan baby ada cirit..... cirit boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau jikalau baby menyusu ok, tak muntah kekerapan pembuangan najis baby menyusu badan boleh disebabkan oleh pemakanan ibu
Excited to become a mum