Pemakanan

Hi semua . Nak tanya sikit . Harap ada yang sudi menjawab soalan saya . Anak saya 1 tahun 5 bulan . Anak saya tak ada masalah untuk mencuba semua makanan cuma bila makanan seperti nasi(biasa orang dewasa) atau pun ayam yang dicarik tu dia akan rasa macam tercekik dan akan keluarkan semula makanan dia . Bila saya cuba untuk blend kasar makanannya, baru nampak berselera dia makan . Adakah ia normal dalam kalangan umurnya ? Gigi pun baru 6 batang . 4 atas dan 2 bawah. Harap ada yang sudi menjawab. Mummy baru lah katakan . Baru anak pertama .

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Mcm nak tercekik tu istilahnya "Gag" atau muak. Ni reaksi normal baby bila makan. Boleh google perbezaan atara choking (tercekik) & gag reflex (muak). Gag reflex ni bagus utk elakkan baby tercekik. Bila ada tekstur makanan baru/yg lebih kasar yg dia x biasa makan, mmg akan ada gag reflex. Sebenarnya lagi awal introduce tekstur makanan yg lebih kasar lg bagus utk perkembangan oral baby. Baby saya umur 9-10 bulan dah makan nasi biasa & lauk yg dipotong kecil. Sekarang dah 15bulan, semua jenis makanan dia boleh makanan dan pelbagai jenis tekstur sia boleh terima. Saya perasan bila buat mcm ni dia x memilih makan, pandai mengunyah & cepat meniru bunyi dan perkataan.

Đọc thêm