20 Các câu trả lời

Saya pregnant sekarang sama macam awak. Makan apa pun tak boleh. Perut lapar tapi still tak makan sebab tak boleh nak makan. Alah teruk sangat. Tapi so far HB saya nurse kata cantik. Selalu dapat 12.9 ke atas. Macam 1st trimester saya makan folic acid je. Tapi folic acid saya banyak tukar brand sebab selalu tak serasi. Yang serasi masa 1st trimester jenama Royce je. Masuk 12 minggu, doctor bagi zincofer. Tapi langsung tak boleh telan. Masuk je muntah balik. Last last saya pergi farmasi saya beli Maltofer. Sebab Maltofer ada folic acid iron yang boleh naikkan HB. Tapi kena jaga jaga. Jangan makan atau minum makanan yang contain caffeine. Macam kopi, teh, air soda, coklat pun. Doctor kata makanan & minuman yang contain caffeine ni boleh buat penyerapan folic dan iron berkurang. Tu sometimes orang makan iberet pun HB tak naik sebab amik caffeine. Kalau awak amik iberet tak boleh, meaning badan awak tak serasi. So awak stop dulu Iberet and focus folic acid je. Then paksa diri makan makanan yang contain high iron. Macam kerang, daging merah. Saya dulu tak boleh makan nasi. So suami siapkan lauk sahaja. Saya makan sikit tapi banyak kali. Takde selera pun telan jugak. Biarlah lepas tu awak muntah. Asalkan ada sikit yang masuk. Okay? Goodluck awak!

caffeine sy terus tak boleh masuk, Milo pun muntah. sy boleh minum air buah shj buat masa ni.. sy stop iberet ni dlu, sbb kawan2 pun ramai yg ckp sama, alah dorg makin teruk kalau mkn iberet, mungkin tengok genetic n antibody individual. saya cuba juga mkn kerang rebus, tp bau je dah tak boleh lg la nak telan 🥹 skrg sy telan makanan pun sesuap dua je, tekak reject, kdg sy kena control bagi tak klua balik.. Perut kosong je rasa, risau kacau baby punya development sbb kurang makan. anyway thank you so much info awak! 🫶🏼

𝑆𝑖𝑠 𝑚𝑐𝑚 𝑠𝑦𝑎...𝑑𝑟 𝑏𝑔 𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑏𝑒𝑟𝑒𝑡 𝑠𝑏𝑏 𝑙𝑜𝑤 𝑏𝑙𝑜𝑜𝑑 , 8𝑤𝑒𝑒𝑘𝑠 𝑡𝑢 𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑚𝑖𝑙𝑎𝑛 𝑙𝑔 𝑏𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑙ℎ 𝑡𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑡𝑛𝑔𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑔 𝑚𝑢𝑛𝑡𝑎ℎ-𝑚𝑢𝑛𝑡𝑎ℎ , 𝑠𝑖𝑠 𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑒 𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑔 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑡𝑒𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑐𝑚 𝑠𝑦𝑎 𝑐𝑜𝑣𝑒𝑟 𝑑𝑔𝑛 𝑚𝑒𝑒 ℎ𝑜𝑜𝑛 𝑠𝑜𝑢𝑝 𝑠𝑏𝑏 𝑛𝑎𝑠𝑖 𝑚𝑚𝑔 𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑡𝑒𝑙𝑎𝑛 ℎ𝑚𝑝𝑖𝑟 4𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛...𝑠𝑘𝑟𝑎𝑛𝑔 𝐴𝑙ℎ𝑎𝑚𝑑𝑢𝑙𝑖𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑛𝑜𝑤 𝑑ℎ 𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 7𝑀 𝑑ℎ 𝑜𝑘𝑎𝑦

Saya mak saya tak bagi makan or minum air tembikai sis. Katanya tembikai ni sejuk 🤣 jadi buah buah saya makan pear, epal hijau. 2 buah ni je sayang boleh telan.

