Perlukan kata-kata semangat

Saya post sebab nak dapatkan kata-kata semangat. Ada tak sesiapa dekat sini yang pernah melalui benda yang sama macam saya? Suami saya seorang doktor. Biasanya kita fikir doktor lebih faham keadaan wanita ketika mengandung, selepas bersalin, dan semasa berpantang. Mereka tahu proses pemulihan, perubahan hormon, dan betapa sensitifnya emosi seorang ibu. Tapi pengalaman saya sebaliknya. Sejak anak pertama lagi, banyak perkara yang saya lalui. Yang paling menyakitkan hati ialah suami sendiri selalu mengejek saya. Dia kata saya gemuk, muka gelap, tak cantik, dan macam-macam lagi. Lepas anak kedua lahir pula, baru 2–3 hari selepas C-section, perut saya masih besar sebab rahim belum mengecut sepenuhnya. Tapi dia masih boleh cakap, “Kenapa perut besar?”, “Gemuknya,” dan macam-macam lagi. Benda-benda macam ni memang sangat mengguris hati. Yang paling sedih, dia selalu bandingkan saya dengan mak dia. Katanya mak dia cantik, kurus, pandai jaga badan dan kulit walaupun ada dua orang anak. Tapi situasi kami tak sama. Mak dia ada pembantu rumah yang boleh tolong jaga anak-anak, jadi dia ada masa untuk menjaga diri. Saya pula uruskan semuanya sendiri. Tiada pembantu. Masa saya hampir habis untuk anak-anak, jadi memang sukar untuk fokus pada diri sendiri. Kadang-kadang saya rasa suami langsung tak faham apa yang saya lalui sebagai seorang ibu. Kata-kata dia lebih banyak menyakitkan hati daripada memberi semangat. Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah saya berkahwin. Dulu masa bujang, rasa nak sangat ada pasangan sebab tak nak hidup seorang diri. Tapi sekarang, walaupun suami seorang doktor, saya tetap rasa sunyi dan tidak dihargai. Ada tak sesiapa yang pernah melalui situasi macam ni? Macam mana anda kuatkan diri?

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Allah, semoga Allah bantu dan permudahkan ya puan. dia bandingkn dgn mak dia, sis pun bandingkan la diri dgn mak dia (mak dia ada pembantu rumah yg blh jaga dan urus rumah, so masa urus rumah dan anak2 tu mak dia blh pakai utk urus diri sendiri). lagi satu, dia kawin tu nak kawin dgn mak dia ke, atau kawin dgn isteri? lol sy triggered sbb prnh lalui fasa lebih kurg gini (tp suami sy bkn doc la, dan mak suami sy x ada pembantu rumah tp waktu diorg kecil2 dulu tggl dekat dgn nenek diorg n diorg sntiasa dihntr utk dijaga oleh nenek dorg - so mmg mak dia jarang urus anak2 la). but mb la kan, dia ada something x puas hati dkt mak dia yg dia sdiri pun x perasan, ya la, kan membesar dgn pembantu rumah, bkn dgn mak dia. apapa pun, sis usaha juga ke gym, ke facial, spa apa semua. dia nak isteri jaga diri, jaga badan? BAIKLAH, SAYA NAK BUAT SAMA MACAM MAK AWAK, DIA ADA PEMBANTU RUMAH URUS RUMAH DAN ANAK2 WAKTU KECIL, SELALU BUAT TREATMENT? SAYA PUN NAK MCM TU. Anak2 waktu sy treatment dan ke gym, biar pembantu yg jaga atau hntr ke taska. semoga Allah bantu puan 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🫂

Đọc thêm