Luahan Hati Berpantang dengan keluarga

Sejak baby(anak pertama, dan pernah gugur sebelum ni) masuk nsu sebabkan weight loss serta dengan deman kuning, Saya jadi takut sangat2 nak jaga bayi saya. Pentau feeding time dia dgn betul2 setiap dua jam, pantau berak kencing dia. Sampai saya rasa mcm anxiety sbb takut apa2 berlaku dkt anak saya. Stiap hari nangis sorang2 kalau suami pergi kerja sebab takut sngt. Saya rasa makin lama makin tertekan. Dengan baby pula kadnag2 muntah susu. Walaupun dh sendawa kn dia. Baik susu badan dan susu formula. Tapi tak selalu dia muntahkn. Tambah pula dengan macam2 pendapat dari orng lain baik keluarga dan pihak hospital buat saya lagi bertambah tertekan. Cara susuan saya tak betul la, cara saya handle anak la. Baru2 ni, alhamdulillah berat baby makin naik dan kuning dia dh tak de. Tapi mak saya pula buat saya trtekan. Mak suruh jemur anak pagi2. Doctor tak bagi even nurse dh ckp depan dia x boleh jemur anak dh mcm dulu just kerapkn susu. Matahari tak sama mcm dulu . Tapi dia tetap suruh juga. Pagi kemarin dia suruh jemur, saya jawab xboleh dh jemur sbb matahari x sama mcm dulu, mak jawab "SEMUA ANAK MAK ELOK JE BERJEMUR DULU, TAK DE MASLAH PUN. IKUT KO LAH" Terus dia kluar bilik dan tak jenguk2 dh saya dengan baby smpai skrng. Oleh kerana saya duduk tingkat atas and bilik dia kat bawah plus mak tak bagi saya turun naik tangga dulu, saya msj dia.. "Mak mrh kn L ke pasal tak jemur baby?" "Bnyk dh berita tak elok skrng kalau jemur baby. bukn tak nk dgr ckp mak." "Nurse tu sendiri ckp depan mak kn" "Lagipun baby dh takde kuning" "Jgn la mrh smpai mcm ni skali mak. L dh cukup" "tertekan jaga dia sorang2 kalau N(suami) prgi kerja" Mak saya reply "Betul lah tu, kau lebih tau segala2 nya ,kau kan sklh tinggi, kakak ipa kau pun docter, mak ni org kampung je, xtau pape pun,bodoh, belajar x tinggi" "Macam mn rasa beranak dan jaga anak, susah?, sakit?, lagi rasa sakit kalau anak x mengargai kita" "Itu baru jaga anak satu ,dan x payah nak pikir pasal benda lain,basuh kain,kemas rumah ,masak, aku pernah buat sume tu dlm pantang" Ya Allah rasa mcm nk bunuh diri.. Rasa penat, tertekan.

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

First, awk ibu yg hebat sbb berjaya lahirkan baby yg nomeyy nomeyy tu. Masa berpantang memg masa yg wow memg akan bg banyak tekanan dkat ibu2. Kekadang kita akan meroyan, menangis tanpa kita sedar pun. Lebih2 lagi awak yg ada pengalaman yg tak berapa baik sebelum ni jadi sbgai ibu memg akan rasa fobia. InsyaAllah, anak tu takkan ada apa2, muak susu ke, baby kembung ke memg kita akan risau, nnt slow2 kita akan belajar cara nk tangani. Kalau org lain tegur cara kita buat itu ini salah, cuba dulu cara org tu, jadi ke tak tapi jgn sampai memudaratkan diri n baby. Sbb benda mcm ni kan bila kita buat cara org tu baru jadi 😆, pasal mak pula biasalah org berusia, kalau kita dh tegur tp tak jalan, boleh je bg peluang sekali je. Cuba kata boleh jemur anak tapi sekejap aja, tak terlalu lama takut memudaratkan. Jgn sampai hubungan dgn mak sendiri retak sbb ni 😊, insyaAllah mak puan pun nk yg terbaik utk cucu dia, cuma zaman dh berubah, zaman serba moden. Ada sebab knapa sesetengah cara dicegah oleh doktor. Saya doakan awak kuat & percayalah, pengalaman ni memg akan buat awk akan lebih tahu bila dpt anak seterusnya nnt 💕

Đọc thêm
4y trước

Thank you, rasa nk nangis bila baca

Saya baby belum lahir lagi (tengah tunggu hari), dari awal mak and nenek saya nak jaga, so saya memang dari awal dah list out my rules, saya explain juga, baik baby baik keadaan dulu tak sama macam keadaan dan baby sekarang. Even makanan pun dah tak sama dulu dan sekarang. Baby sekarang sgt fragile. Keadaan skrg kita and baby risky dengan benda2 yang memudaratkan. If ada benda yg mak atau nenek saya suruh buat yang saya rasa tak sesuai dengan saya or baby, saya akan ‘gertak’ sikit mereka dengan hantar keratan artikel or berita and cakap, “doc and nurse dah bagi tau benda ni tak elok, so please, don’t risk my baby nor me with something like this. Zaman dulu dgn skrg dah lain sgt. You want anything happened to me or baby ke?”. Hahah lebih kurang gitulah. Then baru nenek saya macam “tak reti and takut nak jaga budak zaman sekarang ni, fragile”. Haha. Untuk saya sis, dahulukan perasaan sis and kesihatan baby dulu, kalau rasa taknak buat kuatkan hati, orang2 tua ni memang banyak pandangan dan pantang larang yang bukan-bukan kadang. Yang penting sis and suami kena bersatu padu dalam hal ni. ♥️

Đọc thêm
Super Mom

Allah. berat ujian sis. tp saya yakin sis mampu menghadapinya. kalau sis dah cuba tegur ibu sis dgn cara baik tp dia tak nak dgr,sis jgn ambil peduli. jgn terlalu memikirkan apa yg ibu sis ckp. cukup dgn sis mintak maaf dgn dia dan kalau dia tetap dgn pendirian dia,sis biarkan. lama2 nnti ibu sis akan faham dan lembut sndiri hati dia. skrg ni ialah waktu sis berehat. setakat mana yg sis mampu buat,sis buat shj. jgn paksa diri. anak sis muntah susu mungkin dia terlebih mnum susu. mcm anak saya dulu,smpai terkeluar susu dekat hidung. penyelesaiannya saya ganti kan puting selepas dia mnum susu. alhamdulillah selepas itu dh tak ada muntah susu lagi. sbb sbnrnya baby dh knyang,tapi mulut dia masih menghisap sbb dia nak tidur dan tenangkan diri dia. perut baby baru lahir tak besar mana pun,sis boleh refer dekat article asianparent sblum2 ni. in shaa Allah sis kuat dan tabah utk hadapi dugaan ni💪

Đọc thêm
4y trước

sama2 sis. semoga sis kuat dgn dugaan ni ya☺️

Influencer của TAP

Masing-masing ada pengalaman yang tersendiri. Ya susah nak cakap dengan orang tua bila mereka rasa mereka berpengalaman. Dan tidak dinafikan. Tetapi zaman berubah. Dulu tiada pendedahan dan sekarang pendedahan dari saintifik dan fakta itu ada. Sebaiknya ikut mana yang betul. Alhamdulillah Puan masih boleh bersabar dengan ibu walau buat Puan tertekan. Tekanan selepas bersalin juga pernah saya rasa. Ibu perlukan rehat dan jangan terlalu stres. Puan perlu luahkan pada suami dan perlu bagitahu ibu bahawa Puan tertekan dan harap dia faham. Moga Puan sihat selalu begitu juga dengan anak Puan. Aamiin

Đọc thêm

mak awak dgn mak sy sama.. sy peduli hapa.. sy kena post partum depression selama 2 minggu berpantang rumah mak sy.. sy xtahan, esok nye terus sy packing brg balik rumah mertua.. lepas dua minggu rumah mertua.. sy duduk rumah sendiri.. jgn fikirkan sgt apa org tua tu ckp.. kalau anak kita kena cancer kulit sbb berjemur dia nak bertanggungjawab? ayat mak awak tu sama lah mcm ayat mak sy.. yelah mak ni bodoh.. sy pun penat ngn mak sy.. sy fikir kan anak sy je.. apa nak jadi.. jadi..

Đọc thêm
4y trước

sbnrnya awk perlu jauhkan diri dr mak awk dlu smtra ni. mcm sy..mak sy perangai mmg teruk. jd sy elakkan mak sy. sepanjang sy berpantang,sy avoid dia. most of times sy x respond msg or call dia supaya xde perbalahan. awk perlu keluar dr situ sbnrnya. syurga awk pon bkn lg pd dia. dan awk bukannya buat benda yg salah. i mean itu bukan kategori derhaka pon.allah tak bodoh nk menilai niat awk.biarkan mak awk tu cmtu.anak awk lebih perlukan awk skrg ni.bukan mak awk

Pernah gak rasa takut nk jaga baby.. rasa tak layak jadi parents.. pujuk la diri sendiri.. takkan ada org yang lebih layak jga baby sendiri.. saya yang lahirkan dia.. saya sorang je yang paling layak nak jaga dia.. pasal mak awak tu.. awak jemur je la sekejap.. seawal yang mungkin.. sblm pukul8.. just bagi x membebel lg.. kejap je 5 minit.. nt dia bebel ckp je dah jemur la.. Jgn stress sangat.. its all gonne be worth it!!! 🥰🥰🥰

Đọc thêm

saya tegas dengan mak saya. kalau saya percaya ianya salah, saya cakap dgn mak saya n saya takkan buat. saya jenis keras kepala hati batu. hahaha. alhamdulillah mak saya ikut walaupun nampak berat hati. Pn masih bersabar, saya salute kat Pn. Tak melawan mak sendiri. Semoga Allah mudahkan urusan Pn dan kuatkn semangat semasa pantang. Semoga Pn terus happy tak sedih2. Saya pantang sendiri kt rumah anak pertama ni. Struggle jugak. 😅

Đọc thêm

jagn tinggalkan baby sorang2,walaupun kerja banyak belambak, abaikan kerja tu yg penting mom bersama baby.

sabar je lah