9 Các câu trả lời
Saya due ptutnya 24/09. Tapi doctor suruh masuk wad pada 14/09 untuk induce. 15/09 9am, doktor masukkan pil dekat bawah untuk start contraction. Pkl 6pm dah start bukaan 4cm, air dah start keluar mencurah2, doktor terus suruh masuk labour room and contraction makin kuat. Dlam labour room, setiap kali contraction, saya tarik and hembus nafas laju laju n kuat2. Saya tutup mata pakai sleeping mask sebab tak nak tengok keadaan sekeliling and nak fokus kat penafasan je. Sampai la ada rasa macam sebijik bola tersangkut kat bahagian bukaan, saya terus bagitahu nurse yang saya nak teran. Waktu tu bukaan dah 6cm. Nurse pun bantu saya teran. And wajib teran hanya ketika contraction supaya tak buang tenaga. Tutup mata and hembus and tarik nafas dalam2 waktu meneran. Jangan hiraukan keadaan sekeliling n jangan jerit. Sentiasa communicate dengan nurse dlm labour room. Waktu baby dah keluar kepala, kuatkan la meneran tu niat untuk keluarkan baby cepat2, kesian baby nnti tersekat. Bila baby keluar je dari perut, segala sakit tu akan hilang. Macam magic! Akhirnya pada pukul 7.30pm saya selamat lahirkan baby boy saya.
Sy pengalaman anak sulung bersalin pramatang dan second cukup bulan. Dua2 nya saya sendiri x perasan sdg contraction..yg sulung ke hosp sbb keluar darah, rpnya dh 4cm. Yg 2nd sy rasa nak berak tp x keluar apapa, rpnya dh 8cm Yg ketiga sy kena induce sbb gdm on metformin (38w). Bagi sy, campur dua2 anak sulung dgn kedua punya sakit pun, yg ketiga pya sakit contraction ni lebih menang sakitnya subhanallah 😭 Tp asbab sakit dia lebih dari yg pengalaman first n 2nd sy, yg ketiga ni sy mudah teran Alhamdulillah, 2x teran shj baby selamat lahir Alhamdulillah 😭😭😭. Sy mula2 dimasukkan 1/2 ubat kt bwh pukul 8am 1sept. Tghri 2cm, then belon. Belon tak jatuh, tp by 1pagi 2sept keluar darah, belon tak jatuh lg. By 6am doc cek bukaan dan buka belon, 4cm. Tengahari 2sept baru bersalin. Kiranya dlm - 24h juga sy sakit contraction.. Tp lain org, lain jg.. kazen sy kena induce proses dia smooth ja mudah buka bila dia di induce..apa pun all the best puan dan moga allah bantu 🤲🏻
saya bersalin anak first 12/9 hari tu induce. doc akan induce ubat dulu sebab anak first doc takkan induce belon. pukul 7am masuk ubat lepastu kena baring je atas katil dalam sejam. saya baca surah maryam and selawat nabi yunus je dalam sejam tu. pukul 10.30am start turun tanda darah dan doc cek bukaan dah 3cm. contraction makin kuat dan kerap pukul 11am sampai saya takleh nak baring elok² dah, mintak nak ubat tahan sakit ngan doc. pukul 12.30pm doc cek jalan dah bukak 5-6cm then terus tolak ke labor room. pukul 3.50pm dah selamat lahirkan baby boy berat 2.75kg. jangka masa dan tahap kesakitan dari ubat induce berbeza ikut badan masing². yang penting kita fokus nak anak keluar ngan selamat. inshaAllah mudah semuanya. saya doakan semoga Allah permudahkan dan lancarkan urusan bersalin awak.
induce xde apa ah sakit smua benda akan sakit masa2 mngandung ni.. nak2 nk beranak dh kan.. sy dulu takut gk first time nk kna induce mmg gelisah. dgr org kata itu org kata ini.. dh lalui sndri bleh je hadap.. kna always positive ye sis.. untuk elak takut buat induce.. belon ke ubat ke biasa je.. contraction tu yg buatkan sakit dan contraction tu bagus membantu bukaan jalan yg cepat ☺
sy bru bersalin induce ubat 4kali, 4hari di wad. Sakit dia kejap2 je dtg, cuma tak selesa nk gerak, baring dan duduk. hari ke 5 induce drip, yg ni sakit sikit. 5 jam jgk la layan contraction 😅 InshaAllah kalau praktis cara pernafasan tu, boleh kurg sikit rasa sakit. Semoga urusan sis dipermudahkan. Jgn takut, InshaAllah sis kuat 💪🏼 sy kne induce masa 36w5d sbb air ketuban sikit.
lama nya sis duduk wad..kuat sis. ada buat exercise tak?
Saya anak first tak induce anak second induce. Kalau nak compare sakit tu emm sama je kot sakit nak bersalin 😂🤭 saya induce ubat sekali je terus bukak jalan and contraction kuat 🥹
sis ada buat apa2 senaman ke bagi cepat keluar?
atas bdan juga sis,sy kena induce 2x ubat xdk rsa skit apa cuma trun tanda lendir&drh... induce drip air dlm lbroom yg skit truk,bergegar ktil juga lah...
betul hahaha induce drip air yg sakit mcm nak mati ahaha
Sama Saya juga diminta serah diri 19/9 pada 37weeks sebap gdm kena induce juga,Saya pn tak Tahu macam mana rasanya skit kena induce
sama lah kita berserah. moga selamat semuanya
jgnlah tkut sis...berdoa jà.smua ada masalah kesihatan juga sis.steady ja..
Anonymous