Baby taknak susu badan

Hi. Saya first time mom. Baby harini genap 1 bulan. Tapi saya rasa terkilan dan agak sedih sebab setiap kali saya cuba bagi susu badan, baby saya akan menangis lagi kuat dan menolak. Saya cuba cuba paksa juga tapi memang baby saya taknak. Saya rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menyusukan baby saya. Saya mula bagi formula milk untuk baby semasa baby didiagnos kuning kerana baby kuning kena banyak menyusu dan time awal2 susu saya agak kurang. Tapi sekarang, susu saya dah banyak sampai menitik basah baju dan seluar. Orang sekeliling juga kurang memberi support untuk saya berikan susu badan atas sebab mereka kasihan dengar baby menangis kuat menolak susu badan saya. Jadi, mereka akan bancuhkan FM untuk baby, baby senyap. Saya rasa macam loser…… Ada ibu ibu yang boleh bantu saya? Saya nak sangat menyusukan baby saya………..

4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Try skin to skin. Please jangan putus asa. Syg susu badan. Baby sy pun esok genap 30hari. Mula2 bersalin sy takde susu juga, terpaksa bagi fm dlm masa masa yg sme keep df. Day-3 baru ada susu lepas CL urut. Masa tu sy dah fully bg dia susu badan je. Anak sy kuning susah turun sbb sy darah O+, dia pula B+. Bila pergi KK nurse n doktor selalu suruh sy topup fm klu nak kuning anak cepat turun, sy buat keras je. Sampai lah dorang malas nak cakap dah. Janji berat naik, dia membuang banyak, susu kerap. Pasal org sekeliling awak buat tak dengar je, klu perlu banyak kan masa berdua je dengan anak lg senang nk df semula.

Đọc thêm