Nak hantar pengasuh tapi risau

Hi semua.. nak tanya la macam mana ya perasaan ibu2 masa first time hantar anak ke pengasuh/montessori school/berjauh dgn anak untuk kerja? Saya rasa sangat down dan stress la. Skrg saya tinggal dgn mak ayah saya. Tapi sgt stress bila ada tekanan dari mereka; mereka seperti pandang rendah dan perkecilkan saya dan suami. mereka layan saya dah macam bukan anak sendiri. Ya saya mmg penumpang shj di rumah mereka. Ya saya faham yg saya sudah berkahwin tapi saya masih belum mampu untuk sewa rumah. Saya rasa nak cari kerja dan tolong suami supaya dpt sewa rumah kat tempat lain tapi saya sgt risau nak hantar anak ke pengasuh sebab anak saya ni sangat aktif dan sangat suka berkawan. Saya takut apa2 terjadi pada dia bila org lain yg jaga dia😞😞😞 sangat risau sampai rasa down dan stress

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Saya 3 tahun dah hantar pergi playschool. Minggu pertama saya makan pon tak selera sebab risau dan rindu since saya surirumah dan duduk rumah sendiri 🫠. Tapi anak okey je happy. Setiap kali balik even dah 4 tahun ni pon hantar tempat sama still tanya “awak okey tak sekolah?, ada sakit mana mana tak ?, belajar apa harini?” Haa macam tu sambil checking badan dia semua. Tapi so far alhamdulillah hantar kat playschool yang tepat dan best. Doa jelah minta Allah jaga anak kita kat luar tu. Sebab nanti dah besar pon diorang still kena keluar hadap dunia luar. Saya faham perasaan awak bila orang judge kita ni tak kerja ke apa semua. Tapi itulah rezeki orang ni lain lain. Sampai masa Allah bagi, Allah bagi, usaha je jangan lupa. Semoga urusan awak dipermudahkan ya

Đọc thêm

mungkin boleh mintak tolong ahli keluarga jaga kan kalau awak nak kerja, kalau takda pilihan boleh hantar ke tempat pengasuh tp saya suggest untuk cari yang ada cctv dan yang jaga tak ramai sgt budak. kena survey dulu la cuma biasanya child care center ni mahal sikit berbanding rumah pengasuh biasa.