Air paip sejuk
Hi.. saya nak tanya, betulkan anak mandi air paip sejuk sangat musim2 Hujan ni boleh demam? Anak saya lepas mandi malam tadi terus naik suhu badan.
Sekarang ni kalau kita sendiri rasa air paip tu pun sejuk semacam. Anak sy yg umur 5tahun pun akan menjerit kalau nak cebok guna air paip masa musim2 sekarang ni. Kalau musim panas, okay je.. jadi memang tengok cuaca juga. Mandikan baby, mulakan dengan kaki, elak baby terkejut. Tutup kipas lebih awal bila time nak mandi. Lebih baik pilih air suam untuk musim2 sekarang ni. Sebab sy pun pernah demam lepas mandi air paip 😞
Đọc thêmSy lps pantang memang mandikan anak dgn air paip pagi dgn tgh hari. Tapi kalau hujan sy mandikan dgn air suam risau dia demam sbb terlampau sejuk. Dlm pukul 6.30 ptg sy mandikan dgn air suam,bg badan dia segar nanti tido lama. Boleh mandikan dgn air paip tp kalau air terlampau sejuk dan cuaca sejuk,mandikan baby dgn air suam ye.
Đọc thêmTak demam tapi kesian kat anak. Saya ni anak mmg bagi mandi air paip, tapi Kadang2 tgk cuaca Jgk. Walau da setahun, kalau cuaca hujan sejuk, mmg saya bg mandi air suam2 panas. Kita kadang pun mengigil terjerit3 dlm toilet kalau sejuk, apa lagi lagi budak2.
Anak umur berapa ? Kalau baby saya nak masuk 3 bulan ni , memang saya dah ajar air paip direct mandi dekat singki . Alhamdulillah takda demam pun . Pukul 8 atau 10 pagi , 5/6 petang atau 7 malam .
Badan dia terkejut dengan air sejuk tadi. Tu yg suhu badan naik. Takpe tuam satu badan dia dengan kain basah air paip biasa je. Dedahkan badan dia dengan angin. Jangan berselubung
Hi. Depends kalau anak saya kadang-kadang boleh jadi selesema. So kalau mandi boleh je pastikan mandikan dengan air yang tidak terlalu sejuk.
tak lh.. anak sy mandi air paip oke je x ada demam
xdelah