Dituduh mengabaikn anak, masa bawa ke KK

#sekadarsharing Lesson: mama, please belajar treat selsema anak you. Belajar sedut / keluarkan hingus baby, belajar tengok lekuk di dada baby, belajar kira breathing rate baby. Dan bawa ke hospital sekiranya nampak tanda2 lekuk / breathing rate baby tinggi. 🥹 Anak no.2 saya, Aiyub dulu selalu admited di hospital, setiap bulan bermula usia 7 hari. Masa saya ke KK untuk check jaundice, nurse tanya, "baby ada batuk selsema?". Saya jawab ada. Nurse minta proceed ke bahagian counter untuk check suhu dan oxygen. 3 kali check, bacaan oxygen Aiyub menunjukkan nombor "85". Nurse di counter tu mulai pening, pastu garu2 kepala. "Puan, saya rasa alat check ni rosak. Puan ikut saya, kita ke emergency." Masa di emergency, baby diserahkan kepada doctor yg berada di situ. Saya dan suami tunggu di luar. Setelah beberapa minit, 3 orang doctor datang kepada saya dan suami bertanyakan perihal kami ke KK tu. Terkejut kami pada ketika tu. Kami terangkan, datang sebab ada appointment check kuning. Lepas tu bertubi2 soalan menerpa dari mereka. "Puan, oxygen anak puan sangat2 rendah. Kenapa tak datang lebih awal? Kenapa tak ke hospital? Puan tahu tak anak puan dalam keadaan bahaya sgt skrg ni? Puan tak tahu ke?? Dada dia ada lekuk. Dan breathing rate dia sangat laju. Kenapa puan lambat bawa dia utk check up?" Saya terdiam, ternganga, dan hanya mampu menjawab, "Ya Allah.. saya tak tahu" Lepas tu kedengaran ada doctor sebut, "ini kes pengabaian anak ni" Dan ada doctor yg cuba husnuzon. "Dia tak tahu. Mungkin 1st baby." Saya dan suami terdiam. Dipendekkan cerita, doctor uruskan penghantaran kami ke Hospital Serdang melalui ambulans. Sebulan di NICU. Prescribed ubat antibiotic Vancomycin dan macam2. Saya pernah diberitahu doctor supaya bersabar dan redha jika apa2 berlaku sebab infeksi pada paru2 Aiyub sangat kritikal. Dan memandangkan dia masih kecil, dia terdedah kepada lebih banyak bacteria / virus infection. Nak dijadikan cerita, Aiyub tiba2 dijangkiti MRSA. Kata doctor pada ketika tu, "Puan.. fatal rate penyakit ni sangat tinggi. Tapi Puan jangan risau. Ada baby yang survive infection ni, 2 tahun lepas. Kita akan ikhtiar sebaik mungkin. Cuma kalau dia survive pun, paru2 dia dah luka. Dan dia akan sangat mudah untuk kena jangkitan macam2. Terasa gelap dunia saya ketika tu. Perasaan bersalah menyelubunyi diri. Hanya mampu tertunduk kepala, menahan tangisan je depan doctor tu. Alhamdulillah Aiyub survive MRSA. Dan seperti kata2 doctor sebelumnya, memang setiap bulan Aiyub mudah mengalami jangkitan sehingga dada lekuk dan pernafasan laju dan saya bawanya ke hospital. Dari tahun 2023, bermula March (Aiyub lahir), sehingga February 2024. Tiap2 bulan saya lalui episod kesakitan aiyub di hospital berbeza2. Dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Terakhir, Aiyub dimasukkn ke ICU di Sunway Medical Center. Masa tu yg treat Aiyub ialah Dr Fazilah. Pakar paru2 kanak2. 2 minggu lebih di sana. Macam2 treatment Aiyub dapat, dan Alhamdulillah.. keadaan dia bertambah sihat setelah itu. Saya masih ingat kata2 Dr Fazilah kepada saya: Puan, Aiyub ni masih kecil. Badan dia boleh belajar melawan sendiri penyakit2 seperti ni. Tapi disebabkan dia dah terbiasa diberi ubat antibiotic yg kuat2 dari kecil sebab waktu yg terdesak ketika tu, maka kita terpaksa membantu badan dia melawan dgn ubat antibiotic yg kuat2 juga. Saya dh check paru2 Aiyub. Dia okay. Bukan congenital. Apa yg berlaku terhadapnya ada infection pada paru paru. Pneumonia.. bronchiolitis.. Dan sebenar2nya, puan boleh elakkan dari jangkitan tu berlaku. CLEARKAN HINGUSNYA. Itu sahaja. 1. Guna sterimar, spray di kedua belah hidung. Spray 2 saat. Stop. Tunggu 1 minit. 2. Ambil penyedut, sedut kedua belah hidung baby. Kalau hingus yg keluar kelihatan pekat sungguh, proceed buat neb. 3. Neb gunakan solution normal saline saja. Air garam. Lebih selamat. 4. Buat percussion pada baby. Boleh tgk youtube. 5. Ambil penyedut, dan sedut. Dalam kes dimana doctor beritahu hingus banyak dan terlalu banyak dan pekat, doctor akan suggestkan neb menggunakan solution Salbutamol. Dipendekkn cerita, setelah mendengar penjelasan Dr Fazilah, saya terus berubah jadi mak terpaling poyo. Bukak shopee, beli sterimar 2 3 botol. Beli penyedut hingus yg macam brand nose frida tu (dah beli beberapa jenis penyedut. Beratus2 habis. Last2 paling efektif ialah penyedut murah yang kepala warna biru bentuk macam pensel tu. Pastu saya beli juga mesin nebulator brand sama macam yg saya nampak Klinik Anda pakai. Pastu saya beli mesin sedut kahak seperti di klinik juga. Sebab ini semua adalah alat2 yg digunakan di hospital bagi membantu mengeluarkan hingus dan kahak aiyub yang memenuhi ruangan pernafasannya. Mahal. Ikat perut juga waktu tu. Demi anak. Alhamdulillah. Setiap kali nampak tanda2 Aiyub nak selsema, saya terus buat rutin2 yg doctor ajarkan pada saya dengan menggunakan setiap alatan tu. Tapi yang paling kerap saya gunakan hanyalah Sterimar dan penyedut hingus berbentuk pen tu. Alhamdulillah tiada lagi episod hospital admission untuk Aiyub. Naudzubillah. Janganlah.. Satu lagi yg sy belajar ialah, "bila kita mulai merasa ada suatu tak kena dgn anak kita, biarpun semua orang cakap takde ape2, pleaseeee follow ur guts feeling. Pergi saja ke klinik / hospital untuk dapatkan pemeriksaan. Biarlah orang kata kita ni mak terpaling or mengada2 ke apa. Percayalah naluri keibuan anda. Saya dah lalui itu tapi berkali2 saya tak turutkan sebab ingat kononnya drama, dan sebab orang lain cakap takde ape. Menyesal saya. Ingat ya mak mak sekalian. Follow naluri keibuan anda. U know ur child better! Attachment: Gambar 1: Aiyub masa dalam incubator di Hosp Serdang. Gambar 2: Sterimar ni wajib ada. Beli sterimar baby. Pastu untuk alat penyedut, yg jenis pen ni ialah yang paling EFFECTIVE berdasarkn pengalaman sy. Asal2nya di rekomen oleh Prof Dr Musa, pakar dari KPJ Damansara. Pastu sy dh jmpe alat lebih kurang sama tp dgn harga lebih murah kt shopi, sy beli ygtu je. 1st time mom, belilah yg proper, dalam bekas tu. Senang skit nk simpan. Hehe.

Dituduh mengabaikn anak, masa bawa ke KK
13 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Terus teringat anak kedua saya. Baby girl yg sgt baik. Tapi masa newborn lagi dia start batuk berkahak selsema semua ada. Terseksa tgok dia. Kita yg mak ni smpai nangis2 tgok dia mcm tu. Tapi betul, org akan kata kita over la mcm2 sbb kalau boleh terus nak bwk anak pi hospital, nk bwk terus g jmpa doktor. Tpi org ckp mengada la, g hospital awal2 pun kena tunggu lama la. Tapi kita sebagai mak yg mengandung melahirkan ni xtahu la nk ckp mcm mana perasaan tgok anak sakit. Umur sbulan lebih dh kena makan byk ubat. Sedih sgt kalau tringat. Smpai skrg kalau selsema mmg berkahak teruk. Mcm baby dlu siap bawa g neb, sedut kahak, tapi xjadi2 sbb kahak sgt tebal. Mcm2 ubat, minyak sapu. Semua xjadi.

Đọc thêm
1y trước

dulu, sy risauuuu orang kata kte mengada n macam2. now. DONT CARE. mommy pun sama! biar je. itsokay. lantakkan perasaan or komen tu. marilah sama2 kite jadi mak TERPALING MENGADA2 utk anak2 kita. kte yg mngandung. kte yg jaga. apa2 hal, kita kena hadap semua. GOOD JOB mommy sbb cakna. u did great! please teruskn apa yg mommy buat ni. 🫡💪💪💪💪

Byk2 brand beli sedut hingus, product shopee yg murah mcm pensel tu jugala sy pn rsa sgt effective. Pernah beli brand sedut hingus mahal lupa brand apa tp x kuat mna pn. Setuju part kluarkn hingus. Nasib baik juga ibu2 lain pernah share psl ni, bkn nmpk dri apps ni. Dlu as firstmom pn mmg x expect pn ada mcm tu, ye la kdg nak blajar pn klu mmg x tau, xdeny kta terfikir nak search tp lpas baca pengalaman ibu tu baru tau. For firstmom recommended baca & ambil tau bab ni.

Đọc thêm
1y trước

ia betul tu mommy. sy pn beli yg ini haa. alhamdulillah serasi dgn cara penggunaan kami. masa kena tu pn, sy asyik nangih dan down sentiasa. yelah kn, kita takda ilmu. huuu... 🥲

Post reply image

hingus ni memang jahat. mula sikit2 lama2 jd bukit. anak pun selsema sikit je, tp berkumpul dlm paru2 buatkan anak batuk dan pernafasan dia laju. kita balik dari kerja tak perasan yg nafas anak laju, pengasuh just ckp anak susah tido sbb ada hingus dlm hidung, tp hingus takde leleh pun, then pi klinik utk neb then situ dr kata nafas laju terus admit hosp 6 hari 🥲, skrg ni masih ada lekuk tu, dr kata kne biasakan dan kalau laju dari ni kne pi hosp.

Đọc thêm

Terima kasih diatas perkongsian ini sis. Anak saya 4bulan hari tu pun kena selsema+batuk berkahak. 3 kali pergi neb, sama je. Mula2 saya tak xnak bagi antibiotic, tapi, tgk keadaan dia xsampai hati kesian batuk xberkurangan. Bila bagi antibiotic baru okay. Nurse kk pun bising kenapa bagi antibiotic. Hari ni, baby dh 5bulan, kena balik selsema+batuk. Kami cuba utk sedut hingus dan tepuk percussion. Harap dia okay.

Đọc thêm
1y trước

ye mommies. masa nak spray sterimar n sedut tu, cuba letakkkk tepi bisikan "kesiannyaa baby kena spray lagi" or "kesiannyaaa dia nampak menggelupur masa sedut". jangan jangan. sbb kita kesian kat dialaaaa kite kena buat jugak routine tu. yukendudis 💪💪💪💪

saya pun pernah lalui anak sulung kena batuk kokol 🥺doc ckp knpa baru datang sya kata sya tak tau trauma saya tengok anak sya smpai skrg sya tk nk dkt bby org dan sentuh baby orang,kalau anak saya batuk selesma saya akan buat tepukan percussion dan rajin sedut hinggus anak,tengok dada takut2 ada lekuk bawa p klinik takut terlambat macam ank sulung syukur alhamdulillah anak sulung dah 8tahun

Đọc thêm

Perkongsian yang sangat bagus. Same case with my son. Terkejut semua doctor datang check geleng kepala sbb jangkitan kuman yg teruk, dada lekuk dan nafas laju. Even dah discharge before raya, tapi maknya sampai ke hari ni nangis teringat moment anak dkt hospital. Bahayanya hingus baby ni jadi kahak sampai mudah kena jangkitan kuman.

Đọc thêm
1y trước

yes!!! sangat bahaya. kte ingat biasa2 je kan. rupa2nya itu boleh bg efek yg kronik untuk baby kalau tak treated betul2. moga your son dijauhkan dari bahayaaaa. now dh okay kan? please please beli sterimar dan penyedut hingus. buat observation kerap. dan whenever necessary, just spray dgn sterimar and sedut je. jgn risau, sterimar tu sgt selamat. sbb air garam je.

Allah. mcm sy jg.naluri gtau pernafasan x ok ni .,laju n brlekuk,tp org rumah smua gtau pergi check esoknya sbb ada appy kkia rupanya mmg nafas laju..nurse kt kkia pn tegur n marah sbb syg..kenapa xbwk trus ke hosp. tp anak sy finally ada isu heart (congenital). jd smpai skrgmmg nafas ada lekuk

Đọc thêm
1y trước

sgt tkut huhu.semalaman x tdo sbb kejap2 bgn n check nafas..even smpai skrg pn.. anak sy ada ASD : lubang kecil di jntung . under follow up doc ;)

sy mmg Akan rs insecure bila baby da start selsema. semua kelengkapan Tu semua sy mmg beli .tp bila cuak sgt trus sy bawak bawak baby ke klinik untuk sedut kahak Dan hingus. Lepas Tu monitor sendiri. anak sy pon pernah dpt bronchitis ms die sebulan lebih. betol2 serik.

1y trước

takpe mommy! yg penting, mommy tak buat tak tau atau pikir.. "ni biasa je kot... normal kot.." ye, memang normal baby terkena jangkitan. tapi tak bermakna itu perkara yg kita boleh pandang enteng je. u did great mommy! bagus! everytime kena, kalau hati masih rasa tak sedap, bawa saja baby ke klinik / hospital. biar apa orang kata. bila mommy dah tau dan confident utk monitor di rumah, then mommy monitor sebaik mungkin. tanya je macam2 soalan dekat doctor utk cara monitor2 tu. 😉🥰

Assalamualaikum, tqvm for sharing. Boleh sis share step rutin jika anak batuk? Susah bila bawah 2 tahun tak ada ubat batuk. Pengalaman saya, just tampal patch di dada & bahagian belakang anak saja. Jika ada tambahan rutin yg boleh buat jika anak batuk, pls share. Tq

1y trước

Tqvm for the tips. Boleh try ni sis. Semoga anak2 kita sihat & immune badan makin kuat. Aamiin

Assalamualaikum pn...boleh share mesin nebulizer dan sedut kahak jenis mna yg pn beli?? anak sy pn susah nak kluarkan hingus...kahak pekat sangat....guna sterimar dan penyedut hingus pn xbrapa nak kluar...

1y trước

waalaikumussalam mommy.. sy invest beli ygni, sebab dkt klinik anda yg sy pegi ada pakai brand ni sebijik. ada yg lebih murah juga dari ni. utk nebuliser solution, beli saline water biasa je mcm ni https://my.shp.ee/kNZyTJt Nebuliser sy beli brand Rossmax: https://my.shp.ee/Bou7mJg mesin sedut kahak sy beli Yuwell: https://my.shp.ee/N44xmNS utk tube nk masuk hidung dia tu sy beli di pharmacy je, harga RM2. size tu sbb dkt hosp dh tgk doc guna sizw 8, sy beli size 8 je. utk penggunaan mesin suction ni, cara masukkn tube dlm hidung baby, sy diajar oleh nurse sendiri masa merawat Aiyub.