31 Các câu trả lời
Salam sejahtera puan, untuk makluman anda masalah kencing kotor adalah salah satu gejala yang biasa dialami oleh itu hamil. Ini adalah disebabkan oleh rahim yang membesar menekan saluran kencing dan menyukarkan air kencing untuk keluar dengan lancar. Salah satu punca lain yang boleh memburukkan keadaan adalah dehidrasi (kurang minum air) dan tabiat mengelap kemaluan dari belakang ke depan yang memudahkan bakteria masuk ke kawasan saluran kencing. Bagi mengatasi masalah ini, puan dinasihatkan untuk minum banyak air masak dan mengubah tabiat ketika mengelap kemaluan. Pastikan juga puan kerap menukar pakaian dalam bagi mengelakkan jangkitan. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman berkafin dan tinggi gula. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Kurang minum air msak. Sy tiap kli sblom nk g klinik pgi tu minum air msak byk2. Klau sy mnum susu pgi2 sblom g klinik tu mesti sgkut protein dlm air kncinggg. Dh thu cmtu sblom g klinik sy tk amik susu sblom g klinik. Mnum air msak je byk.
sy sekarang dah 22w3d..dr mula2 dpt tau pregnant mmg kencing kotor sampai sekarang..mcm2 ubt dah telan..even try mkn barli tp msh kotor..air pun dah byk minum sampai muntah air je..tidur mlm pun mcm x tidur..kjp2 g toilet sbb nak kencing..
Saya pernag kencing kotor punca breakfast minum milo, lepastu tK minum air masak langsung sampai la waktu checkuo ptgpukul 2.30 hahaha so cRanya banyakkan minum air masak
Minum air masak bnyk2 sis,mase temu janji klinik usahakan jgn makan apa2 dulu just minum air masak je,inshaallah air kencing kita tak kotor,sy sll buat mcm tu
Sblm urine test tu, minum air kosong bbyk. Urine confirm cantik. Urine jd kotor bila ibu mengandung kurang air n tak mkn. Breakfast sesiap sblm checkup
-mnum air kosong bnyk2... -mnum air barli -lepas bersama tu basuh miss v bg cuci...jgn tggu lamaaa bru nak basuh.. -cuci sentiasa miss v.
byakkan minum air x bergula, lepas buang air kecil lap betul2 bgi kering, jangan bagi lembab, jaga kebersihan , semoga cepat smbuh 😊
Doc akn bg kite antibiotics... Habiskan.. Jgn x habiskan antibiotics tu.. Sy alhamdulillah... Lpas habiskan antibiotics xde lg UTI..
Bnyk minum air kosong, jage makan, and mse amik sample urine tu make sure cuci dlu bersih2, pstu amik yg ptengahan bukan yg mula2..