8 Các câu trả lời

Tindakan awal, dapat tahu pregnant terus gi jumpa dr walaupun masih terlalu awal. Bagitau dr ada history gugur 2 kali. Macam saya gugur 6w, lepas tu dapat tau pregnant je memang terus jumpa dr. Dr terus bagi ubat kuat rahim, and memang kena limit kan aktiviti harian. Nak bedrest tu memang tak boleh la ada anak kecik. Rumah pun 2 tingkat terpaksa turun naik. Tapi kalau boleh limit kan pergerakan. Saya walau dah makan ubat kuat rahim, masa 7w dengan 11w tetap spotting & bleeding. Tapi Alhamdulillah baby ok. 14w baru stop ubat kuat rahim 😊

sy pun gugur 2 kali. 1st xtau sbb apa, maybe over penat. 11w gugur. 2nd pun gugur 6w sbb penat sgt sbb sy berniaga berdiri dr subuh smpai ke malam. kalau rasa badan xsihat, terus check upt. kalau positif g klinik check. then bedrest jgn buat apa langsung. 8w g klinik scan. kalau kantung & baby ada dh. mintak dr ubat duphaston. teruskan rehat ja 😊 bukak buku pink

Mcm sy pn 2x juga. lps tau pregnant terus mkn ubat kuat rahim. Beli sendiri di farmasi sbb call tanya nurse bgtau boleh je mkn ubat tu sbb appoitment lambat lg. Keje rumah mmg stop suami yg uruskan. Mkn sampai 10 weeks mcm tu. bersama suami slow2 xde bleeding tp jarangla diapn takut2. Alhamdulillah nk msk 23weeks skrg.

banyakkan bedrest 🤗 elakkan bersama sampai masuk trimester ke 2. jaga makan . elakkan angkat berat dan buat kerja berat walaupun mampu 🤗 saya keguguran sekali , second pregnancy ni saya banyak bedrest. kerja rumah mostly suami settlekan. alhamdulillah now dah 24w

saya cuma memasak , kemas lepas makan dan buat kerja ringan sepanjang trimester pertama. nak buat tu boleh, tapi jangan terlalu memaksa diri 🤗 kalau sakit je terus saya masuk bilik baring kat katil. sampai sakit tu hilang . selagi tak hilang selagi tu la saya atas katil . cari posisi selesa masa bedrest. selebihnya kalau boleh minta tolong suami, mintalah tolong. kalau ada pembantu, biar pembantu uruskan 🤗 trimester satu dulu, nak berjalan2 atau keluar beli barang dgn suami pun saya risau . jadi kami kalau keluar beli barang ke apa ke, semua dekat². kalau nak jalan beratus kilometer saya tggu trimester 3 . trimester ke 2 ni banyak yang bawah 30km je paling jauh

Dapatkan nasihat doktor sis, biasanya doktor akan advise untuk bedrest, elakkan intercourse untuk sementara waktu, kurangkan pergerakan, and macam kes saya doktor bagi injection hormon untuk kuatkan rahim sebab kes bleeding early pregnancy.

Sy pun pernah cam ni. Kgguran pertama 12w,lepas 5bln,preg semula tapi sayangnya kandungam kosong. Week 12,sy cuci rahim ngn buang ovarian cyst kanan. Lepas 5b,alhamdulillah saya preg semula ngn anak saya yg skg, 11m.

Sebelum cuba utk mengandung amalkan folic acid 4 bulan & teruskan sehingga mengandung & bersalin.

bykkn rehat

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan