12 Các câu trả lời

Tahniah atas kehamilan anda! Adalah baik untuk anda sentiasa memberikan keutamaan kepada pemakanan yang sihat dan seimbang semasa dalam tempoh awal kehamilan. Selain asid folik yang penting untuk perkembangan bayi, anda juga boleh mengambil suplemen zat besi, kalsium, dan vitamin D yang direkomendasikan oleh doktor anda. Pastikan untuk berbincang dengan profesional kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan. Semoga kehamilan anda berjalan lancar dan sihat. Selamat menjadi ibu yang bahagia! https://invl.io/cll7hzz

Apa yang private doctor saya syorkan awal pregnancy ni; avoid makanan berasaskan tepung gandum, avoid mee kuning, avoid kekacang, consume Virgin Coconut Oil, COQ10, Multivitamin, Folic Acid, banyakkan minum air kosong, kurangkan air manis, kurangkan dessert yang manis2, banyakkan sayur hijau, buah2an, amalkan real food, and kurangkan fast food untuk kurangkan kuning anak dikemudian hari.. apa2 pun doc ckp selagi takde alahan, makan je apa yang mampu tapi berpada2.. Bila dah datang alahan, semua makanan pun tak lalu nak makan..

I see noted noted. Sy ambil maklum. Terima kasih ats perkongsian sis. Bab makan manis2 sy kurang sikit. Tp bab nak lebihkan sayur tu agak berat. Hehe. Kena ubah untuk baby dan masa depan diri. Thank you for sharing sis. 🥰🥰

asid folic pon dh ok awk..cume jgn lasak2 awl2 mngdung ni..mtk tlg suami yg buat🤭🤭..mkn pds2 sgt elakkn..mkn ontime..itu shja..lbhkn syur n buah..sye ttc 4 thn..alhmdulillah skrg dh 23 week..smoga urusan awk n bby di permudahkn..oh yee jgn lupe minyk air msk bnyk ye..lau krg air kdg2 blh sngkut kncing kotor..jenuh nk ulang alik kk nti lau kne kencing kotor..

Wahhhhhhhh tahniahh awk. Terima kasih nasihat. So far air masak mmg banyak minum. Yg tak laratnya kerja ke toilet je. Huhu. Btw semoga urusan mengandung dan kelahiran kita semua dipermudah Allah 🤲🏼🥰

tahniah sis . so utk 1st trimester ni sis jgn heboh² bgtw yg sis dh pregnant, bkn apa nak elakkn dr perkara² yg x baik. nt scan 10w, mintak pendapat doctor supplement apa yg sesuai. kdg lain org lain keperluan supplement. mcm sy pregnant hrtu consume ganilia, ada 10jenis vitamin dlm tu. boleh carik kat farmasi x pn kt watson yg outlet besar .

iron folic, B, C, multivitamin, calcium. yang ni yg saya amalkan. jarakkan makan iron folic + C tu paling awl pagi, lepas 30 minit minimum baru makan sarapan and then vitamin B, C, Calcium. then kol 2 boleh mkn vit B, C, Calcium n multivitamin. malam kol 10 makan B complex biji, Calcium 2 biji

Utk first trimester, doktor sy benarkan sy ambil ubat Iberet Folic 500. Bagus sbb ada folic acid, vitamin c, vitamin b complex & iron. Lepas habis first trimester, bole ambil calcium & omega 3 klo tiada mslh lain. Tp tanya doktor dulula

asid folic saja pun dah okay. nanti klinik bagi ubat tambah darah masa check up. jaga makan ikut piramid makanan ☺️ kalau nak minum susu, makesure kandungan gula tak tinggi. semoga dimudahkan.

no need any supliment sis..just jaga diri baik2.. folic acid jgan tggal..jaga makan..semoga kandungan sis baik2 saja hingga bersalin..klaw excited sgat pun jgan terlalu awal bagitaw org..

Ameen ameen. Terima kasih sis. Aah mak ayah pun xbg kasi tahu org lg. Mak kata tgu 4 bulan at least baru bgtau. Folic acid masih belum tinggal. Alhamdulillah masih konsisten.

Alhamdulillah tahniah sis 🫶🏻 sis makan folic asid je dulu. Nanti dah buka buku pink, kk akan bagi vit lain. Yg penting jaga makan sebab awal lagi ni.

Alhamdulillah. Rezeki Allah. Ohh kk akn bg vit ke. I see. Baik sis. Terima kasih nasihat.

Sy ttc 8 tahun.... Spjg pregnent sy mkn supplement maltofer je... Alhamdulillah hb cntik je.. Now baby dh 7 bln...

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan