Susahnya jauh dari suami😢

Saya panic tadi anak tiba-tiba jatuh katil. Saya tengah panaskan air nak mandikan dia tiba-tiba dengar macam dia melalak. Saya masuk bilik tengok dia dah tertiarap. Allah. Saya akui salah saya. Saya yang bodoh. Saya tenangkan dia sambil nangis. Saya minta maaf kat dia banyak kali. Saya call husband nangis nangis minta maaf sebab gagal jaga anak dia dengan baik. Saya bagitahu dia saya nak bagi baby ni kat orang lain mungkin ada orang yang boleh jaga dia lebih baik daripada saya. Suami cakap jangan mengarut. Saya tahu saya mengarut tapi saya tak tahan stress bila jauh daripada suami kena jaga baby sorang-sorang, menyewa rumah pun sorang-sorang dalam kawasan kampung. Nak transfer susah betul. Setakatni saya monitor baby. Saya takut. Nak tidur pun saya takut. Saya terbayang bayang keadaan dia dan tangisan dia tadi. Semoga Allah lindungi anak saya. Salam semua. Saya baru balik dari hospital. Tadi pagi kat daycare anak saya tak berhenti menangis. Teacher dia call. Saya terus keluar office dan ambil dia bawa ke hospital. Doktor check tengok baby okay. Baby saya pulak aktif betul depan doktor. Tak duk diam siap senyum senyum kat doktor. Dia kata takde apa-apa dan kena pantau lagi kalau tiba-tiba kepala dia bengkak atau muntah tak berhenti, dia jadi kurang aktif daripada biasa atau menangis tak berhenti. Xray pun tunjuk takde tulang patah. Saya harap baby saya baik-baik saja. Saya masih trauma. Masih terngiang ngiang suara dia nangis dan keadaan dia yang tertiarap. Saya nak menangis kat bahu suami pun suami saya jauh. Saya penat nangis sorang-sorang. Semoga ada rezeki saya dapat pindah dekat dengan suami. Saya takde pilihan lain melainkan jadi kuat. Walaupun saya betul-betul tak kuat. Tq semua yang komen dan doakan kami. Semoga doa yang baik baik tu berbalik kepada kalian.

18 Các câu trả lời

bby sy pn tngh fasa melasak..asyik terhantuk je..jatuh la..wlwpn bawa jagaan husb ttp ada jgk terhantuk ka jatuh..da mmng terlalu aktif..xpa je tu...yg pnting bby xsmpai cedera teruk.yg pnting jgn panic tenng2 je ye mom.

Anak sulung saya pernah jatuh katil masa dia baby, bengkak dahi. Lepastu terus buang katil tidur atas tilam saja… sampai la sekarang semua anak2 saya suami isteri pon tidur atas tilam jaa… lebih selamat rasa.

Sy pun dulu anak pertama selalu jatuh katil.. Last2 sy letak bawah...sampai sekarang sy tido atas katil die tido dekat bawah.. Anak dah 1 tahun 5 bulan.. Skrg tgh pregnant anak no 2..

sy sejak ada ank xpnh pkai katil..sy risau mcm ni lah..lg2 ank sy lasak..pnh jatuh katil mse kt umh mak sy smpai berdarah hidung..bawa g hospital scan nasib xde apa2..

awak strong sis 💪🏼 keep monitor anak ya . Inshaallah anak sis tiada apa-apa 🤲

Harapnya takde apa-apa. Dia takde benjol atau lebam, muntah-muntah pun takde.. menyusu macam biasa dan aktif pun macam biasa.. Cuma saya nak try bawa dia ke emergency petang ni untuk betul-betul pastikan dia ok sahaja.

VIP Member

mg smuanya baik2 shj dan dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin

normal rasa mcmtu

hi

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan