1 Các câu trả lời

VIP Member

APA YANG BULAT KAT SCAN TU? 📍Pada awal kehamilan, iaitu sekitar 5minggu hingga 10 minggu, melalui ultrasound, akan kelihatan struktur bulat/bujur berdekatan dengan baby dan berada di dalam kantung baby. Ini adalah 'yolk sac'. 📍Kadang-kadang 'yolk sac' tidak kelihatan bulat tetapi seakan-akan menyerupai 2 garisan selari. 📍'Yolk Sac' ini adalah sumber nutrient baby sebelum fungsi ini diambil oleh uri. 📍Kandungan normal yang mempunyai size kantung melebihi 2cm, akan kelihatan baby dan 'yolk sac'. Atas sebab kekangan tertentu, seperti machine, posisi, ketebalan perut dan sebagainya, kemungkinan 'yolk sac' tidak kelihatan dengan jelas. Jadi kandungan dikira normal hanya berdasarkan size baby dan jantung baby. 📍Secara umunya, sekiranya size kantung melebihi 2.5cm tetapi tidak kelihatan baby mahupun 'yolk sac', kemungkinan kandungan itu gagal. (kantung kosong). 📍Kandungan yang mempunyai lebih dari satu 'yolk sac' memberi penunjuk kandungan adalah kembar. sebagai contoh 2 'yolk sac' menunjukkan 2 baby. 📍Untuk kandungan normal, 'yolk sac' akan mula hilang dan tidak kelihatan lagi sekitar 12-14 minggu dan uri mula berfungsi.

oh iye ke..baru nk berangan dpt twin..thanks for info ye..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan