29 Các câu trả lời

Sebenarnya lagi bagus bykkan mencangkung sbb tu kalau tgk exercise yg org pregnant disarankan buat adalah squat dan jalan itik. Sy kat rumah tandas duduk semuanya so ambik peluang setiap kali buat keje kat bawah nak mencangkung. Kupas bawang pun mencangkung 😂. So far skrg dah 9 bulan alhamdulillah takde rasa senak pun. Org dulu2 pun amalkan mencangkung bg senang beranak katanya 😄

Boleh sis takde masalah. Cuma nanti perut makin besar sis sendiri rasa tak selesa mencangkung. Saya dulu tak biasa guna toilet duduk. Masa pregnant anak first pun masih guna toilet cangkung. Dah akhir2 trimester dah senak rasa kalau cangkung. Sejak tu sampai sekarang dah terbuasa tandas duduk pulak dah tak reti cangkung 🤭

hahahaha..kan..sejak gune tanda duduk, mencangkung pn semput 🤣😂

Boleh kot Sy dah nk masuk 9 bulan Boleh cangkung, boleh naik motor Kdg2 terasa sakit senak sikit Tp tak teruk dan jarang2 hihihi Perut je besar tp ok lg la Klu awak rasa tak larat, jgn cangkung. 1st sy gugur 2nd sy duduk rumah mil Rumah mil memg jamban cangkung je Alhamdulillah elok aje kandungan sy setakat ni

Hahahaha teringat sy pula pasal tandas mencangkung nie. Masa balik pantang rumah mak ayah lpas sebulan bersalin. Sy x cangkung. Sy duduk. Tandas mencangkung tu sy duduk sambil lunjur kaki. X larat nk cangkung lama2 + sembelit pula waktu tu. Nk bangun tu berpaut sana sini juga lah. Hahaha

saya dah 29week, dari kecik dah biasa membuang cangkung kalau duduk dia tak keluar 🥲 even tandas kat rumah duduk. skrng kalau nak membuang kena ambik mood sebab perut dah besar mmg cepat lenguh. alhamdulillah takda apa apa masalah yg jadi cuma akan cepat lenguh je 😅😅

Hahaha samala. Tak selesa kalau duduk sbb najis tanak keluar, kang teran anak pulak yg keluar. Kalau cangkung tu senang sikit najis nak keluar.

sy sebenarnya lg suka tands cangkung sbb apa bila da pregnant ni perut mkin besr makin kerap kencing so bila pergi public toilet tands duduk tu alahai kotor nya paling benci yg jenis x reti siram😭 tp tula doc nasihatkn sy kne guna tnds duduk sbb ad risiko hmm sbr jela

Mmg geli sis..bercampur bontot rmai 🤣..Kene beli alas utk tndas duduk tu..kt shopee pon ada..bwk ke mana2 senang guna public toilet..urgent sgt guna tisu..

pregnant boleh mencangkung, rajin rajin buat nanti nak bersalin pun senang. tapi selepas bersalin tu guna lah tandas duduk ye sebab lepas bersalin mungkin ada jahitan nak dijaga dan tak boleh mencangkung time tu 😅

sebab kan masa mengandung lagi lagi dah minggu minggu akhir sebelum nak bersalin tu kena banyakkan senaman dan regangan kawasan otot pelvis tu. salah satu caranya adalah mencangkung ☺️

Saya 27week perut dah besar kadang rse jugak la senak mencangkung kan tapi awak jauhkan perut dari kaki so tak rasa sangat la dan mil saya kata elok tu kira senaman juga , saya follow kata mil la 😅

boleh je sis.. sy sndri pregnant 27w dah tp masih selesa mencangkung..cuma kkdg tu mengah jugak lah bila cangkung.. sbb kkdg bila kencing duduk ni dia mcm tk puas nak kluar air kncing tu🤣

saya dari first trimester sampai dah nak beranak guna jamban cangkung sis alhamdulillah semuanya baik2 saje cuma bila perut dah besar penat and tk selesa sikit sbb perut bertemu peha 😂

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan