KURANG MINUM SUSU

Saya minum susu FM. Kadang2 saja susu badan terutama time nak tidur atau waktu pagi. Saya kurang bagi susu badan sebab susu badan saya sikit sangat saya risau dia tak kenyang dan berat badan dia x naik. Macam mana saya tahu susu badan saya sikit sebab bila saya pump setitik setitik ja keluar lepastu stop. Tetapi apa yg risaukan saya sejak usia baby masuk tiga bulan lebih dia kurang nak minum susu FM tambah waktu siang. Bila bagi susu dia akan tolak dengan mulut dia lidah dia. Saya ingat dia sakit mulut Tapi bila saya breastfeeding laju ja dia minum. Dia hisap macam banyak susu sedangkan susu saya memang sikit sangat. Adakah sebenarya susu badan saya dah buat dia kenyang sehingga dia tolak susu fm waktu siang...walaupun saya pump sikit? Atau adakah saya patut tukar susu FM yg lain ? Bantu saya pless saya buntu#firstmom

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

kalau masa baby menyusu badan dia tak nangis maknanya ada susu utk dia minum. boleh jadi dia dah kenyang dgn susu badan. ada jenis org yg kalau pump takleh keluar, tp baby menyusu ok je. kena cuba kerapkan stimulation dari baby utk banyakkan lg susu badan. nak cuba tukar fm pun boleh jugak. kena try

Kalau berak kencing okay maksudnya dye cukup susu. Normal kalau kita direct breastfeed anak bila pump susu akan keluar sikit. Jgn risau. Makesure kencing berak n berat badan anak naik okay