Sebenarnya boleh je ibu mengandung berpuasa. Saya dah lalui 2 kali berpuasa ketika mengandung. Anak pertama memang tgh tgg hari je dan anak kedua usia kandungan 5 bulan. Skrg anak ketiga, dah 33 minggu. Tapi kali ni saya ambil keputusan untuk dgr advise doctor untuk tidak berpuasa kerana saya on insulin. Boleh berpuasa tapi kena monitor darah dengan kerap sebab khuatir Hypo. Jadi tahun ini saya tidak berpuasa. Jadi pada ibu-ibu mengandung, yg tiada masalah ketika mengdanung memang tiada masalah untuk berpuasa hanya kena pastikan sahur dengan cukup je.