perancang keluarga mana yang ok?

Hi semua, nak tanya uolls semua ada buat family planning tak lepas dah bersalin ni? saya still tak tau nak pakai perancang apa.. kesian juga dekat suami kena puasa lama² 😅 nak pakai iucd takut.. implanon mahal.. yang suntikan & pil perancang akan kacau hormon laa pula.. kalau merancang sendiri tak pakai apa2 lagi laa takut.. buatnya terus lekat tak memasal je.. sebab orang kata lepas pregnant ni lagi subur kan.. plus haritu baru je period sekali.. itu pun darah sikit² je.. nak tunggu next period pun entah bila tak tau laa sebab still fully bf.. so memang tak boleh nak agak bila waktu subur or tak.. dulu before pregnant memang period saya teratur setiap 28 hari.. senang nak kira waktu subur.. sekarang ni fully bf, mak saya cakap memang susah/jarang period.. jadi macam mana ye.. ada cadangan tak nak pakai perancang apa? 🤔#firstmom #ingintahu #pleasehelp

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Jika rasa diri disiplin makan ubat, ambil ubat perancang. Saya ambil setahun je pil perancang di KK. Kitaran haid normal kecuali jika lewat beberapa jam ambil pil, terlupa makan pil, tempoh haid jadi panjang dan istihadoh.

12mo trước

1 hornon, 2 hormon? tak tahu pula. Better ke KK utk consult. KK di tempat saya , nurse dah briefing dulu untuk saya pilih nak perancang apa. Selepas Q&A dgn nurse, saya pilih pil sbb masih trauma dgn pemeriksaan vagina sblm bersalin dan tak nak implan. Saya menyusukan anak dgn susu badan, jadi KK bg pil hingga anak fully exclusive breastfeeding 6 bulan. Lepas tu pil lain.