Hi semua.. saje nak share my first time pregnant tapi takde rezeki. Baru dalam seminggu lebih result upt positive. Masa ni excited and nangis kegembiraan. Tapi beberapa hari selepas tu perut start rasa cramp. Pinggang sakit yakmat. Start dengan spotting coklat. Pegi klinik buat beta hcg.. result 1082. Doc kate early pregnancy.
Then esoknya sakit perut lebih dari biasa. Pegi hospital doc check everything looks okay. Cuma masih awal kantung x nampak ape. Malam tu sakit lagiii.. and darah mcm banyak sket kuar dh. Cuma masih coklat. Esoknya pegi emergency. Buat lg beta hcg result menurun ke 632. Doc kate ade probability untuk gugur. Doc bg tramadol and malam tu tido dengan tenang.
Then dua hari lps tu, darah kuar dah start merah macam period. Tp sket2 je. Esoknya (pg td) sakit perut teramattttt sangattt. Asek keluar masuk toilet, duduk dkt toilet bowl tu buat lg tenang sket haha. Pastu macam mamai2 lg tapi ade rasa something jatuh dlm bowl. Cuma x nampak sbb bnyk darah.
After the third time, mmg tak tahan sangat. Makan painkiller synflex.. setengah jam lps tu tido dgn tenang.
Dah pagi, terus pegi emergency. Dekat emergency doc tu bg kate2 semangat untuk kes2 keguguran. Berderai airmata dibuatnya. Doc check mmg takde kantung ape, probably dh jatuh masa mamai2 tu. Check beta hcg, dah 151.. Minggu depan datang check up balik untuk tengok kalau dah fully abort. Supposedly darah berkurangan.
Anyone yang pernah keguguran waktu awal macam ni, macam mana ye berpantang ? Boleh share ?