Cara kurangkan bloated utk first trimester
Second pregnancy ni mencabar sangat. Dengan alah teruk tak boleh masak, sensitive bau sangat-sangat, bloated teruk padahal masih first trimester. Ada tak mommies kat sini tahu cara nak hilangkan rasa bloated & hilangkan alahan. Lapar tapi makan semua tak kena tekak. Tak boleh tumis, tak boleh minyak, tak boleh sambal padahal dulu kita paling favorite la kalau bergoreng, bertumis semua tu. Sekarang ni tak boleh bau, tengok langsung. Kembang ja tekak. Bloated pun sampai sesak dada