Saya harini genap 36 minggu 3 hari (6 May 2022). Pada 25/4/2022 haritu saya pergi checkup dan doktor kata dah ada 2cm bukaan ketika tu saya masih 35 minggu jadi doktor warded untuk pantauan bukaan. Masa 26/4/2022 sy dibenarkan pulang sebab tiada bukaan dan baby belum engaged. doktor kata datang semua kalau ada contraction sakit setiap 10 minit.
Tapi masalahnya saya tak tahu contraction tu mcm mana. Saya ada rasa perut keras tp tak sakit pun. Masa dkt hospital pun contraction dah sampai 90 tp sy takde rasa sakit Alhamdulillah.
Harini 6 May 2022, perut sy rasa tak selesa mcm demam nak period tu tapi tak sakit pun, bahagian kelengkang kaki rasa nyeri sangat sampai nak jalan bangun baring pun sakit. Kira mcm nak buat apa2 pun sakit. Lepastu dekat bahagian atas ari2 tu rasa keras je.
Adakah patut sy ke hospital sekarang?
#pleasehelp #pregnancy #ingintahu #bantusharing