13 Các câu trả lời

assalamualaikum.. saya sedang hamil 11 minggu 3 hari.. saya bangun pagi, ketika saya buang air kecil ada sedikit lendir darah keluar, dan apabila saya gunakan tisu ia berlanjutan keluar darah coklat.. saya ada ke klinik untuk tengok keadaan baby.. alhamdulillah baby okay.. doktor ada berikan ubat kuatkan rahim.. cumanya saya masih risau, sebab saya sakit nyeri bawah perut dan tulang belakang ke pinggang n msih keluar lendir coklat tapi tak banyak.. normal ke scan baby sihat, tapi masih keluar lendir coklat dan sakit bawah perut?

HI pusn , tolong ikut nasihat doktor obstetric puan ya . Jika simptom berlarutan jumpa doktor balik

VIP Member

Hai Doktor Yamuna, 1 - Persoalan saya,apakah yang dimaksudkan dengan breastfeeding jaundice (dialami oleh anak ketiga)? 2 - apakah cara untuk menurunkan jaundice bagi bayi ini? 3 - bacaan jaundice bayi kedua ketika itu 380+ dan doktor ada memberitahu tentang prosedur pertukaran darah. berapa bacaan jaundice yang menyebabkan bayi perlu melalui prosedur tukar darah? 4 - adakah normal jika anak pertama saya tiada jaundice namun anak seterusnya terkena prolonged jaundice? terima kasih doktor

4. setiap baby adalah berlainan . Ya boleh jadi juga , kalau seorang ada prolomged jaundice dan yang anak lain tiada

Hai Dr Yamuna, Anak perempuan sy sudah 43 hari pada hari ini dan masih lagi jaundice. Dia dilahirkan 36 minggu 3 hari. sy berdarah AB+ dan suami A+. Bacaan bilirubin masih lg 150 & keputusan darah utk prolonged jaundice adalah normal. Anak sy full breastfeed. Boleh sy tau, berapa lama tempoh maksima utk bebas dari jaundice? Sekiranya lebih dari tempoh maksima tersebut, ada kemungkinankah anak sy akan menghadapi masalah kesihatan yg lain? Harap doktor boleh jelaskan. Terima kasih.

VIP Member

Hai doc.. Baby sy dah umur 5 bulan stgh skrg n full breastfeeding sbb sy dah berhenti kerja 2 bln lepas.. Kadang² bila keluar rumah je sy bagi susu formula.. Masalah skrg kdg² sy mengalami bengkak susu di sebahagian breast sbelah kanan walaupun baby selalu menyusu. Maksudnya 1 breast tu terjadi sebahagian je bengkak n sakit yg amat sampai ke bwh ketiak.. Apakah penyebabnya dan macamana nak atasi kejadian sama berulang².?

1. jika ada breast sebelah sahaja yang bengkak , kemungkinan penyusuan di sebelah breast itu lebih daripada breast yang lain- yang menyebabkan penghasilan sus lebih di breast itu. 2. satu lagi ialah tolong check dengan lactation specialist - untuk memastikan tiada block ducts dna masalah lain .

TapFluencer

Selamat sejahtera, Anak saya pernah kena jaundice sehingga 25 hari. Doc kata disebabkan jenis darah saya tapi ikutkan ada ibu yang jenis darah lain anak tersebut masih mengalami jaundice yang lama. Apa perlu dilakukan jika bayi sukar untuk buang air besar dan ia menyebabkan bacaan bilarubin makin sukar untuk turun? Terima kasih

HI , betul ya puan , prolong jaundice tidak berkaitan dengan kumpulan darah mama ataupun bayi. Jika ada prolong jaundice , yang paling penting ialah 1. berat baby semakin naik dan baby menyusu dengan baik . 2. warna najis baby mesti kuning pekat dan tidak kuning pucat. 3. check doctor untuk pastikan jaundice ini tidak berkaitan dengan masalah hati/jangkitan kencing dan sebagainya.

Skrg saya mengandung ank yg ke 4, 36 weeks. Ank no 3 dulu prolog jaundice smpa 35 ari, dah ambik sample check darah semua tp xde masalah cuma utk kelahiran yg ke 4 ni kena jaga mkn la sebab baru tau ibu pun kena elakkan halia, kunyit masa ank masa jaundice. Jamu2 pun tak boleh mkn

Hi dr . Saya nak tanya kalau anak2 sebelum ni jaundice tak normal . Tapi parent tak pergi check up . And now anak dah besar dalam 4 tahun macam tu boleh ke check up ? Sebab selalu kalau anak masuk wad doktor Akan tanya kuning sebelum ni Okay ke tak macam tu .

jaundis dikalangan baby berlainan dan tidak akan bersmabung sampai ke umur 4 tahun . salah satu sebab dr tanya ialah untuk mengetahui sejarah kesihatn awal anak - kerana jika ada jaundice yang sangat tinggi bila baru lahir , kadang kadnag ini ada effect pada perkembangan mental dan fizikal anak nanti.

Hi dr. Sekiranya baby mengalami prolonged jaundice disebabkan breastmilk jaudice perlu ke topup dengan susu fm? Baby dah ambil result darah dan result normal serta ada kenaikan berat setiap minggu. Mohon pencerahan dr.

Thank you dr atas pencerahan utk soalan saya ❤️

Hi, saya sedang preg 31 weeks, husb & i berdarah O and doc mngatakan kemungkinan besar bayi kami akan mndpt jaundice apabila dia lahir nnt. Adakah breastfeeding hanya solusinya? Terima kasih

HI, jika puan kumpulan darah o dan suami juga kumpulan jenis o positive . Kemungkinan besar baby kumpulan darah yang sama juga.risiko jaundice bertambah jika mama kumpulan darah o positive dan baby kumpulan drah berlainan. risiko jaundis akan bertambah jika 1. mama ada kencing manis 2. baby pramatang 3. mama kumpulan darah o dan baby kumpulan drah A or AB or B 4. pernah ada anak yang jaundice tinggi sebelum ini 5. baby yang tidak sihat dan ada risiko jangkitan 6. baby yang ada G6PD deficiency

Terima kasih kepada semua parent yang mengemukakan soalan . Harap dapat pemahaman yang lebih tentang jaundice di kalangan newborn .

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan