Sejak da masuk 3trimester ni asik rindu kat mak. Mak tak tahu kandungan sy, family tak tahu sy tgh pregnant..sbb anak ni anak luar nikah. Tp sy dah berkahwin senyap2 di seberang tanpa pengetahuan keluarga. Sy duduk merantau jauh dari keluarga, jadi sy sembunyi kan kandungan dari pengetahuan keluarga. Kali terakhir sy balik jumpa mak di usia kandungan 3 bulan. Skrg da msuk 8 bulan...tgh menunggu hari utk baby keluar. Kerap sgt menangis sbb rindu kan emak. Fikiran asik terganggu takut kalau terjadi sesuatu semasa deliver, sy tak sempat terang kan hal sebenar dan tak sempat minta keampunan. Hubungan sy dgn mak baik..sy selalu call dia utk elak kan dia syak apa2. Rindu nak makan masakan mak, nk duduk berbual dgn dia mcm dulu. Sy pernah nak bgtau mak hal sebenar, tp sy belum betul2 yakin....sy xnk dia kecewa..sy takut emosi sy akan makin lemah memandang kan usia kandungan yg tgh tggu hari je. Tolong sy bg semangat ibu2...sy perlu kan sokongan utk sy kuat.
Rashidah Rashid