Saya nk tanya kot2 ada mummies kt sini yang ada pengalaman serupa. Saya bru 8 week dan saya memang berpuasa sepanjang ramadhan ni.
Alhamdulillah dah check dr 7 week haritu dan dr kata baby okay. Cuma masalahnya sekarang, saya tak berselera untuk makan waktu sahur dan juga waktu berbuka. Sy mkn tp tk banyak.
Nasi mmg tak makanlaa sbb tk selera. Sy just makan buah dan sometimes sy mkn sup. Cuma kadang2 ada waktunya, waktu tengari sy lapar sangat sbb mlm tk brapa selera makan. Tp sy tkde pitam2 atau mual2, cuma badan rasa letih sikit. Sy banyak rujuk google, dan rujuk dlm group ni jgk, katanya syarat untuk berbuka puasa bg ibu hamil bila badan kita tak sihat, kurang air, kurang gula,naknpitam dn sebagainya.
Sedangkan saya cuma tak tahan menahan lapar, sbb mlm mmg sy kurang makan walupun dipaksa sbb akan muntah. Kecuali su mkn buah sikit2. Sedangkan siang hari sy ada selera untuk makan nasi. Persoalannya di sini, bolehkah sy berbuka puasa hanya kerana tidak tahan lapar kerana sukar untuk makan waktu sahur dan berbuka puasa?
Maaf panjang. Terima kasih mummies yang sudi respon dan berikan feedback positif. Sy buntu jgk skrg. 😅
Anonymous