12 Các câu trả lời

Nasihat dari doktor pakar O&G, apakah ibu mengandung tak boleh telan? 1) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. 2) Makanan atau minuman yang ibu mengandung sendiri ada allergy atau alahan. 3) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. 4) Telur, ikan, ayam, daging dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau kerang tidak dimasak untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 5) Jangan ‘makan untuk DUA’. Jangan makan berlebihan. 6) Elakkan Vitamin A terlalu tinggi seperti multivitamin suppliment yang bukan khusus untuk wanita hamil, hati lembu, ubat jerawat yang mengandungi retinoic acid. 7) Elakkan ikan laut dalam besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti Ikan shark, swordfish, Marlin, King mackerel, Tuna terutamanya Bigeye Tuna. 8)Elakkan caffein berlebihan melebihi satu mug filtered coffee sehari atau instant coffee melebihi dua cawan sehari atau teh melebihi 3 cawan sehari. 9)Basuh ulam-ulaman dan salad mentah betul-betul sebelum di makan. Elakkannya jika tidak dibasuh. 10) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air tidak Masak. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 11)Elakkan makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses dan jajan. 12)Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. Makanan berkhasiat yang lain seperti buah-buahan biasa anda tak perlu bimbang selagi anda bersederhana. Amalkan pemakanan sihat seimbang seumur hidup. Terimakasih. Ikhlas daripada Dr Imelda Balchin, Consultant Obstetrics & Gynaecologist

nasihat saya Masa first trimester semua makanan kena ambik secara berpada2 walau pun kita teringin or mmg boleh mkn, mkn sikit2 dulu. dh masuk second trimester, dh rasa kuat tu baru la mkn apa2 yg nak. but still kena jaga2. ni pengalaman saya. saya gugur dua kali Masa first trimester. 8w n 6w. alhamdulilah kali ketiga pregnant saya jaga mkn betol2. saya pulak asyik bleeding dari kandung sebulan sampai 6bulan. bedrest n jaga mkn. now baby saya 5bulan dh.. ☺️

first n second pregnancy turun darah sendiri.. third pregnancy ni Ms 5minggu pun da darah tapi xbyk..

Lain org lain ya imun sistem. Ade yg cpt sakit, ade yg cpt alergy. Sy mmg jenis mkn ape pun perut sy kuat. Skrg dh msuk trimester ke2 lg la sy x kesah. Taugeh tu sy mkn je cuma lps kenyang tu risau kejap. Minum air kelapa utk cuci toksin haha sekadar becareful sebab anak pertama yg mmg dh tgu lama. Nak mkn takpa sy cuma bgtau

Sy first trimester semua sy makan sis 🤣 Lg2 time puasa hah mcm2 lah juadah setiap hari tue.. Alhamdulilah now dh msk trimester 2 Keguguran ni sis kadang takdir dr Allah Dugaan untuk kita ok.. 😊 Sy dulu pun keguguran sis Sis buat relax mkn ubat n makan berkhasiat ok

Sy pun ingat semua sayur selamat. Tp rupanya taugeh, tak selamat yg tuan puan lagi lagi yg mentah. Sy gugel rupanya dari penanaman dia dh byk bakteria salmonella ape lah. Cuba gugel dulu kalau tak caye. Hr tu sy termakan byk juga sebab dlm soto, risau dia xleh ckp

yekerr ..ya Allah sye bru mkn togeh td

VIP Member

Sblm mkn tu. Search je google. Mcm sy kalau sy rasa was2, sy tak makan. Tp kalau dah termakan tu, tawakal jela. In sha Allah tak de pape. Tp pastikan mkn mknan yang masak. Jgn makan mentah2

TapFluencer

Tiada masalah makan sayur pun janji cuci dngan bersih. Lagi2 kalau nak makan salad yg sayur mentah tu kena cuci bersih2 elok2…

Saya pun gugur bulan 3 hritu, belum dtg period. Dh 2 bulan juga 🤣 awak sempat ke period ke tahu tahu dah lekat ye?

Hahahah tktahu lah sis. Hujung2 pantang hritu dtg period, pastu tak datang2.. Tahu2 dah lekat ni 🤣

Apa apa pun boleh mkn..pastikan betul2 dimasak dan dibasuh dgn sempurna..mkn apa2 pun dgn moderate amount...

Setahu saya sayur yang tak boleh dimakan waktu preggy sayur yang tak di cuci dgn bersih

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan