MIL mulut bingit tapi hati baik

Saya wanita berusia 30 tahun, berkerja tetap (gov).. baru setahun berkahwin.. dan sekarang sedang hamil 35 minggu.. Suami memang baik akhlaknya.. alhamdulillah.. Awal kahwin memang MIL ni baik la takde masalah apa pun.. mulut dia je kadang bingit sikit.. cakap style tengking-tengking.. saya boleh kata saya dah terbiasa.. Cuma jadi isu bila saya macam berseloroh dengan suami mengenai tempat saya nak beranak dan berpantang.. Saya baru beli rumah dan bercadang nak berpantang di sana.. susah sikit berpantang kat rumah sewa yang serba serbi kena repair.. lagipun kalau boleh taknak menyewa dah. Nak bayar rumah tu lagi sewa lagi.. botak pala oiii.... MIL bila dengar je saya cakap nak berpantang kat rumah yg saya beli, dia punya bingit tu sampai sound saya dekat depan satu family besar terus "Eh orang tak bercakap lah macam tu. Nak pantang mana nak beranak kat mana" Depan semua orang. Wah. Dengan lantangnya. Saya tahan je air mata masa tu majlis tahlil atuk suami saya, saya tunggu nak balik sebab nak nangis dalam kereta. Tak faham lah dengan orang tua ni. Saya beli rumah tu untuk keluarga kecil saya. Suka hati saya lah saya nak berpantang ke nak bergolek sekalipun kat rumah tu?? Satu sen pun saya tak mintak duit dia atau pun duit anak lelaki dia sebab tu harta dan aset saya sendiri. Sepatutnya bersyukur dapat menantu ni beli rumah takyah nak susahkan anak lelaki dia. Saya tak respon langsung mulut dia masa tu. Saya malas layan. Masa saya cakap saya nak beranak kat mana pun dia marah macam tu dan ugut "Amboi memilih milih! Orang tak bercakap lah nak beranak kat mana apa semua. Kang aku tak peduli terus pandai-pandai la kau hidup" Saya bagitahu suami "kalau taknak peduli pulangkan saya kepada family saya. Bagi family saya jaga. Atau saya jaga family saya. Macam sebelum kahwin." Suami dah takut bila saya cakap macam tu. Kesian dia. Kami sayang satu sama lain tapi mesti ada konflik melibatkan perangai MIL. Ni bukan pertama kali saya cakap macam tu. Semua berpunca dari perangai MIL. Nak taknak saya kena nyatakan tempat saya bersalin.. saya ni kerja kot.. bukan suka2 boleh serah diri kat mana-mana tanpa inform sesiapa.. Doktor pun suruh pilih tempat beranak supaya dia boleh buat surat referral kalau tempat beranak saya jauh dengan tempat checkup tu. Apa yang jadi isu sangat? Saya tak kata pun saya WAJIB beranak kat situ. Bukannya saya kata "TAK KIRA LA APA JADI AKU NAK BERANAK KAT SITU JUGAK" Kalau orang tanya pilihan saya sebut la pilihan saya tu. Entahlah. Benda macam tu pun nak kena jadi isu sampai sound saya kat depan semua orang. Malu sampai tak bercakap langsung saya kat majlis tahlil tu. Saya masuk je kereta saya terus bagitahu suami kalau tak sempat nak masuk rumah baru (biasanya masuk rumah baru lepas dah siap solat hajat etc etc) saya nak berpantang sorang-sorang di rumah mak saya. Takde siapa boleh kacau. Jauh daripada keluarga mentua. Suami saya kata takmau.. sebab dia nak jaga saya. Dia nak jagakan baby. Dia taknak tinggal saya sorang-sorang. MIL tak tahu lagi saya upah CL ni. Kalau dia tahu saya dapat rasakan dia akan bingit lagi. Mesti nak ngungkit "ha nak buat macam mana orang tu duit kepuk-kepuk" katanya. Saya tak suruh sesiapa pun tolong cuci rumah ke apa ke buat solat hajat ke apa. Saya faham dia kalut nak settlekan majlis tahlil tu. So saya tak kacau la. Takpela kalau tak sempat berpantang kat sana then saya akan berpantang kat rumah mak saya je lah. Bising depan family besar kenapa. Marah menantu sendiri depan orang lain. Mujur orang lain diam je tak jadi penambah perisa. Saya taktau lah nak letak mana airmuka saya masa tu. Entahlah. Saya sensitif sangat maybe sebab menunggu hari nak beranak. Menangis-nangis saya cakap saya nak berpantang rumah mak saya sendiri. Suami duk lah dengan mak dia. Sebab rasa suami saya je boleh tahan dengan mulut bingit macam tu. Suami saya insist nak jaga saya dan baby. Baiknya suami saya. Saya taktau nak balas jasa dia macam mana. Kesian suami saya dia rasa bersalah sebab mak dia buat saya nangis. Saya pun serba salah nak nangis, saya ingat nak tahan je sampai saya meninggal tapi ternangis jugak. Saya sayang suami saya dan saya nak baby saya lahir membesar dengan ayah dia ada bersama dia.. Cuma saya ni kadang kerap betul minta dipulangkan kepada family. Sebab saya dah cukup kusut dengan perangai MIL yang kadang baik kadang mulut bingit. Taktahu berapa lama boleh tahan. Terima kasih sudi baca panjang-panjang.

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mil sis lebih kurang dengan mil saya. Saya pun kerja stabil ada pendapatan tetap, boleh berdikari, in short boleh jaga anak lelaki dia. Tapi benda tu tak cukup menyenangkan hati dia. Ada sahaja cerita yang dicanangkan merata-rata. Dia suka jaja cerita keburukan saya dekat adik-beradik dia. Tak tahu lah manusia jenis apa. Tak tahu malu dan tak reti bersyukur agaknya dapat menantu yang tak menyusahkan sesiapa. Deposit rumah sewa = saya bayar. Katil = saya beli Peralatan dapur = saya beli Rumah banglo= saya beli dan saya bayar. Sama macam sis. Saya sanggup berjauhan dengan ibu saya yang masih memerlukan perhatian saya demi nak ikut anak lelaki dia. Takde lah saya nak paksa anak dia tinggal berdekatan dengan ibu saya supaya saya boleh jaga ibu. Takde. Saya redha sahaja anak lelaki dia masih dekat dengan dia. Tapi dia ni tak tahu malu. Kalau saya di tempat dia, saya malu nak bercakap dengan menantu saya yang serba serbi ada dan tidak berkira bila anak lelaki saya tak mampu menyediakan semua. Tapi dia, habis buruk saya dia cerita kat adik beradik dia walaupun kami tidak tinggal sebumbung. Saya biasa juga pergi rumah keluarga besar suami saya. Tapi oleh sebab saya tak berapa gemar berbual dengan mil, saya banyak berbual dengan mak-mak saudara suami saya. Mereka semua baik, cakap lembut-lembut dan takde nak canang pasal anak mereka ke apa. Semua pandai simpan cerita peribadi. Betul lah orang kata. Kalau kita bagus sangat pun tak kena, orang akan tetap cari salah. Kalau saya tahu saya takkan pilih untuk berkahwin dan jadi menantu sesiapa walaupun saya ni boleh kata menjadi rebutan makcik-makcik untuk dijadikan menantu. Saya tak pernah mengadu perangai mil saya kepada sesiapa. Saya menangis sorang. Suami saya pun tak tahu saya banyak makan hati dengan mak dia. Untung sis suami faham dan sanggup pujuk sis. Saya ni takut nak bagitahu suami takut dia kecik hati dan saya tahu dia akan backup mak dia. Saya hari-hari fikir nak berpisah sebab saya tak suka mil, saya benci perangai mil tapi saya tak sanggup berpisah dengan suami saya. Kami dah lalui macam-macam bersama. Susah, senang dan macam-macam. Saya bertahan dalam rumahtangga atas kasih sayang saya kepada suami. Dan suami saya menjadi tempat saya bergantung bila emosi saya rapuh. Semoga jodoh kami masih panjang walaupun saya benci dan meluat dengan perangai mil saya. Saya masih hormat atas dasar dia ibu yang lahirkan suami saya. Selain tu, she doesn't deserve any kind of respect from me.

Đọc thêm

Kalau sy, sy buat bo layan je sis tp kalau perlu memetir balik sy petirkn je MIL sy tu (read MIL awk). Nak pantang kat mana & dgn siapa tu itu pilihan kita pd sy. Kita berhak utk peace of mind kita. Actually sy pun tengah pregnant & plan nk pantang dgn mak sy di Pantai Timur sana tu. MIL mati² nk jaga sy. Suruh sy berpantang kat umah dia sbb ni anak first sy after 4 tahun kawin. Dia excited la & nk jadi org first yg nmpk cucu dia yg bakal keluar ni. Tapi sy dpt bayangkan betapa akan stressnya sy kalau sy pantang dgn dia. Dgn laki sy nnt takde dgn sy pastu sy kat umah nnt cuma bertiga je dgn dia + baby. Because i know perangai dia mcm mana. Sy blh bayangkan jgk mknn apa yg akan dia sediakan kat sy & apa reaksi dia tiap kali ada org nk dtg melawat sy dgn baby. Mcm mana keadaannya kalau tiap kali nk checkup baby & sy kat klinik. Lama² aku rs aku blh meroyan. Baiklh aku pantang dgn mak sendiri. Dgn mak sendiri ni lain sikit perasaannya. Kita nk manja mengada² sikit pun dia layankan je walau mgkn akan kena cubit sikit sbb mengada sgt 😂🤣 MiL sy pun baik tp baik mcmmana pun MIL tu tetap jgk la akan ada batas yg menghalang antara menantu dgn mertua. Do your choice wisely. Jgn sampai terlalu nk jaga hati org sampai hati sendiri terabai. Sy mmg bertegas psl hal ni dgn MIL sy. No matter dia suruh tukar fikiran pun mmg tidak akan berlaku melainkan ada kekangan lain mcm banjir ke sampai sy tak blh nk balik Pantai Timur. Time tu sy kena mengalah lh & akhirnya berpantang dgn MIL. If ada rezeki anak kedua pulak nnt maybe sy akan hire CL. Pantang sendiri kat umah dgn husband & anak pertama. Selagi blh utk tak berpantang dgn MIL sy akan cuba elak.

Đọc thêm
9mo trước

🤭🤭 alhamdulillah suami saya tak kisah asalkan saya dan baby selamat Dia pun setuju untuk saya pilih hospital terdekat.. kesian dia banyak kali minta maaf bagi pihak mak dia Dia tak salah apa pun tapi dia pulak kena pujuk saya huhu Saya pun taknak berpantang dengan MIL Saya memilih untuk guna khidmat CL je.. walaupun hanya 21 hari..

spya plak mil Baik hti Tpi sometimes .,pastu slpas 3 thun kwin .msih anggap mil Ni Baik sgt. smpai la saat dmna ipar sndiri tiba2 tegur ckp jgn susahkan adik dy(Suami sy),kalau bleh jga anak tu btul2 Tpi Ni tdak sy nmpk kw biarkan je anak tu main luar(pdhal msa tu Suami sndiri yg sruh Kasi kluar anak ,nnti dy tlong tngok),please la behave dan jgn boros(msa ni Suami xkrja tetap )..part paling skit hti tu bila ipar sy ckp "kalau kw bwtkan adik(Suami sy) sy stress smpai dy hmpir gila sy msuk cmpur kluarga kw"..sna sy ckp msuklah je ..sy tngok mil sy dy mmbelakang kami .Suami sy plak trpksa diam sbab kkak dy tu yg ipar sy Ada bgi pnjam dy duit..jdi Nak X Nak dy trpksa biarkan sy hadap kkak dy .pdhal kan smua isu yg dy ckp tu xbtul...sy heran dri mana ipar sy tw prihal kwangan ..rupanya mil sy bgtw ipar sy Tpi dy tmbh2 crta yg lain..Ada yg dy fitnah...msa tu btul2 hncur hti sy...sy Tahan hati je msa tu..Tahan air Mata..smpai msuk dlm kereta..sy pksa diri snyum lmbai dkt diorang..prtnghan Jalan tu sy nangis MCM org histeria .kena tgur tiba2 smpai maruah trcalar + Suami diam Kaku + mil pun xbackup sbab dy yg fitnah...mil sngja memblakang kmi sbab xnak kena tw dy yg repot..sy triak2 je dlm krta tu..smpai kan anak no 1 dan no 2 sy pun hmpir nangis sbab firstime diorang nmpk mak diorang MCM kena rasuk...Suami trpksa brhnti tngh Jalan Nak pjuk sy .Tpi sy mkin triak..last2 fed up ..hmpir pengsan sbab Nafas smput..smpai skrg sy skit hti ...

Đọc thêm
9mo trước

jangan komen untuk jadi batu api. tak baik.

Omg faham sangat dah dgn tajuk cerita ni 'MIL mulut bingit tapi hati baik' sebab mertua i pun mcmtu. Kadang2 bila kita ter amik hati and mula tak tegur lepastu dia buat baik dgn kita jadi rasa sebersalah pulak and I hate that feeling tpi tktau lah bgus ke tak feeling tu 😂 Sabar okay sis! Dia mcmni tau, baik2 pun in law kita mesti ada je certain things yg takleh bersependapat dgn kita. Sometimes dia sendiri tak sedar yg perangai dia tu buat kita terasa. (taktahulah kes sis ni) tapi kalau mertua I mcmtu. Kalau dia buat perkara yg menyakitkan hati sebb mulut bingit dia pastu I merajuk tak ckp ngan dia dua tiga hari dia akan tanya husband byk kali knp I tak tegur dia or I rasa serabut ke ngan dia. Jadi I pun rasa sebersalah then once dia aware dgn benda tu dia tak buat lgi dah. Haa itu My MIL punya stylee. Mmg MIL baik sangat. tambah2 i kahwin dgn anak bongsu so i pun automatic jd favourite menantu tapi fav2 pun cmon lah mesti ada yg tak kena kan lgi2 duduk serumah 😆 tapi nak buat cane, sabar jelah dgn sikap dia. Just anggap dia tu mcm mak kita sendiri. Ada slack dia jugak mcm mak kita. If kita anggap dia mcm org luar tu yang jadi simpan dalam. This my honest advice je okay? Sabar tau mummy. Big hugs for you ❤️

Đọc thêm
9mo trước

ya ampunnn. kalau mcmtu kes sis lagi sadis ni dari segi layanan mertua. Allahu sabar jelah sis 😭 Better mcmtu pantang sendiri upah cl je sis. Bahaya utk mental kesihatan sis juga. Kang tak pepasal baru nak happy2 sambut baby tiba2 MIL spoil mood. Apooo layan menantu camtu. You kahwin dgn anak dia, yg jaga makan minum anak dia, yg nak ada cucu dia jugak. bersyukur lah dpt menantu yg sanggup jaga malah sediakan lg kediaman yg patutnya anak dia kena buat. Pertahankan diri you sis! Jangan ikut je ckp mertua okay?

Lebih kurang sy, bila sy dh bersalin smua. Jeng2 sy pun jauhkan diri. Lps tu sibuk tnya stiap bulan prkmbangan cucunya pdahal nk banding2 dgn cucu lain. 😌😌 mcm lah tak tahu akalnya. Mil cucu rmai ya. Mak sy cucu bru sorang, itupun xde la call tnya cucu boleh buat ap. Upah CL wktu pntang sy jd isu jgk. "Risau org luar jaga cucu" harga pakej mmg x ckp, sbb confirm dicanang. 🤣 bersalin dkt ppum pun kne dah. Checkup swasta pun kne. Semua tk kena wktu sy mngndung. Pdahal CL tu umur mcm mak sy dah. 🤷🏻‍♀️ Sememangnya smpai kesudah akan ADA ISU YANG TAK PERNAH SELESAI. Nasihat saya jauhkan diri, angguk2 geleng2. Tk pyh balas sis, sbb lg balas mmg sakit hati. Nak2 sy jenis cpt melawan jaga je temper ni kadang2. Tggu ank dh besar, biar dia nmpk perangai wan dia mcm mne.

Đọc thêm
9mo trước

Saja nak comment, tapi relatable sangat part sibuk tanya perkembangan tu. pastu mula lah “oh si polan polan ni dah reti itu reti ini” mmg saya annoyed habis. Nasib dpt husband hati kering kot, jawab je kat mak dia yg ni bkn competition dpt hadiah 🤭😂

Padahal saya cuma plan je tu, bukannya berkeras nak beranak kat tempat tertentu... macam ibu-ibu lain plan jugak.. sebab saya kena inform doktor dan misi yang checkup saya.. saya kerja jauh tapi nak balik kampung suami bila dah apply cuti bersalin nanti..sebab tu saya kena plan betul2.. mil ni tak faham.. pastu dia marah-marah saya depan orang 😩 malu takyah cakap la huhuu setiap kali pergi rumah atuk memang saya bad mood, berair mata je sebab malu nak jejak situ..

Đọc thêm

mcm Situasi nggan aku .mula2 je manis2. dh duduk serumah. serba serbi x kena. kene sound hal remeh temeh. ckp pon serupa marah dan tengking. belomla x berckp dgn kita seminggu. kita ni diam x melawan. tapi hati sakit. masa dlm pntng semua urus sndiri, masak lauk pntang sndiri. mandikan baby sndiri. angkt air rebus mndi , sidai kain sndiri. menolongnya idok. tapi suka cari salah menntu. skrng kta pndai sikit dah nak bela diri. dia x suka kta buat bodoh lari jauhkan diri.

Đọc thêm
9mo trước

Saya sempat duk serumah beberapa bulan je. Masa duk serumah elok pulak baik. Ni bila kami dah duk luar semua tak kena. Masa menyewa rumah pun dia petik la semua perabot yang SAYA BELI. Saya nangis jugak time tu. Saya beli tu saya beli dengan duit saya sendiri. Saya kerja kan. Dia datang semua benda dia komplen itu tak kena ini tak kena. Jenuh husband pujuk. Sepatutnya MIL ni tahu malu sebab rumah dan perabot ni saya yang sediakan. Tak sentuh satu sen pun duit anak dia. Saya lama-lama pun naik meluat jugak.

Normal sis klu kte ngn org tua x spendapat.. Masg2 ade cara sendri.. Mak2 kdg2 x biasa dgn cara anak2.. Dyorg da tbiasa klu dulu dyorg patuh arahan org tua dyorg n now dyorg expect bende yg sme dr anak2.. pdehal zmn da brubah.. For me, sis plan n bincg je dgn suami dlu.. Da nam dkt2 bsalin bru inform.. skadar inform bknnye mintak kebenaran..

Đọc thêm
9mo trước

oh okay.bru faham maksud ' org tak bercakap-ckap nak beranak mana'..kiranya mcm pantang larang, something yg xleh nk ckp sembarangan..bila awak bg contoh nk mati xboleh pilih tu, bru sy faham... lorhhh zmn lening bukan gtu..mmg kita kena ada plan nk beranak mana..nk msuk hosp bayar ke, hosp swasta ke,..sbr sbr..bnda ni mmg kena fhmkan mil atau abaikan mil...yg penting suami awak support awak.sy doakan urusan awak dipermudahkan ya

Betul la. Orang dulu lain. Sekarang lain. Zaman da berubah. Kakak ipar saya, mak die jaga jugak. Tapi kakak ipar upah cl jugak. Tak de pulak mak die bising2 ke apa.. Siap mak die kata, senang keje aku, ringan sikit ada orang tolong. Now saya pregnant. Nnt mak sendiri yg jaga. Cume ambil upah tukang urut je.

Đọc thêm
9mo trước

Sye tumpang komen sni ye.. Tyme bpantang nant sgt la penat & kelam kabut.. wktu skg bley la mil awak ckp mbazir.. nant ble da ade cucu.. x ckup kaki tgn nk uruskn.. nant last2 awak jgak yg stress kne handle sorg2.. better awak amek je CL.. bley tgkkn2 anak & awak jgak.. sye ckp nie bdasarkn pngalaman... Tp sye amek CL utk mngurut & mndi anak je.. bkn yg msk &duduk skali tu..

Tahniah sis buat tindakan yg betul. Kita kena kuat dan ada pendirian. Kita kena tau hak kita. Hak kita nk berpantang di mana dan duduk rumah sendiri. Jgn give up sis. Tau harga diri kita, apa yg kita mahukan. 👍 Hak kita.

9mo trước

InshaAllah sis.. saya mmg berkeras nak pantang kat rumah sendiri..sebab perangai masing-masing mashaAllah... 😂😂 suami saya je yang jenis ada common sense 😅😅