(PART 1) KONGSI PENGALAMAN JAUNDICE BABY BERPANJANGAN

Hi, saya nak kongsi pengalaman anak kena demam kuning berpanjangan. Sekarang anak sudah 3bulan22hari. Anak lahir kuning tinggi sampai kena tahan wad di bawah lampu biru 3 hari. Macam rutin ibu2 yang lain, selepas keluar wad saya check kuning baby hari2 di KK. Kuning baby selepas keluar dari wad 207 dan dalam masa 8 hari turun ke 82. Nurse pun dah suruh stop check kuning. Masa umur baby genap sebulan, saya bawa baby ke klinik untuk vaksin dan nurse yang check masa tu memang tengok badan baby sudah bebas kuning. Tetapi, masa umur baby 1bulan23hari saya bawa baby ke klinik semula untuk refer doktor dan doktor bagitahu "anak kamu ni macam kuning?" masa tu Tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati seorang ibu. Sudahlah anak pertama. MEMANG KUNING DATANG SEMULA 158. Doktor suruh tinggalkan buku check up ibu dan anak. Pihak klinik terus email bahagian pakar kanak2. Risau? Saya sangat risau sampai bawa anak check kuning di swasta selepas seminggu belum ada panggilan dari kkia. Masa check di swasta, kuning anak saya 260?. Saya tidak dapat tunggu tindakan dari kkia, masa itu juga saya call nurse yang handle anak saya untuk tanya tindakan selanjutnya. Syukur nurse usaha bantu saya dan masa itu juga saya dapat date untuk refer pakar. Panjang lagi..nanti sambung

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pernah jumpa kes sama macam ais, lama anak dia kena duk wad nicu dekat Selayang, anak saya dah habis kena kuning pun anak dia ttp kena tahan, anak saya dulu pun kena kuning sampai 350+ lepastu dah turun dah skrg, sbb saya takut jadi mcm kes akak tu saya kerap menyusu bayi saya walaupun kuning dia dah habis, setiap 2 jam saya kejutkan anak saya menyusu walaupun tengah malam pun saya kejutkan anak saya untuk menyusu, tu yg anak saya 7 kg skrg smpai nurse kata nnti kena obesiti, tapi yg penting sis kena berkorban tidur kalau nak dia betul2 sembuh, pastikan set jam setiap 2 jam menyusukan dia sampai dia besar dan semangat, btw saya anak pertama.

Đọc thêm
5y trước

Ohh okay2, semoga anak sis cepat sembuh🥰

Saya dulu baby kuning sebulan sis.. Menangis jg la hari2 g klinik.. Smpat msk wad baby ddk bwh lampu.. Mcm2 cara spya baby trun kuning tp x bhasil.. Akhirnya msk bln ke2 baru hilang kuning dgn sndri nya huhu.. Skrg baby da 6 bln..

5y trước

Anak sy liver problem.sbb tu kuning x hilang

Ank sy pun kena prolonged jaundis jg.tp syukurla lps scan hati dia apa semua xde apa2.cuma doc kata maybe vitamin D deficiency je.tp once a month masi lg pegi cek darah di hospital sbb ada bacaan drh yg masih x normal.

5y trước

Kuning masih ada 28 dan fungsi hati masi tinggi 400. Next month akan check lg.

Ank sy dah 28ari pn msh ad kuning..sy darah O & baby pun darah O..jd xda risiko doc kta cuma kena follow up jugak..mngu dpn kna bawak sample air kncing dia plak..arap2 ok la tp tgk dlm mata still ad gk kuning2..

hai sis. .. bacaan fungsi hati ank sis brpa?. n najis warna kuning pucat?. ank sy suspect biliary atresia sebab bacaan fungsi hati tak normal. baby ada jaundice.

Thành viên VIP

Sya dulu macam2 Saya Cuba..Susu kambing ,,beli herba cina pakai Mandi,,tapi Tak la lama macam tu..Yang penting kerapkan bayi menyusu jadi kuning akan keluar..

5y trước

Ya la sis kesian juga. .Tak best betul Kat hospital..sya dulu 1 minggu Kat hospital dah nangis...nak makan pun susah

Thành viên VIP

Anak kedua saya prolonged jaundice jugak. Dah sebulan 12 hari pun. Terbaru kuning dia 123. Esok kene pergi kk untuk ambil darah dan urin baby 😭

5y trước

Kalau najis x pucat, air kencing x pekar mcm teh x perlu risau

Thành viên VIP

Baby hampir 2 bulan pun masih berpotensi ada kuning? Maaf saya baru tahu, saya fikir kuning cuma ada sampai usia bayi sebulan sahaja.

5y trước

Kuning berpanjangan sebb bacaan hati tinggi "neonatal hepatitis syndrom"

sama mcm saya. ni duk tggu result darah. baby sy skrg 1 bulan 4 hari. hmm risau jugak. sis lpstu kuning baby sis mcm mna?

5y trước

5bulan masih ada. 28. Fungsi hati tinggi 700...terbaru 400

Mmg kuning bila dh trun smua dia akn datang balik ke???sy ank dah 3 tp xpernah tahu pula kuning akn dtg balik..risau jg

5y trước

Yup. Dtg balik slps sebulan sbb masalah hati