Paranoid nak bersalin

Hi semua. Sy just nak luahkan apa yg sy rasa baru2 ni. Lately ni sy asyik tgok pengalaman org bersalin dekat youtube. Tak pun baca blog2 pasal bersalin. Sebab nak cari ilmu bersalin. Zero knowledge sbb 1st mom kan. Semua info cari online je. Nak tanya family, pengalaman dorg tu dah tak relevan kalau ikutkan zaman skrg ni. Takdela semua tak relevan. Cuma info tu cm tak kena gaya dgn keadaan skrg ni. Satu lg sy ni anak pertama, cucu pertama, anak buah pertama, sepupu pertama yg kawin dulu dan alhamdulillah rezeki cepat dpt anak. Jadi sy takde org yg sama umur dgn saya yg ada pengalaman bersalin dalam tempoh 2-3 tahun ni. Terpaksa la cari info online. Tapi bila dah baca2 info tu. Sy jadi takut nak bersalin. Sy byk bayangkan benda yg tak elok. Kadang2 sy tiba2 menangis bile tengah baca pengalaman orang. Kadang2 apa yg sy baca tu terbawa ke dalam mimpi. Mimpi yg boleh buat sy menangis meraung masa tido. Ibarat pengalaman org yg sy baca tu sy sendiri rasa. Padahal belum pernah bersalin lagi. Lepas tu kalau tgok video kt tiktok pasal ibu baru bersalin then tunjuk gambar comel anak masing2 dkt hospital. Sy rasa sayu dan nak nangis. Sy terfikir adakah nanti sy akan rasa apa yg dorg rasa tu? Sihat kah anak sy nanti? Okay ke keadaan sy nanti? Banyak pemikiran tak elok yg muncul dalam otak sy ni. Sampai sy terpaksa uninstall tiktok tu utk tak nak tgok video2 baby. Sy ada luahkan apa yg sy rasa ni dkt suami. Suami sy takde condemn apa2 sebab dia tahu perangai sy yg terlalu paranoid pasal semua benda. Dia selalu tenangkan dan nasihatkan sy jgn layan sgt perasaan tu. Selalu peluk cium sy supaya sy tak terlalu fikirkan hal tak elok. Dia selalu cakap kat sy yg sy ni sorg isteri yg kuat dan InsyaAllah bersalin nanti pun sy akan kuat juga. Nanti anak dia yg keluar pun akan jadi anak yg kuat. Bila suami sy kata mcm tu, sy pun automatik rasa kuat. Tp kalau sy duduk sorg2. Takpun tgah buat keje kat ofis sorang2. Pemikiran tak elok tu tiba2 muncul balik kt otak sy ni. Rasa rimas sebab sy cuba nak jadi positif. Tapi benda negatif ni menguasai diri sy. Pastu rasa takut sgt nak bersalin bila baca pengalaman orang. Kadang2 marah kt diri sendiri. Takkan sbbkan pengalaman orang, aku tak nak bersalin? Takkan nak biarkan anak duduk dalam perut je? Takkan tak nak jumpa anak sendiri? Takkan tak nak cium anak sendiri yg gebu comel? So bila dah marah diri sendiri mcm tu, baru sy rasa kuat balik bila tgah sorang2. Korang rasa benda ni normal ke? Perasaan negatif muncul masa tengah mengandung? Ada ke cara utk elakkan diri dari berperasaan negatif?#seriusnanya #firstmom

9 Các câu trả lời

hi sis, sy pun sama mcm sis first mom , cucu pertama dlm family , anak buah pertama , smua lah yg first . sy skrg dh 3rd trimester, dh mula byk fikir juga mcm mana bersalin nnt risau sakit , anak kluar sempurna sihat ke tak apa smua . semua ibu2 mesti akan fikir benda yg sama . cuma tahap kita nk kawal benda tu je berbeza2 . apa yg sy boleh nasihatkan utk sis , sis kurangkan tgk vid2 bersalin tu apa smua tu kalau boleh mendatangkan rasa tk sdp hati smpai menganggu life seharian sis . Sis banyakkan berdoa pada Allah semoga segalanya dipermudahkan , selebihnya kita serahkan pada Allah . inshaAllah setiap kali kita bergantung harap dan serahkan urusan kita pada Allah hati kita akan lebih tenang , Allah pun sentiasa dengar isi hati dan doa hamba2 Nya . sis jangan stress sgt ye , enjoy je smpai bersalin nnt , doa banyak2 and think positive . semoga baby sis sihat dan ckup sifat , dan semoga sis pun mudah bersalin dpt bersalin normal dgn senang .. aamiin2

Hi sis, saya pun first baby.Anak first, cucu first yang kahwin. Normal masa mengandung memang emosi tu bercampur2 +Mcm2 information zaman skrg, saya pun lalui benda yg sama mcm sis, risau selalu.Tapi Cuba usaha lalui experience ni dengan sederhana, jangan terlalu Sgt fokus benda2 negatif. Alhamdulillah husband pun supporter terbaik tu. InsyaAllah bakal seorang ibu, rezeki anak & amanah ni x semua org rasa awal. So count the blessing, banyakkan doa. Doa seorang Ibu ni mustajab. Prepare dengan doa, istighfar&taubat untuk diri sendiri, suami & anak dalam kandungan tu lgi. For the 3rd trimester ni fokus untuk preparation cth, teknik pernafasan yang betul untuk dalam Labour room nanti., kekal aktif. jaga pemakanan. Teruskan senyum sis moga baby pun Sama2 senyum untuk ibu tercinta.

https://youtu.be/bYw5v6smUIE ni cth teknik pernafasan

normal je,masa mengandung emosi tak stabil. sis pernah dengar kan oku bersalin normal dan selamat? jd dr situ sis boleh bersyukur sebab jika sis bukan tergolong dlm kategori oku,mungkin lebih mudah. memang tak dinafikan ada juga pengalaman bersalin yg sukar,tp itulah kenangan manis yg tak akan dilupakan sampai bila².sy dah ada 2x pengalaman bersalin,memang tak sama. sakit hanya Allah yg tahu. tp bila baby dah keluar semua sakit tu hilang terus bila tengok baby yg dikandung selamat keluar. yakin je sis,sebab kita kuat Allah bagi peluang utk mengandung dan melahirkan anak. mudah²an Allah permudahkan urusan kita semua. aaminnn

sye pun rse bende yg sme.. tp sye cbe counter blek.. tgk utube bsalin artis2.. nmpk mcm indah je..sye tw susah n sakit, tp skg sye cbe positif kn dri.. pkir pn bende2 yg positif je.. better sis join antenatal class.. sye pun da join. nmpk la flow pjalanan bsalin nant.. walaupun org ckp ble sakit nant, kte x ingt da ape yg kte blaja, tp pentg utk kte knfiden/pkir yg positif je.. nant klu kt labour room tu mjerit ke mnanges ke sye x nak pkir skg.. nant da smpi wktu nye bru sye pkir.. hahahahaa

betul. rata2 semua yg dah dekat due ni agak risau dab takot nak bersalin. mcm2 laa fikir. itu, ini.. kebanyakkannya negatif. saya pun centu. sampai mimpi2 lagi tgh beranak, etc. hihi. bangun2 cari baby, tp rupanya pregnant lagi tapi sebenarnya proses nak bersalin yg kita takut sangat tu xde apa pun. mmg lah bersalin tu menyakitkan tapi sakitnya kejap je. especially bila dapat tgk yg kita duk tunggu2 tu keluar. fikir positif ye. wpun yg negatif tu selalu je lalu. buang jauh2.

Sya nak branak anak kedua ni pun rasa nerves sgt branak nanti. Anak pertama agak traumatik waktu branak. Tapi lepastu kamu akan rasa sangat worth it dan amazing bagaikan giving birth tu mcm satu pencapaian dlm hidup bila nmpk baby. Buat research di google dan tengok video di youtube tidak akan dpt prepare pengalaman branak yg sebenar nanti. All the best to all mamas. 🌹Perempuan ni mmg kuat 💪💪

awak xperlu stress. semua mommy melalui benda yg sama mcm awak tengah lalui. 1st time rasa. bagi sy xperlu tengok, sbb buat awak terpikir dan terbayang. bila sampai masa nanti saya takut awak xsempat pon nak praktik semua yg mcm dlm video tu. awak nak yg lebih baik join class antenatal yg provide dkt hospital. itu lagi bagus.

sis jangn stress2 ni lah masa kita nak enjoy dengan mcm2 moments time baby dalam perut .. nanti dah keluar rindu nak ada baby dlm perut ..

VIP Member

Jgn stress kan dri sis. Enjoy ur pregnancy. Ambil yg positive yg negative tolong sgt2 jgn fikir. Xelok utk baby. Stay strong

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan