Hidup bersama mertua

Saya dan suami tinggal bersama keluarga suami. Suami saya tidak membelanjakan barang dapur dan tidak membayar bil elektrik. Sebagai gantinya, suami membayar kereta rm700 sebulan. Kereta tersebut suami beli daripada bujang lagi untuk kegunaan keluarganya dan kegunaan sendiri (cara suami membantu keluarganya). Oleh sebab suami tidak belanja barang dapur, saya makan apa yang disediakan ibu mertua. Suami juga memberi nafkah rm100-200 sebulan untuk sukahati saya nak buat apa. Namun apa yang buat saya tertekan adalah..... Sebagai contoh isi rumah ada 8 orang tapi ibu mertua sediakan sarapan untuk 3 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kadang saya perlu bertolak ansur dengan adik-adik ipar, berkongsi makanan dengan suami atau berlapar hingga tengah hari kerana makanan sudah habis. Contoh kedua, saya tidak makan makanan laut. Kadang kala tiada bekalan ayam jadi saya perlu makan telur untuk seharian. Bukan tidak bersyukur dengan semua ini kadangkala saya ingin makan makanan yang saya inginkan. Saya bukan taknak masak tapi barang dapur terhad. Takkan lah pada hari mertua saya masak ikan,saya nak masak ayam merah 2 ketul untuk saya je, mestilah sekurangnya setengah ekor kalau tak lebih baik ayam goreng sahaja. Jika masak lebih tidak habis pula nantikan barang dapur tu boleh digunakan untuk esok. Rasanya bole ke saya suruh suami saya lepaskan je tanggungjwb bayar kereta tu kepada ayahnya. Sedangkan tu isteri dia guna juga. Kalau suami saya tak bayar kereta tersebut mungkin kami boleh duduk dirumah lain sewa rumah dan beli barang dapur sendiri..............#pleasehelp

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

hmm. makan minum , pakaian dan tempat tinggal puan adalah tanggungjawab suami untuk menyediakannya. bincang dan ingatkan elok2 dgn suami. Guna perkataan yg betul dan baik bila berbincang . Mudahan dipermudahkan. Saya setuju ayat akhir puan tu. cuma penerimaan dan kerjasama suami dan keluarganya kena baiklah dlm bayar kereta tu.. give & take.

Đọc thêm

saya baru kena kes cm sis 2tahun lebih kami berdua bersabar skang Alhamdullilah duduk rmh sndri 😌aman terus lagi pun ibu mertua dh meninggal lama dh 2021 bulan 4 ... jdi huru hara lpas arwah xda masing2 tunjuk belang... tahun ni bulan 2 terus kami pindah kluar tanpa sepatah kata 😌

beli air fryer simpan Kat bilik nti senang nk masak tuk dri sndri..pasal KERETA pula biarkn LA bkn pakai duit awak pun kn duit husband jg.. kalau MO myewa bnyk pakai duit bil air /eletrik, makan lg.. sabar ja dlu la

mcm mna klu suami tak bagi duit nafkah bulanan tu? sbb sy tahu suami pun tgh susah. boleh ke sy minta amount yg sy nak? ke mcm mna? sorry mencelah dlm ruang awk.

Pekara bgini lagi ok jumpa kaunseling

baik keluar je dr umah mentua tu.