Normal ke scan dgn cara agak kasar?
Saya try scan dekat sonovision. Tapi Dr yg buat tu kasar. Ditekan perut smpai sakit dan senak. Atau memang semua tmpat untuk scan cara mmng macam tu ye? Sebelum masuk dkat kaunter daftar tu dia siap bagi note yg katakan perlu tekan perut untuk nmpak baby jelas. Sedangkan saya scan 2d sahaja untuk check ok atau tidak kandungan dgn degupan jantung. Lain lah saya nak check jantina mungkin perlu jelas gambaran tu. Rasa mcm menyesal pergi scan sana sbb perut sakit ditonyoh² dgn tmpat roller scan tu.