29 Các câu trả lời

VIP Member

Saya positif covid masa 14 weeks juga. Banyakkan minum air masak(kalau boleh suam-suam kuku). Banyakkan minum sup tak kisah sup apa pun, tapi lagi bagus kalau non-veg macam sup ayam, daging, atau kambing. Kalau boleh ambil wap air kosong. lagi2 malam supaya tak nose blocked. Track oxygen level guna oximeter (sangat penting untuk ibu mengandung). kalau ada diffuser, boleh guna eucalyptus oil waktu malam untuk breathing and relaxing. tidur bantal biar tinggi. banyakkan buahan yang mengandungi vitamin C, seperti buah Oren, lemon Dan lain2. yang paling penting emosi kita. sebab masa ni memang akan down sangat. Try share emosi sis dengan pasangan atau orang kepercayaan sis. jangan panik dan ignore negative thinking. elakkan membaca lebih pasal sakit ini. benda itu akan membuat kita lebih panik. In Sha Allah, semoga Allah SWT memberikan kesembuhan untuk sis dengan cepat.

saya dah berapa hari abis kuarantin .. alhamdulillah .. hri pertama dgn kedua badan gigil2 .. tpi sy x amik ubt apa2 melainkan ubat isap untuk tekak dgn antibiotik matikan kuman ... itu shj. .. saya bnyak amalkan hirup udara rebusan cengkih ... berjemur tgh cahaya pagi ... mcm jemur budak kuning ... lps tu aktif .. x manja kan diri kalau dah hari ke tiga tu ... lps tu saya bnyk minum air suam .. dan x makan bnda bergoreng dan keras2 .. sy muntah tapi alhamdulillah sy cuba untuk x manja kan sgt .. itu atas masing2 ye ... saya bru 12 mnggu ... insyaallah awak kuat baby pun kuat ok... yang penting simpan no cac kalau rasa hari ketiga nak pitam ... bcaan oxy x cntik .. trs call cac ... jgn tunggu2 ..

Saya positif Covid masa baru je dapat tahu positif pregnant, maybe 3-4 minggu camtu. Dr byk suggest pantau oksigen sebab kandungan baru sangat. Kalau byk batuk sgt, kena try mcm2. Salah satu menjadi minum rendaman daun sirih, air halia utk legakan, hidu cengkih dlm air panas. Makan byk sup utk legakan badan. Minum air kelapa. Kurangkan susu dgn biskut utk kurangkan kahak. Bykkan berehat. Lepas covid, saya ada simptom long covid tp tak semua org akan kena. So mmg kena jaga pemakanan. Alhamdulillah setakat ni baby dan saya sihat. Dah masuk minggu ke 29.

Yalaa... Sampai x bOle tdo mlm... X selesa sgt.. Kadang tu teruk sangat sampai kena tunggu dalam toilet takot tecicir.. Alahaiii... Ghisau si kecik kat dlm ni jeklaa..

sy week ke 34, suami sy +ve dan sy pun kna kuarantin. lepas tu sy pulak demam sakit urat semua. tp sy amalkan makan madu +lemon je. campur air suam. tawakkal je sbb kita preggy xboleh mkn ubat sembarangan. utk gantikan vit C, sy mkn byk buah oren. minum air lemon + madu suam. cuma sy tya doc, boleh x telan panadol, doc ckp panadol boleh, tp sebiji je yg 500mg. sy mkn tu bila rs xsedap bdn, mmg berpeluh2 kebah. alhamdulillah sehari je sy demam. skrg cuma tekak je rs pedih tp getting better. semoga mommy semua tabah ya..

saya masa 12weeks bleeding pastu 13 weeks positif covid..mmg kne pantau oksigen..hari2 kkm call tnya kesihatan sbb sy risiko tinggi..kncing mnis on ubt n insulin & drh tinggi juga.. Alhamdulillah okay.. cuma deria bau n rasa x berapa nk ada smpi sekarang.. berat drop 3kg🤧.. saya mnum lemon suam n air masak banyak2 walaupn mase tu semua sendi sakit2.. tawakal dan bdoa je supaya baby sihat🥰

Saya pun ve covid masa 14w. Dapat tahu terus pegi cac. Pulse rate tinggi, cac hantar ke hospital serdang and warded 4 hari. Alhamdulillah semua ok. Ikut je saranan doc. Jangan stress, fikir yg baik2. Jangan lupa minum air kosong banyak2. Sbb persediaan kat rumah, make sure ada panadol mouth gargle and lozenges. Ubat batuk kalau yg boleh ambik masa pregnant takde masalah. Stay safe ibu! ❤️

Nk tnya skrng saya tngh sakit tekak , klau saya ambil lozenges mcam strepsil or woods tu bole ke ?

Assalam...terima kasih info u'll semua...saya pun g check up smlm (16 mac) unt 22 week prgnt, tapi sbb ada sakit tekak dan kepala nurse tak bagi masuk, suh buat swab test lagi.. mmg positive..rasa mcm tak caya.. skg sy kuarantin di kira hari ke-2 hari ni kat umah..tgh google mkanan dan minuman apa yg elok, ubat semua dah ada, CAC pun ada bagi nasihat.Semoga semua baik² shja..

saya pun hamil 17w positif covid . saya selalu buat bagi tidak demam . kerap mandi . minum air lemon panas2 suam . minum air masak byk2 . kawal batuk dan sakit tekak jgn terlalu kuat sgt batuk nanti lg sakit dada . gunakan oximeter check oxygen . Walaupun xde bau dan rasa . saya gagahkan diri paksa makan minum byk2 . alhamdulillah skrg saya okay .

pergi CAC kawasan tempat tinggal. ambil gambar jenama self kit test dan result +ve rtk/result pcr swab test. bawa buku pink 😊 nanti staff CAC akan guide bila sampai sana. take care mom yang positif 💪🏼💪🏼💛 kuatkan mental ya. makan jgn skip even tak berasa. inshaallah semoga sentiasa dilindungi & cepat sembuh

VIP Member

siti 32week +cov.. Alhamdulillah dh hbs kuarantin. siti minum i kelapa muda ... mnum i lemon dan jugak mnum i masak suam .. kena sentiasa fikir positif walaupun tgh sakit . pantau oksigen .. Siti guna myk cap kapak sapu di dada sikit dan kaki utk bg rasa hangat . minyak angin x jalan mana sbb sejuk ..

awal2 kandungan elakkan minum air kelapa.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan