11 Các câu trả lời
saya share penerangan dr page doctor izzat doctor pakar sakit puan. boleh follow fb doctor izzat, doctor imelda balchin both ni banyak share ilmu berguna. harap membantu Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke? Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit. Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan? Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri. Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting. Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %. Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% . Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung. Telah disimpulkan bahawa ibu yg tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali ( tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba ). Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu ! Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan Mak buyung, tido bogel ke separa bogel ke tu takpe, cuma sebaiknya jangan tido terlentang. Mengiring kiri bila nak tidur or berbaring k?
ni pon sama penerangan dr page doctor izzat. Saya sarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu. Why ? 🤰 Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan ( bermula 28 minggu ), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas. Nak mengiring kiri atau kanan? 🤰Mana-mana boleh. Takda masalah. Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun da terlentang. Macam mana? 🤰Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan. Yang paling penting, masa nak berbaring - tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri/kanan. Bila bangun tu da terlentang tak mengapa. Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang? 🤰Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku dalam 1 dalam 500 kehamilan. Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus. Saya pasti, tidur terlentang dengan abdomen yang besar tu pun sebabkan ibu tak selesa kan? So mommies, jom tidur mengiring !
Terima kasih semua untuk respondnya, saya selalu tidur ke mengiring ke kiri, cuma lately ni tak pasti bila tidur mengiring ke kiri cepat rasa lenguh kaki n pinggang, jadi nak lega sekejap saya meniarap agak macam dah selesa saya kembali tidur mengiring. Semoga mudah urusan kita semua
tido terlentang sebelum 3bulan pun tak ada masalah.. tapi tido meniarap tak boleh sebab ada baby dalam perut.. cuba tido terlentang atau mengiring.. letak bantal kiri kanan masa terlentang atau mengiring.. inshaAllah boleh lena..
Yes.. Sy pon amalkan begini tidur pon lena je
sy skrg ni pn 25 week lbih pn tdo kkdg x lena atau x selesa..kne jgk skjp meniarap bg rse ok tp x menidih perut pn..sy akn ltk bntl spaya x tertekan perut..tk lme pn..lpstu tdo mengiring kekanan..da rse ok tu bru bleh lena tdo
macam saya awal kandungan baring semua posisi tak kena kecuali menerap , tapi baring takdelah sampai Lena.. kejap2 je.. nakkan keselesaan .. semoga mommy dipermudahkan segala urusan
Betul sis, saya memang ikut kata tidur mengiring ke kiri, sebelum ni mengiring ke kanan, masa preggy ni cuba tidur mengiring ke kiri, tetapi kerap lenguh kaki selalu terjaga, dapat meniarap kejap dah selesa baru tukar posisi ke asal semula tq sis
Awal kandungan ok je tp klau blh elak maka elak la. Lagipun nnt bila kandungan makin besar, automatic sendiri akan rasa meniarap tu xselesa dah sbab perut makin membesar.
hi mommyyy. klu hari2 tdr mgiring, nanti lama2 mommy akan biasa juga tu. yg penting ada pillow maternity yg besar. lepas bersalin, pillow sgt berguna masa berpantang.
Betul sis, saya memang ikut kata tidur mengiring ke kiri, sebelum ni mengiring ke kanan, masa preggy ni cuba tidur mengiring ke kiri, tetapi kerap lenguh kaki selalu terjaga, dapat meniarap kejap dah selesa baru tukar posisi ke asal semula, tq sis saya akan cuba beli maternity pillow agar dapat membantu
kita sama lah sis 😂 tidur meniarap tu lah yg paling best bila mengiring tu sakit pinggang yang teramat sgt sampai nngis nngis (9 week jugak )
x bley ye sis... sila cri posisi yg lain.
Anonymous