Balik raya

Saya nak tanya. Macam mana ye ibu ibu yg ada baby high demand balik kampung beraya? Baby baru nak masuk 5 bulan memang high demand sangat sangat. Cth high demand dia, tidur mesti nak dukung berjalan. Selagi dia x lena mmg susah nak letak bawah. Kalau nak menyusu, kena ada katil sebab dia suka menyusu sambil baring. Kalau menyusu duduk, dia menyusu main main. Menyusu jap, pastu dia lepas. Lepastu dia mengamuk la sebab tk cukup susu. And dia memang jenis tidur dalam keadaan senyap. So risau sikit sebab dah nama beraya mmg ramai org kan. Takut pula nak balik beraya. Beraya belah family suami, and banyak aktiviti. Karoke la, ada main game bola beracun la, bbq la. Cam mana ye ibu ibu semua handle. Saya hanya selesa kalau kat rumah saya je. Even kat rumah mak ayah saya sendiri saya tak selesa sangat. Walaupun ada bilik yg saya duduk time saya bujang. Anak saya mcm akan meragam kalau kt tempat lain selain rumah sendiri. Saya kalau balik rumah mak saya, mmg stress. Sebab baby asyik nak berdukung 24 jam. Itu rumah mak saya, rumah yg saya duduk sebelum kawin yg ada bilik saya sendiri inikan pulak kampung suami, yg takda bilik utk saya menyusu.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

4 bulan ke atas memang tumbesaran anak rasa tak secure sbb penglihatan pendengaran dia dah develop. Dia rasa secured dgn org yg plg rapat dgn dia. Kena biasakan anak dgn orang ramai.. Jika rutin tidurnya ok, takde masalah. Org kata dia melekap dengan ibu , tahan telinga je la.. Kita bersyukur sbb anak rasa secured dgn kita. Semua 1st mom hadapi keadaan mcm ni. Asalkan jaga rutin anak. Biarlah org kata kita tak join aktiviti bagai sbb kita nak jaga rutin anak. Ramai je yg faham tu. Insya Allah. Saya dulu pun ada perasaan risau jika bawa anak bermalam, pergi keramaian. Saya fikir, takkan tak nak kenalkan anak dgn suasana realiti? So, hadaplah. Syukur, anak tidur malam. Nak susu, masuk bilik..

Đọc thêm
1y trước

Dia baru hidup di dunia ni 5 bulan. Ambil masa nak biasakan.. Enjoy the moment 🥰

mgkin sblum balik kg bley praktis dlu.. mcm bwk anak jln2 kt mall ke..taman ke.. biakan dye biasa dgn keadaan asing..

1y trước

bley bwk blek kg tp hsband kne slalu ade la.. jgn ble blek kg, dye lpe anak.. memg pening nanti nak handle anak sorg2..