Minta pandangan
Saya nak share sikit masalah saya di sini, mana tahu ada ibu² yang berpengalaman kat sini. Saya ni berkahwin dengan seorang lelaki warga Bangladesh. Jadi permulaannya ayah saya ni setuju je tentang perkahwinan ini, masalahnya saya bila nak daftarkan perkahwinan saya di sini sangat² susah ye. Pejabat agama nak sijil bujang suami saya lah itu lah ini lah. Okay semua tu memang telah disediakan macam mana pejabat agama inginkan. Tapi masalahnya wali saya iaitu ayah saya. Dia dah berumur jadi dia tak boleh pergi ke Bangladesh untuk jadi wali. Jadi pejabat agama ni meminta wakalah wali lah. Wakalah wali saya pula tidak boleh turun ke Malaysia kerana masalah umur juga. Jadi family buat keputusan untuk saya berkahwin sana tapi takde surat kebenaran dari pejabat agama. Sebulan saya duduk Bangladesh, dah uruskan bahagian perkahwinan sana semua pastu bawak semua dokumen sana balik Malaysia. Jadi bila sampai pejabat agama ni, saya dapat lah surat mahkamah untuk pengisytiharan perkahwinan saya di sana untuk dapat sijil nikah di Malaysia. Agak lama juga ye urusan mahkamah ni. Masa mula² angkat sumpah, pastu time pembicaraan hakim pula MC pastu bagi date baru untuk pembicaraan hakim pula kata tak cukup bukti lah apa lah. Pastu tunggu lagi date baru. Bila minta date baru peguam kata hakim ada khusus kehakiman lah gitu. Pastu patutnya dah selesai tapi kena tanggung lagi. Jadi peguam saya jelah kena amik tarikh baru tu. Masalah saya sekarang ni, saya ni bunting pelamin time kat Bangladesh time tu nak raya Aidilfitri. Jadi due saya ni dalam bulan 12. Tapi saya tengok maybe bulan 11 baby saya keluar. Saya risau time nak daftarkan anak saya kat JPN dia tak boleh di-binkan nama bapa dia sebabkan mahkamah ni, bagi tarikh gantung alasan hakim itu ini. Sijil nikah saya sepatutnya dah boleh dapat tapi masalahnya hakim ini macam² alasan yang buat sijil nikah saya tergantung. Nak tanya ada tak pengalaman dalam bab² ini? Boleh ke anak saya ber-binkan ayah dia? Sebabkan sijil nikah Malaysia saya tergantung sebabkan mahkamah tak bagi lagi keputusan pengiktirafan pernikahan saya. Saya bukan tak nak ambil kebenaran nikah luar negara kat pejabat agama Malaysia tapi wali dengan wakalah wali saya ni dah berumur jadi nak melancong sana-sini tak boleh. Minta bantu jawab. At least bagi saya dapat hilangkan rasa stress saya tentang hal ini. Terima kasih #bantujawab #firstmom #ingintahu