saya rasa awak dlm fasa alahan.saya smpai 18w mcmtu alahan teruk tau.pitam, muntah, cirit tiap hari.smpai berenti keje.inshaAllah lepas 18w slow2 selera mkn u tambah and hilang alahan.saya consume iberet dh 2 kotak tpi hb 9.5.. zincofer tak blh telan.ferrous kk bgi tak menjadi juga.skrg maltofer 3 biji sari, still hb 9.7.senang cite saya mkn besi pn tetap hb tak naik😅 takpe ikut je arahan dr.yg pnting kita usaha, Allah yg tntukan seterusnya.skrg saya dh 6bulan lbih

xde masalah pon awak nk consume iberet ni. iberet ni dh include asid folid. jadi xperlu beli asid folid tambahan yg lain. sama juga if awak beli new obimin, maltofer. semua dh ada asid folid. nnt if dh buka buku awak boleh continue nk mkn iberet boleh. nak stop then continue ubat iron kk bagi pon boleh. xde mslh pon sebenarnya.

Oh baik, iberet ni ibu saya belikan haritu, sy makan sebiji sehari waktu malam. saya keguguran baby pertama tahun lepas, masih ada acid folic yg lepas dari KK. tapi nk mkn takut dah tak elok. anyway thank you so much, informasi sgt membantu, mungkin mmg symptoms sy teruk ni.. bertabah! semoga baby sy kali ni berkembang dgn baik.

Saya dlu alahan teruk.. Ambik iberet juga.. Tpi masa g scan perut doc marah saya sbb terlalu awal ambik iberet.. Doc ckp sbnarnya iberet tu buatkan kita lagi rasa pening muntah.. Iberet utk 12 weeks keatas sis.. Doc pesan awal2 ni makan je folic acid yg kuning kecik2 tu.. Any brand pun tkpa

Early pregnancy just consume folic acid any brand pun ok. Obimin ni folic acid+ iron dear. Ubat iron memang terus rasa dia. Confirm the pregnancy nampak kantung and janin, baru dr akan prescribe awak ubat iron. Ubat iron ada banyak jenis (maltofer, obimin,zincofer)

ohh okay, baru tahu.. baik! sy menuju ke pharamacy skrg..! tq so much.

Sy jmpa Dr pakar kpj mase awl hamil n alahan mmg kuat.. Dr suh sy Mkn aside food je.. Sbb klu ambk zat besi pada time alahan kuat dia mcm lagi buat Kita nk muntah atau alahan.. Lbh krg mcm tlah nshat dia... 3bln keatas klu tak silap baru sy start Mkn maltofer..

Acid folic.. Typo atas tu🤣

Mungkin sbb alahan awak pun ya juga sebab saya dri awal pregnancy mmg dh consume iberet tak ada apa masalah, kalau makan mana2 ubt awal pregnancy ni mmg muntah2 juga if x okay juga minta suggestion doktor untuk ubat early pregnancy awak .

Mcm sy waktu pagi sy makan folid acid, sebelah mlm sebelum tidur sy makan iberet folic ni.. mmg selepas mkn iberet folic ni kita mmg akan rasa mcm loya & mual.. nak lagi bagus mkn waktu malam sebelum kita masuk tidur..

Cuba try zincofer, saya tanya pakar hari tu dia kata lebih kurang iberet, cuma dia capsule, for me better zincofer sebab yang ni pil saya pon tak tahan 😂 plus saya amik malam 1/2 hour after last meal sebelum tidur

zincofer kandungan iron lg tinggi lg sng buat muntah, amek new obimin je awal2, kk dlu pon bg obimin awal2, bila dh msuk 3-4 months cek hb low bru dia sruh tukar ke iberet, tp hb tk naik dr sruh tukar ke zincofer, terus muntah2 sbb tk sesuai then tukar smula ke iberet smpai skrg dh 9 months

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan