kandungan ke 5

selepas dua kali gugur, dan tahun lepas baby meninggal selepas 24 hari dilahirkan. hari ni dah genap 11 minggu. setiap hari rasa takut. takut hilang lagi. setiap kali appointment untuk scan jadi hari paling mendebarkan. sebab sebelum2 ni tiap kali scan macam2 isu timbul. mengandung last year sampai bersalin elektif czer, setiap kali scan dengan mfm, mcm2 isu dengan baby sampai la baby lahir dan duduk di nicu sampai hari terakhir dia pergi. kandungan yang ke 5 ni, dari minggu ke 7 scan di kk tak nampak kantung n fetal. setiap malam tak tidur memikirkan apa lg dugaannya. 4 hari kemudian check di klinik swasta sbb tak tahan overthinking tentang ectopic sbb baru je operate tahun lepas. alhamdulillah nampak fetal with fetal heart blinking sekali. minggu depan scan kk, sekali lagi dah nampak kantung n baby tapi tak nampak fetal heart. mula overthinking balik. tapi cuba juga sedapkan hati mungkin ultrasound kk ni tak secanggih swasta. tapi pregnancies sebelum2 ni scan di kk okay je nampak seawal 5w. ni dah 9w pun. so sekali lg doctor bg lagi appt scan another 2w. so hari ni genap 11w dan esok another scan untuk betul2 confirmkan dengan kk. since last baby meninggal selepas dilahirkan, kali ni kk akan refer ke pakar mfm untuk pantauan. hanya ingin meluah dan minta kekuatan dan doa semoga kali ini baby berjaya bertahan sampai lahir dan sihat membesar dengan sempurna.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Aku dapat rasa betapa heavy beban yang kau pikul sekarang. Loss yang kau hadapi memang tak mudah, dan rasa takut itu sangat understandable. Tapi alhamdulillah kau sudah nampak fetal heart dua minggu lepas, itu adalah good sign yang kuat. Esok scan ni, try to breathe je. Kau sudah dapat MFM referral, meaning kau akan dapat specialist monitoring yang lebih careful, itu adalah plus point besar, especially dengan history kau. Setiap mama yang dah through what you've been through, memang akan overthink scan, tapi ultrasound equipment di klinik swasta memang lebih advanced kadang2, dan KK punya machines juga reliable. Lepas 11 minggu dengan heartbeat yang kau dah nampak, chances kau kali ni adalah jauh lebih baik. Jaga diri, make sure kau tidur enough (aku tahu susah!), dan let the MFM team be your extra eyes sekarang. Doa kau dengan ikhlas, and lean on family atau partner untuk emotional support. You're doing the right thing by monitoring closely, kau strong, mama. Semoga esok scan bagi kau berita baik.

Đọc thêm
1mo trước

terima kasih bg kata2 semangat. tapi kali ni pun bukan rezeki saya. lepas check di kk, takde heartbeat juga dan janin mengecil jd saiz 7w. terus refer ke hospital. doctor di hospital sahkan missed miscarriage. skrg tunggu kantung dan janin keluar sendiri doc bg masa 2 minggu.

so hari ni dah pergi scan di kk. kandungan mengecut jadi 7w dan xde fetal heart. terus refer ke hospital, pun sama juga. doktor bg masa 2w untuk turun sendiri. kalau lepas tu kandungan masih sama, akan bagi ubat untuk bagi turun atau proceed dnc.