68 Các câu trả lời
saya tak nak judge ape pun keputusan awak..asalkan awak da bincang dengan suami dan doktor yg merawat awak. saya rasa doktor pun takkan benarkan awak gugurkan. cuma saya harap kalau puan risau tentang ekonomi, ambillah perancang keluarga lepas ni.kalau sebelum ni mmg dah ambil perancang tapi mengandung juga memang Allah nk bagi awk rezeki la tu. saya nak share post DR Imelda Balchin.. Ada ibu hamil, yang baru tahu dia mengandung dan terkejut sudah hampir 5 bulan hamil. Dia baru saja bersalin anak pertama 7 bulan dulu. Tak guna pun kaedah merancang keluarga sebab tak sangka boleh hamil semula terlalu cepat. Terkejut. Dia kata, “Hidup saya susah doktor. Ibu dan bapa saya sudah tiada. Saya tak mampu anak ini. Saya nak gugurkan.” Dia tak tahu pun tentang patients-patients saya yang datang berjumpa saya sebelum ini. Siapa patients yang saya dah jumpa sebelum ini? Mai nak habaq. Saya pun beritahu patient ini kisah 1,2,3,4 dan 5. 1) Ada ibu hamil yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab terlalu subur, semua kaedah merancang keluarga pun gagal dan anak-anak berderet-deret tak terjaga dan tak dapat cukup perhatian. Dia kata, untunglah perempuan yang tidak terlalu subur seperti dia, boleh telan je pil perancang keluarga. Dia sudah berusaha semua jenis tetapi tidak berjaya. 2) Ada perempuan yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab banyak kali cuba IVF tetapi setiap kali gagal dan belum ada anak. Dia kata, untunglah perempuan yang subur, dikurniakan anak berderet-deret dengan senang. 3) Ada ibu hamil yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab walaupun subur dan sudah banyak kali hamil, tetapi kehamilan gugur di pertengahan kehamilan dan trauma bila hamil lagi, takut berulang lagi peristiwa keguguran. Dia kata, untunglah perempuan yang tidak rasa takut dan sedih bila hamil. 4) Ada perempuan yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab ada masalah penyakit buah pinggang yang kronik yang teruk, hampir ke tahap end-stage-renal-failure dan hampir ke tahap yang memerlukan dialisis. Tetapi bila hamil, saya nasihatkan dia mesti menggugurkan kandungan untuk menyelamatkan buah pinggangnya yang terpaksa bekerja lebih teruk lagi bila hamil. Gugurkan kandungan sekarang untuk menyelamatkan nyawa anda. Dia perlukan buah pinggang yang baru iaitu kidney transplant sebelum boleh hamil dan melahirkan anak yang sihat dengan selamat. 5) Ada ibu hamil yang ada kanser pancreas yang sangat aggresif merebak ke hati. Saya beritahu beliau, jika beliau gugurkan kandungan pun, kanser sebegini tak boleh dirawat sebab jenis sel kanser yang aggresif. Jika beliau nak teruskan kehamilan pun saya akan sokong dan bantu seboleh daya saya, sebab saya tahu, Allah hantar ibu hamil ini kepada saya sebagai ujian kepada saya pula. Saya tahu, apa pun rawatan kita berikan, beliau akan meninggal dunia beberapa bulan saja lagi. Dengan sokongan dari saya, beliau bersetuju meneruskan kandungan untuk meninggalkan seorang waris. Saya pun membuat pembedahan Caesar yang sedikit pramatang untuk menyelamatkan anak yang tidak membesar, dua bulan sebelum ibu ini meninggal dunia. Alhamdulillah anak ini sihat walaupun ibunya sudah tiada. Bila kita diberikan ujian dan cabaran, fikirkanlah yang Allah maha adil. Jangan sesekali buat andaian dan sangka kehidupan kita ni lebih susah dari kehidupan orang lain. Jika kita bersangka begitu, dan kata, “Hidup Aku Susah”, kita akan rasa kita seorang mangsa yang perlukan simpati dan kita akan berhenti memberi bantuan kepada orang lain yang kita boleh tolong, sebab kita sangka hidup kita lebih susah. Padahal ada orang lain yang lebih susah dan cabaran yang kita hadapi itu sebenarnya tidak susah seperti orang lain. Bila saya beritahu ibu ini betapa cantik dan sihat anak di dalam kandungannya, dan Alhamdulillah ibu ini sangat sihat, dan saya beritahu kepadanya kisah 1, 2, 3, 4 dan 5, beliau pun insaf dan meneruskan kandungan dan melahirkan anak kedua dengan selamat. Kemudian beliau pun terima nasihat saya menggunakan kaedah merancang keluarga selepas bersalin. Mereka semua tak tahu Allah hantar kepada saya pelbagai cabaran juga untuk membantu mereka. Saya pun menangis juga. Tetapi saya tahu Allah maha adil dan saya tetap bersyukur diberikan peluang membantu mereka.
hai 😊 alhamdulillah syukur rezeki awak dpt twin .. pernah tertanya x nape awak dpt twin dah dgn ekonomi awak mcmtu lagi ? senang je awak .. tanda nya baby tu rezeki awak .. awak x tau nanti dia lahir , rezeki apa yg Allah bagi nanti .. percaya dgn rezeki Allah .. in shaa Allah , x dpt kerja x pe .. bincang dgn suami .. andai pandai buat bisnes online kecil2 pon ok gak andai sis jenis yg bekerja .. jgn stress ye 😘 Allah bagi ada sebab nya .. kita x tau rezeki apa yg akan dtg 😇 ni pengalaman sya sndiri .. setiap anak ada rezeki nya masing2 .. sya pon x bekerja , harapkan suami je .. tapi selepas anak no 1 lahir , suami dpt naik gaji .. lepas lahir no 2 , dpt bonus siap dpt lucky draw lagi 😅 lepas lahir no 3 dpt kelulusan rmh ppr leh dok rmh sndiri .. lepas lahir no 4 ada customer beli dgn sya emas rm10k(sya agent emas😬) , no 5 sya down sbb sya luar rahim .. lepas bedah luar rahim , sya try bangkit balik .. x disangka dpt kereta 2nd abah sya tlg aturkan kitaorg just bayar bulan je dgn dia .. and now preg ke 6😊 dri situ kita x tau apa yg Allah bagi nanti .. just percaya dgn rezeki Allah tu je
Salam sis. Tahniah! Saya faham kenapa puan rasa macam tu lagi-lagi keadaan ekonomi dan recession sekarang . Cuma saya berpendapat puan tak perlu risau tentang “tak nak susahkan suami”. Sebab? Kandungan takkan berlaku tanpa dua orang bekerja. Hasil boleh jadi satu atau dua atau tiga tu semua atas ketentuan ALLAH. Sebab DIA yang memberikan rezeki. If anak satu pun, suami tetap perlu dan akan rasa beban/susah menjaga anak dan isteri kerana that’s his duty and responsibility the moment he agreed to marry you. Dan berbalik atas kerisauan puan terhadap isu ekonomi rumahtangga, dari sudut tauhid , Allah yang berikan segala nikmat dan rezeki sis, termasuk kelapangan hidup. Kena ingat duit/punca pendapatan datang dari sebaik baik Pemberi (Ar Razzaq). Jangan ingat sebagai alat untuk hidup sahaja. Banyakkan berdoa dan yakin dengan aturan Allah. Minta dipermudahkan urusan hidup Dari sudut perancangan sebagai manusia, puan mungkin dah boleh mula adjust perbelanjaan mana yang boleh. Dan jangan PERNAH SEBUT depan suami, “saya tak nak susahkan abang”. “Saya tak nak bebankan abang”. Never say that. Men should feel heavily responsible of their family welfare. Instead, sampaikan berita ni dengan gembira dan sebut “inshaaALLAH semoga ada rezeki hala lain ya bang untuk anak2 kita.” Rezeki anak ni quite immediate. Allah tak pernah kejam. Apa yang sis rasa ni ujian tauhid buat sis. Saya doakan yang terbaik untuk sis. Jaga diri. Kuatkan tauhid. Dont stress stress.
Alhamdulillah sis... tahniah ye.. ank itu ada lah rezeki.. jgn gugurkan.. kena kuat sis.. Allah bagi ada sebab. anak adalah rezeki kita.. amanah Dari Allah.. jgn risau pasal rezeki, sebab bila kita tgok, ramai lagi yg susah.. kita jgn pandang diri kita, tpi pandang pada org yang lagi susah Dari kita.. jgn stress.. inshaAllah.. allah akan beri rezeki yg tak pernah kita terfikir dik akal fikiran.. lama lagi tu, 9 bulan lagi. dalam 9 bulan ni, mcm mcm boleh jadi.. sentiasa berdoa, saya pun baru 4 tahun berkahwin, baru dikurnia kan satu ank dripada kandungan Kali kedua saya, kandungan pertama saya pregnant luar Rahim, sedih sgt sebab kena buang tiup filopian, tinggal satu Je sis . berhari hari saya menangis, sebab nk ada ank sgt sgt.. tpi alhamdulillah kandungan Kali kedua baby duk dalam Rahim, saya pun tak bekerja, harapkan suami je semua . sis pernah terfikir kan mcm mana mak ayah kita dulu ? susah payah nk besarkan kita. usaha mcm mcm perkara untuk nk besar kan ank ank nya.. kesian Dua nyawa dalam Rahim sis.. mereka tak bersalah.. maaf saya ckp mcm ni.. tpi fikir kan sis . kita rasa kita susah.. ada lagi susah Dari kita.. 4 tahun berkahwin, 4 tahun juga saya tak ada rezeki untuk bekerja.. bila suami ikhlas, xkn rasa susah pun.. malah Allah akan bagi lebih lagi Dan lagi . semoga sis Dan suami juga baby dlm kandungan akan diberikan rezeki yang tak dijangkau akal fikiran , rezeki yg mengalir tak pernah putus seperti air zam zam.. Amin ya rabbal alamin
Tanpa sedari kan, sebenarnya sy pun selalu mcm ni rasa. Sblm mengandung, sy nak la ada anak paling tidak pun sorg utk buat waris.. sy down sgt sbb dari anak dara sy ni byk sgt klinik pakar kena pergi sbb ada byk penyakit dtg lsp 1 demi 1 smpai sy letih nak p follow up & mkn ubat semua tu. Sampai 1 masa, penyakit² sy ni makin teruk dan membuatkan sy ambil kptsn nak pencen dan alhamdulillah lulus dibersarakan sbb sakit. Tp bila fikir² balik, gaji tgh sedap masa kerja bila pencen dpt terlampau sikit, sy ada rasa sgt risau dan takut tentang kewangan. Sy pun fikir mcm sis, xnak bebankan suami dgn duit & penyakit2 ni tp Alhamdulillah, asbab mengandung, segala urusan dipermudahkan.. sakit² hat sy rasa sblm ni dah beransur dan hampir xrasa pun.. walaupun skrg kewangan byk suami yg tanggung, rezeki sentiasa ada dan segala urusan mudah cuma xlari dari ujian.. suami sy excident patah tgn dan kena operare. Sy fikir ada hikmahnya.. ada kala tu down skjp sbb suami dh mcm ni, sy pulak makin sarat, kewangan tu sempit sikit tp byk2 kan la doa dan bergantung sepenuhnya pd Allah swt. InShaaAllah, ada hikmat yg dtg lps ujian ni.. yakin yg Allah swt xbg saja² kita mengandung ni ok..
Saya anak sorg pun pernah rasa mcm tu masa awal mengandung.. tahu kenapa saya boleh ok dn saya dh bersalin dn skrg anak dh 8bulan?? Percaya pada hanya satu iaitu Allah. Allah berikan zuriat semestinya sebab Allah sygkan kita. bukannya Allah tak tahu mslh kita tetapi kenapa Allah tetapkan berikan zuriat dekat kita sdngkan ramai lagi org yg kaya yg bertahun tunggu zuriat, sebab Allah sygkan kita. Allah yakin kita mampu berikan yg terbaik amanah Allah itu. dn percaya lah setiap anak ada rezeki mereka. walaupun susah masa mengandung, mana tahu lepas bersalin, Allah berikan rezeki tak disangka. Pegang pada satu je iaitu Percaya pada Allah. Sya byk kali down sedih bila fikir apa akan terjadi dkt anak sy dgn ekonomi skrg.. dgn kerja suami pun xbyk sgt gajinya. Tapi Allah tu syg sgt dkt kita, Allah berikan yg lain yg menyenangkan saya utk mengandung dn bersalin dn menjaga anak walaupun dari segi kewangan tak ok sgt. bersyukur sgt. byk lagi nk ckp tpi risau air mata keluar malam2 ni 😅 apa2 pun bykkan berdoa dkt Allah dn selalu cuba dktkan diri dgn Allah. saya doakan awk sekeluarga dipermudahkan urusan dn dimurahkan melimpah2 🥰🥰🥰
Hi sis. Tahniah sis dpat twin. Bukan semua org bertuah mcm sis tauu. Jngan risau sis. Yakin dgn Allah. Jaga kandungan baik2. In shaa Allah akan dtg sis n husb yg rasa menumpang rezeki anak2. Sy belum ada anak. Tgh preg skrg ni. Sblm ni sy meniaga sendiri n mmg boleh ckap senang klau sy meniaga. Sentiasa ada je duit utk tolong husb. Husb sy gaji 1.5k je. Ada kreta nak bayar, ada dua family nak kena bagi duit bulanan, ada komitmen. Sy pun ada komitmen. Tpi sejak preg alahan teruk sngat. Dah bape bulan sy tak meniaga. Sblm ni kalau ikut kemampuan husb, mmg kami jarang makan luar. Sbb nak jimat. Sy yg ajak makan luar sbb sy tau mana takat kemampuan husb. Skrg ni sy tak kerja pape lgsg. Tapi Alhamdulillah sy tau rezeki baby dlm perut. Ckap je apa yg sy teringin. Smpai ke hujung bulan smua sy dpat. Sy pun pelik mcm eh tetbe duit husb sy banyak 😂😂 padahal selama ni yg kira2 duit husb pun sy juga. Sis jgn risau. Walaupun rasa kurang, tetaplah jaga n sayang anak dlm kandungan. Satu hari nanti kita yg menumpang rezeki anak2. Ada anak pun satu rezeki besar yg tak semua org dpat. Sis jgn sedih okeyy ❤️
Hi awak, sorry kalau saya tak membantu, saya pon sama mcm awak, saya pernah gugur sebelum ni (pregnancy pertama) masa tu ekonomi kami okay, simpanan pon banyak, suami ada duit pampasan dari company lama, tapi takde rezeki untuk ada anak, saya gugur 8week. Sekarang pregnant kali ke dua, seronok memang seronok sgt, tapi ekonomi kami pulak, sekarang duit kami cukup2 makan je, nak ada simpanan susah, siapa je tak risau, Tapi apa yg saya tanam dalam diri, tuhan tak kejam, sbb setiap manusia tu dilahirkan ada rezeki dia. Cuma kita kena usaha, untuk anak anak, jadi tanggungjawab kita as parents kena usaha cari, sbb anak kita tak mampu nak cari sendiri lagi, Jangan risau, insya allah setiap manusia ada rezeki masing2, as long as kita usaha, akan datang rezeki. Kalau tuhan tak bagi lebih, tuhan akan bagi cukup cukup. Keluarga suami saya pon bukan asal org senang, tapi alhamduillah tak pernah meminta dgn org, Percaya pada rezeki tau 😘 Ibu saya selalu pesan, jangan stress dgn benda yg kita tak boleh control. Jangan stress2 okay mommy 😘
sbnrnya benda ni kena bincang dgn suami.. klau suami jenis ok dia kata dia tanggung dulu komitmen isteri spnjg isteri tak kerja mungkin lega sikit. suami sis tau x sis pregnant ni ? ank yg kberapa? kalau pertama baik bincang dulu.. mcm sy spnjg pregnant ank sulung ni tak kerja ,smpai brsalin n jaga bby suami bayarkan komitmen sy. nsib hutang sy 2 je.. kreta dgn belajar. tp bukan sikit jumlah tu. sy pon ksian jugak kt suami kadang2.. kreta dgn insuren,servis smua. sbb msih trikat dgn bank baki lagi 5 tahun.. dlm masa yg sama suami bayar rumah ,bil2,belanja bulanan/hrian. nsib suami jnis bjimat ..point yg prtama bincang dulu dgn suami. kita prempuan ni tipu laa kata kalau xnk anak. tp kne ada support skali dri suami. xkisah laa dri segi emosi,mental sbb prjalanan ni panjang. duit bnyak nk pakai. kos nk besarkan ank pon bukan murah.. tp yakin stiap anak ada rezeki msing2. tengok suami ckp apa.. kalau dua2 buntu,minta pendapat org ktiga.. tp sbenanrnya yg jawapan yg kuat ada pada kita. suami isteri ni.
wahhh congrats sis, tahniah, jaga baby elok2 yaa, saya doakan semoga urusan sis dipermudahkan dunia dan akhirat, inshaallah, bersyukur dengan rezeki yang allah bagi, bagi saya, tak apa sis..awak jaga kandungan awak elok2 yaa, barang2 baby inshaallah allah akan beri rezeki, percaya dgn rezeki yang allah akan bagi, mcm saya, walaupun saya tak mampu, ekonomi pun merosot, tapi saya nak anak, sbb saya yakin allah tu ada dan dia sebaik2 perancang🥰doakan saya juga yaa dapat zuriat, sebelum niey saya mengandung juga, tapi allah lebih mengetahui hak yang baik, 2 kali allah ambil rezeki anak drpd saya...kali pertama anak saya baru 6weeks dlm perut dan second niey baru 11 weeks, dan baru semalam saya kehilangan😔 tapi saya yakin allah tu maha adil dan maha pemberi rezeki..inshaallah..saya doakan sis kuat dan tabah untuk harungi semua, jaga kandungan elok2 yaa sis☺️
Anonymous