hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

30 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sis bekerja atau tak ye? kalau suami je kerja. sy rasa sis pn kena consider pilihan suami. sbb sy pn mcm sis juga. plan nak bersalin kt swasta. tp lepas fikir2 balik. ni adalah 1st pregnancy & sy xd pgalaman lgi. so sy decide bersalin kt kerajaan. incase apa2 caj pun tak membebankan & duit yg saya save tu, sy tkr utk byr CL. sbb bgi sy lepas bersalin lagi penting. unless sis bekerja & willing to keluarkan duit sendiri, mgkn boleh ajak suami share2 kos. tp doa banyak2 sis dpt bsalin normal & tak banyak mslh supaya takd extra charge ap smua tu huhu

Đọc thêm

suami sya kerja tnb,,so swasta macam kpj tnb cover...tapi kalau lebih memang kena tambah sikit,,anak first saya beranak Kat kerjaan ,,saya memang di layan teruk dah lah kita first time..anak kedua nak mintak beranak kpj...tapi bila dah dekat bersalin nii saya Tanya bnyak kali Kat suami mampu ke ,boleh ke?,,sebab sya tak nak dia rasa terbeban,,sya tak Kesah kalau beranak Kat kerjaan walaupun sya dah trauma janji sya tak nak beban kan suami..tapi kali nii dia tetap nk Suh sya beranak kpj sebab keselesaan fmly dia Dan sya...

Đọc thêm

hi sis, memang terkilan la sbb suami tak dapat nak tunaikan hasrat sis, tapi lebih baik sis fikir yg baik-baik saja. means just fikir belum ada rezeki nak lahirkan anak pertama sis di hospital swasta. maybe anak kedua sis boleh kumpul duit merancang ke kan. haa sis jangan la sedih, just happy je kan ngah pregnant tu, kesian baby ikut stress nanti. apa yg ada depan mata sis, anggap la itu lebih dari cukup. insya-Allah ada hikmahnya sis kenapa itu kenapa ini. Allah SWT sebaik baik merancang 💕🤲🏻 doa baik² ja sis ya.

Đọc thêm

Ukur baju dibadan sendiri. Lepas bersalin lagi lah banyak nak guna duit. Itu belum lagi bab demand baby. Ada baby nak susu yang mahal, pampers mahal, botol susu mahal. Bersalin swasta kalau normal sehari je duduk. Harini bersalin esok dah checkout. Kalau czer paling2 pon 2@3 hari. Tu belum bil cecah 10k kalau czer😵 Ringankan beban suami. Kita faham perasaan isteri tengah mengandung ni. Tapi kesiankan jugak si suami. Mana nak cekau duit nanti. Ni sekadar pendapat saya ya🤍

Đọc thêm

Sy pon survey kpj asalnya.. tp bila pikirkn budget cukup2 mkn je sy sendiri redhakn diri pergi gov je. sbb bila bersalin ni kita kna expect the unexpected.. kpj normal blh 6k, czer 15k.. tp ni bukan kes emergency.. klu emergency dia + ribuan, bukan ratus je sis.. mcm sy, baru bersalin di gov, mungkin mental kna tough sikit, tp skrg anak kna tahan kat wad pulak.. bila pikir klu anak kna thn kt kpj huhuu.. berhutang dah kot kami laki bini.. unless sis ada extraaaa byk utk topup suami, boleh la bincang baik2 dgn suami tu..

Đọc thêm
Influencer của TAP

Saya pun survey hospital swasta. Tapi saya tahu kemampuan kewangan saya dan suami. Jadi, saya dan suami pilih hospital Kerajaan yg dekat, yg diiktiraf antara hospital bersalin terbaik, hospital mesra bayi (penyusuan susu ibu), hospital yg ada hampir semua pakar perubatan ada di situ dan sesuai untuk saya berisiko hamil. Lagi jimat sebab drpd bayar swasta beribu-ribu, lebih baik kita belanja untuk keperluan anak ibu ayah. ❤️

Đọc thêm

ntah la sis, sye 2x czer kt hospital gov, semuanya ok je, doc n nurse smua baik2, siap bantu sye lg g toilet after bius hbs. mlm2 nurse amek ank bg sye tido lena, pgi2 subuh dorg anta balik dkt kita. hospital gov pun dh ade servis fpp mcm swasta , harga lg murah. fikir2kan la sis sbb lps bersalin lg bnyk duit nk pakai.

Đọc thêm
1h trước

same la dgn sy..Kita pulak rindu kt anak bila die ambil waktu nak tidur tu..Sy bersalin gov dpt bilik sorg..aircond..alhamdulillah Allah permudahkan 😘 Duit simpan untuk CL sis

Lepas bsalin byk nk guna duit sis. Swasta ke kerajaan bersalin sakit sama jugak. Sy baru lps bsalin bulan 4 & husb mampu nk htr ke swasta tp sy taknak. Bsalin sekejap je, proses nk recover (pantang) tu yg lama. Invest ke CL yg bagus2. Tu lebih baik, apa2 pon semoga dpermudahkan urusan sis. #justmy2cent

Đọc thêm

ikut kemampuan, jgn ikut kehendak.lps bersalin byk lagi nak guna duit. sy pon 1st mom tapi sy lebih pentingkan keselesaan selepas bersalin. baik byr CL dari byr kt hospital private utk bersalin😂. anything yg x dijangka berlaku, private akn refer kt hospital gov jgk. ni pendapat sy. 🤍

3h trước

kadang bkn money issue . tp msalah anak lps bsalin or ibu sblm bsalin.. maybe ada komplikasi yg swasta x nak tanggung.. tkutreputasi jatuh.. ni yg slalu dgr la ( btw sy add on je komen.. bkn sy komen kt atas tu ya)

Satu ja fikir . . Yg penting anak kluar dgn keadaan selamat . . Sama jaa hos mana pon . . Tapi lebih selesa hos swsta la kan . . Krjaan pon ok insyaAllah . . Tapi fikir laa budget selepas ad anak itu la keperluan yg pnting