darah keluar macam haid
saya nak tanya, 8 jun saya check upt doubile line tapi masih samar2. Biasalah mestilah excited kan walaupun samar2. period saya sebelum ni mmg tak teratur. Dalam hati, alhamdulillah ada rezeki Allah bagi walaupun period tak teratur. ikut calender period sepatutny saya period 10 atau 11/6. kiranya lambat 8 hari saya period. fikiran saya, saya betul2 mengandung. tp risau juga, sbb period tak menentu kan. dan pada harini darah saya keluar sangat banyak semasa kencing. Dalam 4 hari lepas, saya mmg rasa seperti senggugut. bila tanya yg sudah kahwin, mereka kata itu proses tumbesaran. sekali harini, darah saya keluar byk. cair campur ketul2. mmg rasa agak frust. Bermakna upt tu tak betul lah kan😣. sedih juga rasa. seperti dipermainkan..