76 Các câu trả lời
Cuba slow talk dengan suami tentang nama anak , biar anak first awak & suami letak . Awak bgtau suami makna nama awak sebab apa awak nak nama tu . Minta suami pertimbangkan sebab bonding antara parents dgn anak tu penting . If awak tak rela nama anak ikut mertua kdg effect ibu & anak . Awak akan terpikir , stress masa berpantang . Atau awak amik nama yg mertua bagi add on sikit dihujung . Contoh awak 2 perkataan mertua 1 perkataan . If tak menjadi awak suggest dekat suami , mertua & mak awak bg nama biar adil . Gabung nama diorg bagi . Dah awak & suami takboleh nak letak biar wakil dua pihak letak . Anak sulung ni main peranan banyak sebabtu pilihan nama dgn penjagaan dia penting . Atau nanti anak kedua InsyaaAllah mak mertua letakkan . Anak ketiga mak awak sendiri . Atau boleh mix untuk anak kedua mak mertua & mak awak .
sy aritu beranak anak 1st pn mak mertua ada suggestkan nama..tp sy xnak sbb dh sepakat ngan suami nak namakn anak kami ikut mcm yg kami pilih..tup2 masa isi borang nak buat sijil lahir anak tu suami suh jgk letak je nama yg mak dia nak..sy akur tp dlm hati memberontak..sepanjang tempoh nak tggu sijil lahir anak siap tu mmg sy x keruan..siap call jpn tnya mcm mn klu nak ubah nama anak,brapa lama amik masa buat yg baru,brapa nak kena byr..then masa hari nak pi amik mykid & surat beranak anak,sy tekad nak ubah,nak buang 1perkataan nama tu which is yg mak mertua suggestkan..just letak je 2perkataan nama yg sy & suami dh sepakat pilih..nama yg mak mertua suggestkan tu mmg elok je maksudnya,tp nama yg kami pilih pn elok jgk..lgpun klu gabung semua x pasal2 nama anak jd 3patah perkataan eh jenuh anak nti besar nak tulis nama dia panjang sgt..kita skrg nak isi borang nama anak pun dh rasa susahnye kan..so kesimpulannya,haa pandai2 la fkir..hehee..
Suh jer mak mertua tu bersalin sendiri. Haa gitu. Cam kejam kan. Tp betul. Hidup nie jgn nak jd penurut Sgt. Suami tak suami. Lantak. Nak terasa p mampus. Bg sy anak sy, ank sy sy yg tentu kan nama dgn suami. Org lain boleh g mampus. Xpayah nak sibuk2. Kalau nak ikut hati nak kene jaga. Sampai mati Xboleh nak jaga. Penuh list hati yg nak kene jaga tu. Xpayah nak baik hati Sgt, pastu nak makan hati lepas nie. Sendiri stress pastu nak bergaduh laki bini. Jd suami pun kene tegas. Kalau ase nak ikut je telunjuk mak suruh dia kawen je ngan mak dia. Duk bawah ketiak 24/7. Baru ada akai. Kita yg bertarung nyawa bersalin semua sama sibuk nak buh nama apesal. P laa bersalin sendiri. Nampak kurang ajar kan, tp realiti. Jd pompuan jgn duk jd lembik Sgt. Ada perkara kene berkeras.
sya da pernah alami hal sedemikian rupa .. sumpah sakit hati sgt . kita da siap² sediakan nama . sibuk jgk nak bagi nama . last² gara gara jaga hati semua pihak terutama husband sya, sebab anak sya cucu first dalm family dia . tpksa la turutkan . sekali ipar² saya ikut menyibuk bagi nama . sya gabung je nama tu semua . tapi sakit la pulak bila nampak nama anak panjng berjela² . rasa menyesal pun ada skrg 🥲 .. kesian anak menulis nama pnjng nti . sudalah ayahnya pun nama pnjng 😌 .. sya pernah bagi cdgn kat husband nak potong nama anak separuh . Dia x bagi pulak . susahlaaaaa arghhhhhhh geram n makan hati sndiri la jawabnya ... ni klu ada rezeki anak lagi , tidak anak ku hirau lagi nama² yg d cadangkan . kesian anak nama pnjng² 😌😌
Saya pantang betul kalau org menyibuk dgn hal nama anak ni. Nak suggest boleh, tp tolong jgn paksa letak nama yg dia nak tu. Kita yg lahirkan anak tu, kita ada hak utk namakan anak kita sendiri. Mil saya pun suka nak bg nama kat cucu². Pastu ejaan pun dia nak sibuk. Kalau dgn saya, mmg saya berkeras taknak. Ikut suka saya la nak bg nama apa, mcm mana nak eja. Mujur jugak husband pandai fikir. Yg kesian kat biras saya la. Anak dah 2 org, dua² mil masuk campur nama anak dia sbb laki dia jenis ikut je apa mak dia cakap. Pastu biras saya tu yg makan hati sbb tak dpt nak letak nama yg dia nak. Eh, geramlahhhh.
Nasib baik mak mertua sy xmasuk campur , lg pon sy xrapat dengan mak mertua sy , sy pregnant haritu die ucap taniah je…tula susah kalau mak mertua masuk kepala skali….nnti xikut ckp die sat g dok ngadu kat anak sendiri ckp isteri xmau dengar ckp la apelah… Alhamdulillah mak sy die ikutkan je apa nama yg sy nk letak mak sy jenis on je semua…mak mertua sy jenis xsporting biar la xkesah pon semu tu bukan sy dok umah mak mertua Nk ikutkan ni anak first awak…so baik awal suggest nama anak dengan suami xpe slow2 bincang dengan husband sbb tu mak husband awak mungkin anak die ckp die dengar ke kan
Entah lah tak suka betul dengar isu mcm ni. mengada² lh orang tua tu. anak kita ko sibuk nk tentukan. Awk tu dh rse penat sakit mengandung beranak smpai anak dah besar siap pakej nk bg cucu dah. bg chance lah org yg baru nk merasa semua tu. yg suami pun lah tk reti main peranan
btl 2..sye ank 4 org sye yg bgi nme,suami ikut je..prnh kkak ipar nk bg nme tp sye x stju..lbih ske plih sndri nme ank..
Kalau sesuai gabungkan lah nama yg mertua nak dgn nama yg sis pilih… mcm saya ayah saya sendiri nk pilihkan nama. Katanya nama yg saya pilih tak sesuai dgn baby(saya pn tkthu apa yg ayah fikir) tp nama yg dye pilih pulak lngsung tak kena dgn selera saya. Last2 pakat dgn mak n suami saya senyap2 buat surat beranak. Bila dye tnye fsl nama kami bagi alasan dh buat surat beranak leceh nk tukar nama. Tpi nk jaga hati depan dye tak panggil nama, kami panggil baby shj. Cuma kes saya ni ayah nk bgi nama lepas saya dh bersalin, mujur tak cadangkn masa mengandung kalau tak takthu nk bg alasan apa
mentua belum puas beranak ke apa? mengada2 sungguh, anak orang lain, dia nak sibuk kenapa? mak bapak baby la yang ada hak nak tentukan nama baby. dulu pon baby sis macam tu gak. sis dah warning awal2, husband sis ngan sis je boleh letak nama. so so bagi husband pilih satu, sis pilih satu. mentua ngan mak sendiri pon sibuk nak letak nama anak. tapi sis buat bodo pekakkan telinga. eh kita yang penat usung perut 9 bulan, penat teran, sakit kena jahit, orang lain pulak nak letak nama kat anak kita. no way. bertekak jugak dengan husband sebab sis tak terima idea mak dia.
Dah la Sy kawin pun tak brp dpt restu, in law tak suka sbb mak bpk Sy berpisah...smpi dpt anak, Mil n FIL dah pergi temple tgk astrology n dah ada 4 nama utk ank saya... mrk byr pulak tu... Sy tak tahu pun ni.. then 4 nama tu yg blh pilih, semua nama org dulu2, zaman bila tah. so Sy dgn husband tak ikut pun. So bertambah lagi issue mentua dgn Sy..... Dari dulu smpi skrg, mmg kami tak blh jd kawan... blh hai bye je... nasib la.. tunggu dia mati la, Baru Aman Dunia ni. sorry to say... mother in law from hell... kesian sy.. 😩
kes sama mcm saya, boleh hai n bye je selebihnya xde mmg xboleh buat kawan. Kahwin pn x berapa nak restu.
Nur As Syaqira