Minta maaf sangat dengar berita ni, semoga awak diberi kekuatan dan kesabaran yang banyak ya. Ada beberapa mums yang saya kenali pernah lalui situasi yang sama, scan 8 minggu tiada degupan jantung, dan saiz bayi pun menunjukkan lebih kecil dari yang sepatutnya, jadi doktor mengesahkan ia missed miscarriage. Untuk proses seterusnya, ada yang pilih ubat (misoprostol) dan ada yang pilih cuci, masing-masing ada pengalaman berbeza, ada yang rasa ubat lebih mudah sebab boleh buat di rumah, tapi ada juga yang lebih tenang selepas buat prosedur cuci di hospital supaya semuanya selesai dengan pengawasan doktor. Yang paling penting sekarang, bincang dengan doktor atau pakar sakit puan awak untuk tahu pilihan mana yang paling sesuai dengan keadaan awak, kerana setiap kes boleh berbeza sedikit. Semoga awak cepat pulih, fizikal mahupun emosi, kami semua doakan yang terbaik untuk awak.
Anonymous