Tips Turunkan Kuning Anak
Saya darah O+, anak darah A+. Harini anak dah hari ke- 18. Last checkup 5/12, jaundice anak 7.0, sebelum ni 5.5, naik pula kuning dia, dah ambik darah tapi result darah keluar 12/12 ni. Ada tips untuk ikhtiar turunkan kuning baby tak? 😢🥺 #bantusharing #firstmom #ingintahu #pleasehelp
Saya pun baby kuning disebabkn sy darah o+ . sy banyak iktiar untuk turunkn baby antaranya , mandi rebusan daun belimbing buluh, gosok tapak kaki dia menggunakan pokok batang wali, sewa lampu kuning, makan buah oren sunquik & buah anggur hitam, campur susu ibu & susu formula . Tapi kuning tetap tinggi mencanak . Hari hari sy menangis sebb strees dgn kuning anak semakin tinggi . Semua ikhtiar ni , semua tak berkesan pun pada anak saya . Sampaikan saya tekad untuk pam susu saya 100% & isi dalam botol susu untuk pantau berapa oz dia minum . Kadang 2-4 oz dia minum . Keesokan harinya alhamdulillah kuning anak turun mendadak . Dari 179 ke 104 . Alhamdulillah anak pun dah boleh discarge . Jadi kat sini . Susu ibu sahaja ubat untuk turunkan kuning baby 🥹❤️ semoga bermanfaat ya!
Đọc thêm1) kerap susukan anak - bantu singkirkan bilirubin melalui najis/ air kencing 2) ibu wajib pantang/ elakkan makan halia, bawang putih, lada/cili, herba/ jamu, pati ikan haruan (pakar phototherapy bgtahu sy), mandian herba pun elakkan sbb organ terbesar adalah kulit melalui serapan (yg ini doc bgtahu sy) 3) mandian daun belimbing buluh- rebus & bagi bayi mandi 4) sewa phototherapy Kalau bby 14 hari masih tinggi kuning mmg bby kena amik urin dgn darah utk buat further test nak kesan masalah pada baby
Đọc thêmBerapa hari awk ikhtiarkan titiskan anggur hitam pada anak tu ye? Kuning anak dari berapa turun jadi berapa lepas titiskan tu? Anak awk ada bagi apa2 reaction ke lepas titiskan tu? Dia jadi berak byk ke lps titiskan tu? Saya ikhtiarkan dah mandikan anak dgn air belimbing buluh, tapi mcm tk menjadi sbb harinin checkup kuning anak naik jadi 153, 5/12 checkup kuning 119 😢 saya nyusukan anak setiap sejam, kdg setiap 2jam. Anak menyusu ok, berat naik pun ok 😢
Sy dan baby darah o+.. dari 19.9 terus ke 8.8 dalam masa seminggu.. baby warded sehari.. tips adalah kerap susu kan baby..bg baby kerap berak kencing.. beli uncang teh baby kuning di farmasi dan mandikan baby suam2 setiap pagi..tak bedungkan baby selagi kuning xhilang.. elak makan kunyit dan ladahitam masa baby kuning.. dah habis kuning boleh je makan..
Đọc thêmAnak saya pun sama dah try mandikan dgn uncang, bg minum s26 & karihome tp tak serasi walau banyak kali berak. Bila df dia jarang pulak berak tp kuning turun sikit2. Cumanya last check 7.9 doctor dah discharge. So far 5x check semua turun walau sikit, takut juga kalau tetiba naik tp doctor dah discharge pula takyah g klinik check lagi dia kata 😅
Đọc thêmFm tu serasi shj dgn anak saya sebab dia takda sembelit, takda naik ruam or warna tahi yg pelik2. cuma fm tu tak berkesan turunkan kuning. Skrg saya df tp kdg saya topup juga if baby tak cukup susu especially malam tu pun sehari or dua tiga hari sekali
Saya bagi fm dekat anak. Susu karihome. Bukan tolak breastfeeding, tapi saya kesian dekat anak kena ambik darah tiap kali check kuning. Alhamdulillah baby serasi dgn susu tu. Kuning dari 254, last check up 78. Sekarang anak dah discaj kuning, saya continue bagi susu badan & stop fm tu. Its depend on you mommy. Boleh cuba ya :)
Đọc thêmYup banyak kencing & berak. Setiap 2 jam bagi susu tu confirm tukar pampers sekali sebab dia kencing banyak.
org kata si ibu kne byk mkn buah oren kalu boleh sebiji sehari. dan kerapkan menyusu badan. Baby biar byk kencing berak kasi turun kuning. Sy juga darah 0+. Alhamdulillah kuning anak cepat surut
sapu btg wali pd tapak kaki bby/ mndi bby dgn daun inai @ daun belimbing buluh
Try bgi susu karihome